Amazing People :D

Wednesday, August 17, 2011

Jangan Tinggal Aku..

''Fuh ! baru dapat rasa rehat..penatnya...'' getus Zayana NurZehra..Dari gaya muka pun sudah dapat meneka dia memang terlalu penat..Selama ni pun dia tidak pernah menjaga kaunter..Rakan kerjanya,Shafikah ambil MC,maka bertapalah dia di kaunter di kedai buku ini..


''Heh..baru kau rasa..selama ni kau asyik gelak aku dengan Pika je kan..mentang mentang kerja kau susun buku,senang lah goyang kaki..''sela Hafis..Dia sebenarnya tersangatlah tertekan diletakkan untuk menjaga kaunter pabila musim sale sale begini..sakit tangan membungkus buku-buku berat dan tersungging je bibir tersenyum..


''Balas dendam nampak..okay okay..aku tahu aku salah..sorry okay..''balas Zayana..bibirnya mengukir senyuman kecil..tanda meminta maaf dengan seikhlas hati..


''ehemm..pelanggan..''Deheman Hafis membuat aku menoleh kehadapan..aduihla..tak habis lagi rupanya ! 


Si pelanggan sudah meletakkan bakul yang berisi buku di atas kaunter..


'Err..kenapa rasa macam ada orang tengok ? iskk..seramnya...


Zayana masih lagi bermonolog didalam hati..Tangannya masih ligat meletak buku didalam plastik..Usai membungkus,Zayana pandang muka Encik Vest..


'Encik Vest ? mana dapat nama ni ha ? memandai jer !'

' Dah dia pakai Vest ! itu jer nama yang selamat dan tak menyakitkan hati..'


Kenapa Encik Vest ni kaku macam nampak hantu je nih ? aku toleh ke belakang aku,yelah,manalah tahu..Ada awek cun duduk kat belakang aku..


Err..tiada siapa siapa..


''Ehemm..Encik ? hello ? kita berada di dunia realiti ni..''Sela Zayana sambil tangannya melambai lambai di hadapan mata Encik Vest..


''Err..ehemm..''Encik Vest berdeham.Malu.Terus sahaja Encik Vest  mengeluarkan dompet kulit dari dalam poket..Diimbas sekali pandang ke arah monitor mesin wang..


Usai membayar..Terus dia mengambil plastik dan melangkah keluar dengan muka merah..


Aisehh ! Buat segan je kau ni Hafza kantoi depan awek comel..malu malu !


''Hai..sudah sudah lah merenung abang kacak tu..kau nak balik ke tidak ? ''Soalan Hafis mematikan lamunanku..Potong jer Hafis ni..Aku baru nak layan cuci cuci mata..


''Diamlah kau ! kejap..aku ambil beg..''


''Tu lah..tadi dia renung kau,kau pura pura sopan..ei ! gedik ! menyampah aku..''Balas Hafis..


Zayana menjegilkan matanya..Eii ! sibuk jer...


__________________________


Bertuah gila hari ni..Iskk..mesti malam ni tak boleh tidur..Hailah cik Susun Buku..Tak sangka kau jaga kaunter hari ni..kau comel,kau tahu ? tak tahu ? kesian tak tahu..


Siapa sangka,dah tiga bulan dia hanya memerhati 'cik susun buku' dari celah celah rak buku dan sebentar tadi,dia dapat tengok cik susun bukunya dengan jelas ! balik nanti nak buat pulut kuning sedekah kat jiran sebelah dek kerana hari bertuahnya ini..


Eh ! Comel tau dia ! tak tengok time dia senyum..perghhh..dalam worr lesung pipit dia..Bukan macam zaman sekarang ni,fake punya lesung pipit..eheh..lesung pipit yang tipu tu kita tak panggil lesung pipit tapi panggil lesung batu !


Whatever ! 


Mengerling seimbas ke arah cermin pandang belakang..Dia masih lagi di basement kompleks beli belah itu..eh ? Hafza memandang kembali cermin pandang belakang keretanya itu..


Eh ? Dia ! 


Pantas Hafza keluar dari kereta BMW warna putihnya itu..Second luck,baby ! and i won't miss it again..Terus dia menapak mengekori tubuh lampai itu dari belakang..


Huiiyoo ! ehemm..kalau aku peluk dia dari belakang,dia rela tak ?


MEREPEK !


_________________________


Err..kenapa aku rasa macam ada orang ikut ek ? eheh..dekat Malaysia yang aman permai ni ada Ghostface macam dekat Woodsboro tak ? Ishh Merepek ! Telinga mengamati bunyi dari dalam sling bag..mana tahu kut kut Ghostface telefon macam dalam cerita Scream 4..Huii..mintak simpang..


Kakinya automatik berhenti melangkah..Diamati lagi bunyi dari belakang..Aura bahaya ! 


Zayana tunduk ke lantai..Ditanggalkan heels miliknya yang tersarung dikaki lalu di ambil..

Tegak kembali..Masih lagi tak menoleh..satu..dua..tiga..


''Hiaarrgghhh !! '' Serentak itu,Heels warna putih itu melayang ke belakang..


Tepat mengena sasaran ! Tepukan gemuruh kepada Zayana ! 


''Arghhh ! aduhhh ! '' Hafza mengerang kesakitan..Tanganya menekup tulang pipi..What the ? apa salahku cik susun buku ?


''Eh ? awak ? ''Soal Zayana dalam keadaan bingung.. Segera Zayana merapati Hafza yang sudah melutut menahan sakit ..


''Kenapa tak baling pisau je tadi ? sakit tahu tak ! ''Marah Hafza..mukanya sudah berkerut menahan sakit..Sipi je lagi nak kena mata..kalau tak,alamat keretanya bertampal sticker ''OKU sedang memandu''


''Kenapa awak ikut saya ?'' soal Zayana sambil memegang tangan Hafza..membelek wajah tampan milik lelaki dihadapannya itu..


''Mana ada saya ikut awak ! ingat ni basement awak punya ke ? suka hati saya lah nak jalan kat mana..''nafi Hafza..kantoi !


''Eh ? awak ingat saya tak ada sixth sense ke ? bukan setakat sixth,seventh eighth until tenth pun saya ada tau ! dekat 10 minit awak jalan belakang saya..ingat saya tak tahu ? eh tolong ya..awak ni bernasib baik..kalau saya lari pergi balas polis,macam mana ? dah nak sangat tidur lokap ? terima kasih pun tak ! benci lah macam ni !'' Fuhh ! satu nafas..ni kalau Zayana seorang lelaki,confirm sekali jer lafaz akad..tagline kegemarannya kalau sedang marah,''bencilah macam ni !'' pun sudah keluar..


Err Zaya..kena baling dengan kasut pun nak berterima kasih ke ? 


''Dah tu takkan saya yang salah ? takpe lah..disebabkan saya lelaki budiman nan kacak,saya minta maaf..saya sakit ni..awak membebel lagi saya sakit..''Cantas Hafza..baru kenal takkan mahu bergaduh..tangannya masih menekup pipi..

Spontan Zayana terdiam..api kemarahannya mula menurun..ditarik nafas dalam dalam..mula menyedari sebenarnya memang salah diri sendiri..


''Saya pun minta maaf jugak..saya salah..tak patut saya buat awak macam tu..patutnya saya toleh dulu..okay ? err..sakit lagi ke ?'' soal Zayana..suaranya sudah mengendur..dilihatnya lelaki di hadapannya ini masih menekup pipi..sakit lagi gamaknya..Err..'nan kacak ?' cheh..masuk rumah kunci sendiri !


Apa lah kau ni Zaya ! nanti dia cakap,''I see you in court !'' baru kau tahu..tak dan nak tolong..tahu 'menyembur' saja ! 


''Sakitttt..'' meleret sahaja bunyinya..eh kejap..Aha ! gotcha ! idea sudah mari...


''Habis macam mana ni encik ?''Risau sahaja bunyinya..


''Mana saya tahu..''balas Hafza..harap harap,kau fikir macam yang aku fikir ! 


Zayana memikir..Kesan di pipi Hafza bertanda cop biru pekat..bersalah lah pulak ! Tak apa lah Zayana..Kau mengalah lah..tolong orang ni fardhu Kifayah !


''Macam ni lah encik..saya tolong hantarkan encik ke klinik..nak suruh encik pergi sendiri nanti kang terbabas,masuk gaung karang susah pulak..tak pasal pasal nanti encik claim pahala saya kat akhirat nanti..''ujar Zayana lembut..Dah memang salahnya pun !


''Tak susah kan awak ke ?'' tanya Hafza sopan..budi bahasa lah kononya ! padahal rasa macam dah kena demam denggi dengar statement berani pengsan dari gadis pujaannya itu..


''tak apa..anything for you..''


Anything for you ? ngaa ! anyone,please hear my heartbeat !


Hafza sudah tersenyum ! second move,Hafza Harris !


________________________________



Zayana masih lagi kaku di tempat duduk pemandu..Masih lagi terngiang ngiang nasihat doktor di klinik Imran sebentar tadi..Hafza Harris rupanya nama dia..Nama yang sangat suit dengan badan yang tough..Err..ada sesiapa cakap 
 tak yang badan dia macam badan perenang ? iskk..seksi! 


Otaknya kembali menerawang memikirkan kata kata doktor muda sebentar tadi..


''Encik Harris tak boleh memandu kereta selama seminggu..Calar di tulang pipinya itu mungkin boleh mengganggu pemanduanya itu..''


Apa kaitan tulang pipi dengan mata ? Musykil musykil ! Tadi aku macam perasan je si Hafza ni kenyit kenyit mata dekat doktor..Dia bagi isyarat ke atau memang mata dia gatal ? 


Zayana menoleh ke arah Hafza di sebelah tempat duduk pemandu..Dia masih lagi menjongket keningnya menanti keputusan aku..


''Disebabkan awak yang telah menyebabkan saya begini,so anggap lah saya akan maafkan awak kalau awak hantar dan ambil saya dari tempat kerja..Awak sanggup ke kalau nanti awak baca newspaper,dia tulis yang ada seorang lelaki kemalangan jalan raya sebab kegagalan memandu..nak ke ?'


Aku menghembus nafas dengan berat..so,keputusan sudah dibuat..Aku memegang stering kereta lalu menoleh ke arahnya..


''Right on..''muktamad jawapan aku..


See Hafza ? Bijak Hafza,bijak..


Ini Hafza Harris Bin Hisham lah !


''Esok jam 8 pagi..rumah nombor 44..jalan Lavendar 9..Lavendar Ville..Atap zink merah..4 tingkat..ada swimming pool..got it ?'' Laju Hafza memberi maklumat..Karang ubah fikiran,niaya !


8 pagi ?! nasib baik esok kerja shif petang ! gila..dia ni kerja apa ?


''Okay okay..kalau sesat,minta maaf lah..saya patah balik jer..''ujar Zayana..


''You won't..''Balas Hafza,yakin !


Zayana mengerdipkan matanya..aura poyo dikenal pasti..''Oh yes ? We'll see,then..'' 


Hafza sudah tersenyum jahat..Heh..kita tengok siapa yang terkena !

''Nak hantar mana ni ? dah malam,kalau saya hantar awak,alamatnya,lagi lambat saya balik..''


''Nevermind..awak baliklah..saya tunggu bas kat bus stand depan tu..''Balas Hafza mengalah..benar juga kata Zayana..nanti kesian pula pujaan hatiku sorang balik lewat malam..


''Okay..''


''By the way,siapa nama ?''Tanya Hafza sebelum melangkah keluar..Pintu kereta sudah dibuka..


''Zaya..Zayana NurZehra...''Tukas Zayana sambil tersenyum..yelah ! nama comel harus disertakan dengan senyuman yang comel juga !


Hafza tersenyum dan melangkah keluar..ditutup pintu kereta Myvi Zaya dengan kemas..


Zayana NurZehra ! HafZayana..Auch ! that's sweet..

Kereta mengundur perlahan..Zayana mengangkat tangan..Hilang kereta Zayana dari pandangannya,diseluk tangannya dalam poket seluar..Dikeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar..Didail nombor telefon seseorang..


Talian disambut..


''Hello Tuan ?''


''Hello Pak Man..Ambil Hafza dekat klinik abang Imran..''Arah Hafza..


________________________________




Kereta yang dipandu diberhentikan di pondok pengawal kawasan perumahan ala Villa Lavender Ville..Palang tidak dinaikkan..


Zayana menurunkan cermin tingkap kereta sambil menunggu kedatangan pengawal keselamatan menghampiri..


''Maaf..cik tiada sticker..cik tak boleh masuk kawasan rumah ini..''Ujar pengawal keselamatan berbangsa india itu..


Belum sempat Zayana membalas,seorang lelaki yang sudah berusia lingkungan 40-an datang menghampiri..


''Muthu,bagi cik tu masuk..dia tetamu Hafza..''


Eh? mana pak cik ni tahu Hafza ? mana dia tahu aku nak jumpa Hafza ?  Ahh ! Gasaklah..



Palang dinaikkan..kereta meluncur mengikut kereta Mercedes Benz dihadapan..


setelah lima minit mengekori,kereta di hadapan berhenti..Zayana turut berhenti..Hmm..Atap merah..empat tingkat..ada swimming pool..Okay..ciri ciri dikenal pasti..semuanya pas !


Zayana melangkah keluar dari kereta..Pak cik tadi juga keluar dari kereta dan datang ke arah Zayana..

''Tunggu sebentar ye cik..Hafza sebentar nanti dia akan keluar..Dia sedang bersarapan..''Ujar pak cik itu dengan ramah..


''baiklah..''Zayana menghadiahkan senyuman manis buat pak cik dihadapan yang lengkap berpakaian putih itu..Pak cik itu membalas senyuman Zayana..Dia memohon diri untuk masuk ke dalam rumah..


tika pak cik itu berpaling,baru Zayana teringat hendak bertanya sesuatu..nak tanya jugak ke ?  err..tanya je lah ! 


''Err pak cik ?''


''ya saya..''Pak cik itu berpaling..


''pak cik ni pemilik rumah ni ke ?''tanya Zayana sopan..


''Eh taklah ! Pak cik pemandu tuan rumah ni..''balas pak cik itu sambil tersenyum..


Hah ? what does it means ? kalau dah ada pemandu,buat apa suruh aku jadi driver dia seminggu ?Huwaaaa ! kena tipu ke ? eiii...takpa takpa..kita tengok dulu si Hafza ni nak terangkan macam mana..Heh..


Tak lama kemudian,Hafza melangkah keluar dari rumah..pagar automatik itu membuka laluan buat si pemilik rumah..Hafza keluar dari rumah itu dengan pipi yang bertampal dengan kapas sambil tersenyum manis..


Setelah Hafza masuk ke dalam kereta,dia terus memandang Zayana yang dari tadi merenungnya..


''Err..what's the matter ? why are you giving me that look ?''soal Hafza..Aku ada buat salah ke ?


''Siapa pak cik yang ambil saya tadi ? pemandu right ? ''soal Zayana sinis..Eii..bencilah lah kalau tipu tipu ni..


Aiseh ! macam mana tak fikir benda ni semalam ? buat kantoi jer ! semalam masa minta tolong dengan Pak Man suruh jemput Zayana supaya tak sesat,kenapa boleh tidak terfikir ? ahh ! mana idea tak mai mai pun dari tadi ni ?!


''Err..ehehe..erm..err..di..dia pe..pe..pemandu ayah saya ! ha..pemandu ayah saya !''Fuhh ! terima kasih otak kerana telah membantu tuanmu di saat genting tadi..muchas grasias !

OHHH...pemandu ayah dia..okay okay..alasan yang boleh diterima pakai..Muka Zayana masih lagi mencuka..Geram kerana dia tidak dapat melarikan diri dari perjanjian menjadi pemandu ini..Kalau tak,boleh guna alasan pak cik tadi tu..eii..Bad luck betul lah ! benci..


Kereta diundur..perlahan bergerak menuju destinasi..Buat masa ini,mereka lebih selesa berdiam diri..Suasana sunyi di dalam kereta bagaikan terapi buat otak Zayana yang sudah kusut dengan masalah yang dihadapinya..5 hari mengikut perjanjian menyesakkan dadanya..5 days without movies,hang outs,spas',and what the nonsense..its a disaster ! 


______________________________




'Hafza....baik..yeah,baik..His smile,oh God ! he got his own styles..sangat santai..His 'santai' makes me feel like,'oh man,he have his own character which don't have in other guys in this century..'


Zaya Zaya..kau cakap macam tinggal ni jer jejaka melayu terakhir..Kau yang asyik sangat dengan dia..Sampai semua yang ada pada dia semua mantap..Ada je lelaki yang thousand times better than him..


No,it's not..ada something yang buat aku rasa selamat bila berada dengan dia..tak pernah sekali pun time aku keluar dengan dia,rahang aku tak cramp sebab asyik tersengih dan tergelak..Ikut perjanjian,aku yang hantar dia,tapi ada jugak kadang kadang dia yang hantar aku..he's so funny..


Lepas hari first aku hantar dia,malam tu dia call..My first laugh with him..Tengah tengah borak,tiba tiba suara dia jadi serius..Aku pun sesak..aku ingatkan apa..rupanya he ask me tolong temankan dia makan..Aiseh ! teman makan pun macam nak ajak pergi bom Amerika..Meeting kami yang pertama dan sekarang,sudah tak terkira 'meeting' kami..Aku dah pas lima hari..For the first,balik rumah aku dah rasa macam aku kembali hidup masa zaman aku tak berteman..


But everythings change bila mana hari ke-enam,dia ajak aku teman dia jogging..I wouldn't say no to that,man..dan sampai sekarang,aku masih ada dia..dan dia masih ada aku..'

Zayana menutup diari hitam miliknya itu..it's time to bed..Tidur dalam senyuman..You know Hafza,I miss you..Really really miss you..




____________________________




Ditenung anaknya yang sedari tadi termenung..'ni kenapa pulak ni ?'..Puan Misya masih lagi memerhati kelakuan pelik anaknya itu..


Hafza duduk bersila di atas sofa di ruang tamu rumah itu dengan seluar pendek dan t-shirt coklat..dia masih bermain main dengan remote control di tangan..mukanya sudah kusut..'Ahh parah ! agak agak mama kasi ke tak eh ? ish ! aku tak sanggup nak dengar mama tolak..''


Pintu rumah berwarna coklat itu ditolak dari luar..Idham Imran melangkah masuk ke rumah sambil menjinjing briefcase..Dia menoleh ke arah dua batang tubuh yang seorang di pintu dapur merenung ke arah seorang lagi yang duduk bersila di atas sofa sedang termenung...'Perang dunia ke apa ni ?'' Dia menoleh ke arah mamanya..mamanya mengangkat bahu tanda tidak tahu..


Imran memulakan bicara...''Adik mana ?''

Hafza tidak membalas..dia begitu leka bermain kata kata di dalam otak sehingga tak mendengar kata kata abangnya itu..



Imran berdehem..bersedia untuk memulakan motivasi senjanya..''Hafzaaaa Harrrriiiisssss Hiiiiissyyyammm !!!''


Hafza tersedar..dia menoleh ke arah abangnya..'Aisehh..macam mana boleh kantoi berangan ni ? nanti ni mesti kena sakat..'


''Apa dia ?'' Hafza membalas,sudah memuncung..


belum sempat Imran mahu menjawab,pintu coklat itu sekali lagi dibuka dari luar..terjengul kepala adik perempuan mereka, Syameen Shafika..Sambil tersenyum,dia melangkah sambil mengendong beberapa beg plastik..Heh..Shopping lah tu..Dia terus melangkah ke arah angahnya yang sedang duduk bersila di atas sofa..


Hafza sudah tersenyum..Dia lantas berdiri lalu menyambut huluran tangan adiknya..Adiknya menarik tangannya lalu mereka ke bilik..Terdengar bisikan bisikan kecil diantara mereka sepanjang mereka menaiki tangga menuju ke tingkat atas..


''Kenapa dengan Hafza dan Adik ?''Soal Imran..


''Mana mama tahu..dah nak dekat sebulan lebih,asal adik balik kerja je mesti Hafza tunggu adik depan pintu macam tunggu isteri balik rumah..''Puan Misya menjelaskan..


'Kena siasat ni..'Bisik hati Imran..dia mula melangkah ke tingkat atas,menuju ke bilik Shafika mahu menguping..


Puan Misya menggeleng kepala..Semakin hari,semakin pelik perangai anak anaknya ini..




______________________________________




Dia merapatkan dirinya ke dinding saat pintu bilik adiknya terbuka..Hafza perlahan lahan menapak keluar tanpa menyedari bahawa abangnya,Imran sedang menyorok di belakang pintu..


Pintu tertutup,terus dibuka kembali oleh Imran..Adik perempuan bongsunya sedang duduk menghadap laptop..Shafika menoleh..Tergamam saat melihat Alongnya merenung ke arahnya..'Aiseh ! ni mesti nak tahu cerita ni..'


''Explain..'' satu patah perkataan sahaja sudah menggerunkan Shafika..Er..alongnya ini sangat garang ! Semenjak dia kecil,jika alongnya marah,hanya akan mengeluarkan satu patah perkataan tanda dia sangat serius tika itu ataupun hanya mengangkat kening..


''Explain apa tuan doktor ?''Shafika sudah tersengih,menutup kegugupan..'Kalau nak marah,mesti cari aku..angah selalu terlepas ! eeeii...'



Imran mengangkat keningnya tanda dia ragu dengan soalan yang diutarakan oleh adiknya itu..



Shafika mengetap bibir..'baik baik..saya mengalah..'


''Tanya angahlah..''Shafika masih cuba mengelak..


''No..I want you..'' Imran bertegas..dengan adik adiknya,dia jarang menunjukkan muka..mujur adik adiknya tidak pernah mengecopnya sebagai 'Imran Misai' seperti gelaran yang diberikan mereka kepada datuk mereka..'Tok Ayah Misai'..Heh..atuknya memang garang..bekas sarjan lah katakan..


''Adik jadi spy awek pujaan angah..'' Shafika membalas lambat lambat..'Mampus kalau angah tahu !'  Angah sudah awal awal memberi amaran keras kepadanya..'Not a word to anyone!' heee..macam mana nak buat ni ? ni sah sah along korek sampai ke kerak bumi..


Kening Imran terangkat..'Oh hoooo..'


''Who ?''Imran bertanya..


''Zaya..kawan kerja adik..''Heh..habis punah segalanya..habis lah kau Syameen Shafika Hisyam !


''That Bookstore?''


Shafika mengangguk..


The mission is on,Imran ! 




__________________________________________________




Diorak langkahnya menuju ke arah pasangan yang sedang duduk menghadap di restoran Secret Recipe itu..Dihampiri meja itu lantas menarik kerusi di sebelah adiknya,Hafza sambil tersenyum jahat..


''so ?''Minta penjelasan dari Hafza sambil kening terangkat..


'Ahh ! ni mesti dah bocor ! Adikkkkkkkk !!!!!'


''What ?''balas Hafza..Dia meneruskan suapannya yang tergendala sebentar tadi dek kerana terkejut dengan kedatanagn abangnya..


Zayana sudah pelik dengan situasi dihadapannya itu..Dia menendang kaki Hafza,minta perhatian dan juga penjelasan..


Hafza baru tersedar bahawa Zayana masih terpacak dihadapannya,berdehem..


''Err along..this is Zayana,my best girlfriend and Zaya,this is my along,Idham Imran..''


''Girlfriend or GIRLFRIEND..?'' ditekan patah Girlfriend yang kedua itu,menandakan bahawa maksud yang berbeza walaupun patah perkataan yang sama..


Zayana sudah tersedak..Dia merenung tajam ke anak mata Imran..Err..Rasa macam pernah jumpa mamat ni,tapi dimana ? eh kejap..Oh myyy..Bukan dia ke doktor hari tu ? doktor yang rawat Hafza time kena baling dengan heels aku ?!


Zayana melarikan matanya ke arah Hafza..memohon kepastian melalui mata..


''Aloonnnggg..''Meleret leret sahaja bunyinya..


''Hafza..are him the one yang rawat awak hari tu ?'' Soal Zayana,dia sudah tidak dapat menunggu..dia mahukan penjelasan ! Kalau benar,maknanya Hafza memang ada udang disebalik mee sepanjang persahabatan mereka..'eeii..bencilah..'


Imran yang sangat 'rajin',membalas ''Yupp !'' 


'Mampus' getus hati Hafza..Along ni memang tak menyempatlah ! 


Zayana terus sahaja mencapai tas tangan,menolak kerusi ke belakang dan berlalu..siap menghadiahkan Hafza dengan jelingan tajam..macam pakej pula..


''Ehh..Zaya !! Wait...! '' Hafza pantas menoleh kerusi ke belakang lalu bangun untuk mengejar Zayana..


Masih sempat menoleh dan memberi amaran keras kepada abangnya..''I'll see you at home ! call adik and make sure she wait for me as well as you,along !''


''No problem my bro..hati hati di jalan raya !''Imran masih mahu berjenaka..'heh..tu lah..siapa suruh rahsiakan perkara penting ni daripada abang..kan dah kena tulah diraja..'


Dengan hati yang berbuku,Hafza meninggalkan Imran yang masih tersengih-sengih...Masalah ada abang yang pedengki haram macam Imran ni..


Zaya....


Dia teringat misi sebenarnya..tidak sempat dia mahu menahan,kelihatan Zayana sudah menghempas pintu teksi sebelum teksi bergerak laju..


'ahhh..damn it...'



_______________________________________________



Ruang tamu yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin masih tidak mampu menyejukkan hati Hafza yang sudah panas..Shafika masih lagi mengangkat jari simbol 'peace'..

'Apa 'peace-peace' ? tak ada makna nak damai..Tak reti simpan rahsia !' 


''So ?'' Encik Hisyam memulakan bicara..Baru sahaja dia mahu bersenang lenang menghadap televisyen,isterinya membawa khabar berita bahawa 'Along-angah-adik nak buat rusuhan'

Bergegas dia ke ruang tamu kedua di tingkat atas..menggeleng kepala dia melihat telatah anak anaknya..Shafika sedang tersengih bersalah,Hafza sedang diam menahan marah manakala si Along sedang berpeluk tubuh menunggu penjelasan..Dan kini,dia juga turut terbabit dalam soal hati-perasaan anak anaknya ini..


''Along..''


''Adik..''


''Angah..''


Masing masing menuding jari ke arah orang lain..Puan Misya menggeleng kepala melihat telatah anak-anak yang seperti tidak cukup matang..

''Angah..''Encik Hisyam memulakan..


''Adik bocor rahsia angah dekat along..''


''Adik ?'' minta penjelasan dari anak bongsunya pula..


''Along ugut adik..'' Heh..baik punya konspirasi..semua main salahkan orang jer..


''Along ?''


''Alahai..siapa suruh main rahsia rahsia dari along..along gertak sikit jer..lagi pun,angah punya plan lagi kotor..kesian Zayana..''


''Zayana ?'' Puan Misha berkerut memikir seorang lagi watak..


Hafza sudah hijau mukanya antara menahan geram dan marah..


''Angah.. ? Full story..'' berbalik semula Hafza..kali ini,Encik Hisyam mahukan penjelasan yang lebih jelas !


Hafza mula bercerita dari awal hingga ke akhir..


______________________________________________________




' I just hate liars..c'mon..You got so  many ways untuk cuba kenal dan rapat dengan saya,but why you chose untuk tipu i ? i'm not playing the fool okay..'


Hafza tenung lagi mesej yang diterimanya semalam..Diseluk tanganya ke dalam poket,dikeluarkan sebuah kotak cincin..ditenung lama kotak itu..


'Argh ! punah aku punya plan..' Along dan adik sudah meminta maaf..Dia juga sedar bahawa memang salah dia..merahsiakan hubungan antara dia dan Zayana daripada keluarga walaupun dia sudah maklum bahawa undang undang 'tiada rahsia di dalam keluarga' masih wujud dan perlu dipatuhi..

Tanpa Hafza sedari,mamanya sedang memerhati dia dari balik pintu bilik.. Menggeleng kepala Puan Misha melihat dirinya yang seakan tiada harapan..Dia baru sahaja sudah membebel kepada Imran..Nama sahaja doktor,tapi hati penuh hasad dengki ! suka buat adik adiknya sedih..tapi bila terpisah lama,dia yang beria benar rindu dekat adik adiknya..


Imran adalah salah satu contoh abang yang tegas tapi tak menjadi..sifat kasih sayang dia tu tak dapat nak sembunyi..sikap itulah yang buat adik adiknya kurang rapat dengan dia..Belum part dia dengki dengan Shafika..merajuk-merajuk anak bongsunya itu bila dibuli Imran..Hmm..anak sulung kan..


Terasa tepukan di bahu,Puan Misya menoleh..


''Hah ! tengok.. ! Kesian Hafza..Kamu ni kan Imran..Mama tak tahulah nak cakap apa..''Dia terus meleteri Imran yang baru sahaja menepuknya sebentar tadi..

''Habis kita nak buat apa ? jangan dikenang barang yang lepas..''Imran masih mempertahankan dirinya..

''banyak lah jangan dikenang barang yang lepas..Mama rendam kamu dalam kolam ikan mama baru tahu..naya je hidup 28 tahun..''Puan Misya masih lagi bercekak pinggang..


''Ishh..apa lah mama ni..perit bersalin along belum habis lagi..ada pulak nak bunuh anak sendiri..''Imran mencebikkan bibirnya..


''Mama ada seorang lagi anak lelaki..apa mama kesah..''Puan Misya memulakan sesi kejam dan tidak berhati perutnya..mungkin dari sini perangainya menurun ke Imran..


''Apalah mama ni..Imran lari dari rumah baru tahu..sudahlah..nanti Imran jumpa Zaya..terangkan kat dia..''Imran mengalah..dia menoleh ke arah bilik adiknya..kesian..sipi lagi nak jadi zombie..

''Mama dengar something bad lepas Imran jumpa Zaya,mama takkan teragak agak kahwinkan Imran dengan cik Bedah gigi rongak kat kampung kita tu..''ujar Puan Misya sebelum melangkah pergi..

Wow ! tingginya syarat !


__________________________________________


''kenapa kau muran je semenjak dua menjak ni ?''Pika duduk di sebelah Zayana yang menongkat dagu di meja kafeteria kompleks beli belah itu..


''tak ada apa apa lah..masalah peribadi je..''


Pika menggaru kepala yang tak gatal..ni kes kantoi yang along buat hari tu lah..err..nak confess ke tak ek ? Pika buntu..


''Er..ni pasal that guy yang nama Hafza Harris tu ke ?''Pika mula menyucuk jarum..


Zayana menoleh ke arah Pika disebelahnya..keningnya terangkat..''Bila pulak aku mention nama lelaki tu dekat kau.. ?''


''aku kan Syameen Shafika binti Hisyam..''

''apakah kaitannya ?''Zayana serabut..apahal pulak masuk nama si Pika ni ?

''Guy tu kan Hafza Harris bin Hisyam..yang along dia kan Idham Imran bin Hisyam..''


''so ? weii..tak payah lah main kias kias ni..''Zayana merungut..er jap jap..kenapa nama tiga tiga berbin dan berbinti orang yang sama ?! seketika kemudian,dia menoleh pantas ke arah Pika dengan mata yang terbuntang..


Pika mengangkat kening..


''Don't tell me..Oh Myyyy..abang kau ?!''


''Yes..yang doktor tu along aku..yang sayang kau tu angah aku..''


Zayana mencebik..''sayang konon..eii..kau jangan nak lari topik..apasal kau tak bagitahu aku pun pasal ni ?''


''kalau aku cakap awal awal,aku boleh confirm yang kau takkan keluar dengan dia..''


ye tak ye jugak..

''habis,kau dengan angah aku macam mana ?''

''macam mana apanya..angah kau dah tipu aku beb !''


''tipu sunat beb..kalau dia tak tipu kau,ada kau nak rapat ngan dia ? dia sebelum ni dah 3 bulan admire kau..3 bulan jugak aku terseksa hari hari kena soal jawab dengan dia..takkan pasal along aku 'corner' sikit kau nak quit ngan angah aku..along aku tu pun tak betul..umur 28 tak kahwin kahwin lagi..''


telinga Pika dijentik dari belakang..


''Auch !''pantas dia menoleh..Err..Along !


''siapa yang tak betul dekat sini hah ? pandai je..nanti Along kahwin lah..''pantas ditarik pula tocang ekor kuda milik adiknya itu..


Zayana yang tidak mahu mencampuri kedua adik beradik itu mengangkat punggung,mahu beredar..


''No Zayana..sit down..we need to talk..''Imran menghalang..


''pasal ?''


''Hafza..sit..''Imran mengarah lagi..


___________________________________________


telefon bimbit milik Hafza berdering lagi..masih lagu lagu yang sama yang dikhaskan untuk Zayana..tapi,dia memang tiada daya hendak mengangkat..takut jika terus disembur,''Hafza..bye bye..'' fuisshh..lantaklah orang nak kata aku lelaki ke perempuan..hati aku sensitif tau ! suka suka je datang dan pergi..taknak dengar penjelasan pulak tu..wah,Hafza..kau recite lirik lagu ke apa ni ?


telefon berdering sekali lagi..kali ini,bukan panggilan tetapi mesej..


-Hafza..teman saya makan,jom..

mata Hafza terbuntang..Zayana tengah demam ke apa ni ? digagahkan dirinya untuk membalas..

-awak dah maafkan saya ?

Send.beberapa saat kemudian,telefonnya menerima mesej lagi..

-tak minta maaf..macam mana nak maafkan..

-saya minta maaf,awak nak maafkan ke ?

-perhaps..never say die before you try..

- serious ?

-takpelah..anyway,saya dah maafkan awak..

-ek ? saya belum minta maaf lagi !

-tarik balik kang ! cepatlah..awak nak temankan saya makan tak ? I'm Starving !

Terus berdiri tegak Hafza membaca mesej itu..segera dia menggapai jaket kulit yang tergantung sebelum berlari keluar dari bilik..hampir tidak jejak lantai berlari..


''Angah ! nak pergi mana tu ?''Puan Misya melaung melihat anaknya berlari..macam kena kejar dengan badut..


''Nak pergi kahwin dekat Golok ! bye bye Mama !''dibalas laungan itu tetapi tidak berhenti..


''jangan nak merepek !''Puan Misya bercekak pinggang..kus semangat anaknya itu..


''biarlah mama..dengan siapa lagi dia nak keluar kalau bukan dengan Zayana..nak tunggu Along dating,agaknya kena tunggu adik dapat anak dulu lah kut..''Shafika mengusik..


''amboi,gatal nak beranak pulak..sibuk lah suruh orang kahwin..''Imran meluku kepala adiknya tu..


''so,Imran..bila nak kahwin ? Mama tak lama lagi nak dapat menantu sorang..''


''Esok..''


''Jangan nak merepek !''











0 comments: