Amazing People :D

Friday, July 22, 2011

Zac End Seorang Yang...

1) Yang akan mengamuk bila abangnya menggunakan Mr Kacak (laptop) yang baru lepas charge..ewah2 ! aku susah payah mengharungi onak duri nak charge Mr Kacak,kau sesedap Nutella je guna..

2)Yang akan buat buat lupa bila teringat ada homework nak kena siapkan..

3)Yang akan buat muka bila ada orang membebel pagi pagi buta..tak ada kerja lain gamaknya..

4)Yang akan mencampakkan bell ke bawah katil setiap kali ia menjalankan tugasnya..at the end,Sang Babah juga yang akan ketuk pintu ''Wey wey wey ! wake up ! nak berhenti sekolah ?!''

5)Yang tidak akan menggunakan mouse pad Mr Kacak..baginya,ia amat menyusahkan ! prefer real mouse :) err..bukan tikus..tapi,tetikus..argh ! pape je lah..janji kus-kus belakang dia..

6) Yang akan menangis beria ria bila dapat tau hero novel gi oustation dan tinggalkan heroin sensorang kat rumah..poor the heroin *cryin*

7)Yang akan menangis bergolek golek atas katil abang harry ( well..katil dia je queen..katil aku ngn abang zarith single..sobs) bila dapat tau Nutella dah habis dibaham dua ekor chimpanzee jantan kat rumah..siap buang botol Nutella depan2 aku..sobs

8) Yang pagi pagi buta buat okestra dalam bilik jerit ''tolong ! anybody help me ! tolong ! saakittt !'' bila kaki cramp..selalunya dah nak subuh baru buat okestra..yelah..time tu jer sejuk nak meninggal sampai kaki cramp..

9)Yang akan merajuk dengan mak bila pagi2 sebelum gi sekolah mak buatkan nesvita..omg ~ aku lagi prefer minum susu HL yang super tawar plus kelat daripada minum segala minuman bijirin..

10) Yang akan jadi maid yang sangat baik dalam rumah,patuh segala arahan,menerima arahan dengan senyuman tanpa mengeluh bila dapat tahu petang nanti Babah nak pergi Speedy survey dvd baru..

11)Yang paling stress bila tengah syok layan Mr Kacak,time tu jugaklah rumah sebelah nak renovate..WTF ? kau tak boleh bawak rumah kau jauh jauh pastu renovate,dah siap baru datang sini balik ?

12)Yang akan tanya BFF ; ''sab..bak tangan kau..nak tilik anak..'' tengah tengah kena denda buat kerja sambil diri masa cikgu Veveika..

13) Yang akan menjemurkan dirinya di tengah tengah panas bersama Shah Haziq demi memastikan cermin mata bertukar jadi sunglasses..well,cermin mata kami Transitions..hihihihi..
 
14)Yang akan setiap hari isnin jumpa member,perkara pertama ditanya adalah ;''kau basuh kasut ?'' jawapan yang selalu diterima adalah ''tak..'' dan aku juga akan balas ,''sama..''

15)Yang paling tak suka lipat kain..oh my..sakit pinggang aku..

16) Yang tak suka makan Sushi..aku boleh hadap berkotak kotak Big Apple Donut,tapi tak boleh hadap walau sebutir nasik yang telah digulung dengan rumpai laut..sebab apa aku tak suka ? sebab aku terbayang makan rumpai laut yang selalu terapung dekat dengan aku masa tengah mandi manda dekat Port Dickson..

17) Yang paling baran bila kuku orang yang dah sama panjang dengan rambut pontianak kena dekat any part of my body..automatically aku akan jerit ;''gi potong kuku kau sekarang jugak sebelum aku cabut kuku kau !''

18) Yang tak suka bila abang balik shopping lepastu aku tanya ;''tak belikan pape untuk adik ke?'' dan abang aku jawab ;''ingatkan nak beli tapi bila dah jumpa yang berkenan,tanya dekat salesgirl,dia kata takdek saiz besar..'' *menangis teresak esak*


19) Yang akan gelak bila ada budak2 kat FB update status..Via Blacberry mak oi ! tapi sebenarnya,guna app dekat FB je..muahahahah ! shame on you ~ kalau dah takdek tu,buat cara takdek lah..ingat orang bodoh sangat ke taktau kau guna blackberry ke blackberuk..


20) Yang menggunakan pantang larang ini sejak kecil,iaitu,nobody can over my body ! nak langkah aku time aku tengah baringa adalah limitnya dari buku lali hingga lutut..lain kawasan,nescaya aku akan bangun dan langkah kau balik..apa langkah2 ? ingat aku ni apa ? mayat ?!

0 comments: