Amazing People :D

Friday, May 20, 2011

-Bab 14-


: Ana's Edition :

Rambut disikat dengan jari..tangan meraup wajah..Dikilas mata ke arah jam yang tergantung di ruang tamu rumah itu..Hmm..2.30 pagi ! gila..takpernah aku segila ini..ini lah akibat kalau suka buat kerja bertangguh..


oh yeah..cikgu bagi kerja ni bulan 4 dan hasilnya,saya baru memulakan kerja saya pada bulan enam yakni besok kena hantar..cantik tak statement ? nasib baik sempat ! ni pun start dari balik sekolah tadi sampai sekarang..


Diambil telefon bimbit yang dari tadi tersadai di sebelah laptop..Aku sangat yakin malah boleh meletakkan taruhan bahawa si Jejerk Girls masih bersengkang mata membuat tugasan ini..tak percaya ? meh sini bukti..


bukti pertama : status di Yahoo! messenger masih hijau dan setiap setengah jam,laptop aku mesti menerima pop-up windows yang tertera status baru yang semuanya bernada stress,tension,sakit hati dan rintihan jiwa tentang kerja rumah yang tak surut-surut..


bukti kedua : di status Aira masih lagi berbalas-balas komen dan sehingga sekarang,sudah mencecah 2oo komen ! hmm..tak ada kerja !


bukti ke tiga : heh..meh sini nak tunjuk bukti..


dilarikan jari di atas keypad phone..


phonebook..hmmm..yeah ! Leeya !


waitinggggg....


''Hello ...''


terpampang wajah leeya di skrin Sony Erricsson nya itu..pagi pagi buta pun ber-3g..


''Dah siap ?''


''Gila kau nak siap..dari tadi stuck..marker habis ink..eiii..dahlah iman tengah nipis sekarang ni..ada yang keluar ilmu hitam karang..'' Balas Leeya..dari riak muka pun dah tahu..mata sudah sembap ! mana tak sembap..dah nak dekat pukul 3 pagi tapi tak membuta lagi..petang tadi pun tak tidur..kang ada cikgu yang kena saman ni karang..


''kau guna tangan ? kata nak printout ?''soalku..Memang dah cadang nak buat sama sama..err,maksud aku,printout semua..


''nak printout apanya..printer habis ink..''balas Leeya,nada stress..


''Heh kau ni..semua habis..ink printer habis,ink marker habis..jangan nyawa kau habis sudah..''


''memang dah aura nak habis nyawa dah ni pun..Tinggal nak mengucap jer lagi ni..'' Woah ! dramatik !


''Okaylah..selamat meninggal..jangan lupa tulis wasiat..kau letaklah nama aku sebagai penerima lappy kau..tau tau ?''Gurauku..

''Isma' Adriana ! wasiat tak boleh..santau boleh..nak ? orang tengah sesak,lagi buat lawak..''marah Leeya..


''maaf maaf..okaylah..aku nak chaou..pillow sweet pillow,girl..ughh ! pasti enak dong !''Aku mengacah Leeya..sekiranya aku dihadapannya sekarang ini,pasti sudah disimbahnya aku dengan asid..


''Shut the hell,man !''

Leeya mematikan talian..Aku meletakkan kembali telefon di tepi laptop..mengupdate kembali status facebook di pagi hari..



Prangggg !


eh ? bunyi apa itu ? err..malam ni malam apa ?


Malam Jumaat !! oh myyyy..bunyi itu dari arah dapur..siapa ada di dapur ? tadi tak nampak pun ayah dan mummy turun..iskk..


kaki dirapatkan..bulu roma dirasakan meremang..time ni jugaklah dia nak meremang..telinga menangkap bunyi bunyi pelik dari dapur..


Ahhh sudah ! kita perlukan bantuan !


tangannya segera mendail nombor trelegon bimbit milik Risha..tika ini,Risha sorang sajalah yang dapat membantunya..yes ! talian diangkat !


''Hello ! kau nak apa ?'' bunyi seperti Risha sudah dalam dilema mahu tidur..


''bantu aku weyh ! makhluk ghaib !''ujarku..


''Hah ?! gapo dio ? gunung daik ?'' balas Risha,bengong..ada sound trouble sikit..mata dah layu tapi tangan masih buat kerja folio,memang sah lah semua sistem dalam badan tak berfungsi..


''Gunung daik jadah ! makhluk ghaib lah !''Eiii minah ni..pagi pagi buta dah jadi bangang pulak..


''makhluk ghaib apa pulak..kau tengok jam pukul berapa..tak ada nye hantu tu nak ngacah kau pepagi buta,sunyi nan sepi ni..lainlah pukul 1 tadi..lemah semangat betui lah !''marah Risha..orang dah geo tak siap lagi,banyak bunyi pulak..sengaja nak lambat lambat kan kerjanya..dasar pedengki..


''Eh betul lah..tadi ada benda jatuh..takde siapa siapa pun dekat dapur..kalau tak makhluk ghaib,apa bendanya lagi..''aku bersuara,yakin..


''ceh ! cicak lah tu !''


''What?!!''


Arghhhh !! katakan tidak kepada cicak !! aku terus berlari menuju ke bilik tidur..laptop kubiarkan terbuka di ruang tamu..apa nak jadi,jadilah..janji aku tak terserempak dengan makhluk kecik nan lembik itu,....eiii ! gelii !






         ''Eh ? mana budak perempuan melayu enam orang ni ?''soal Ajix kepada Yeil..musykilnya..enam enam sekali tak datang..

''Pagi tadi aku call Wiyah tanya jadual,pastu dia cakap dia tak datang..bila aku tanya kenapa,dia cakap dia mungkin demam hari ni..''balas Yeil..mata masih tertumpu pada folio yang sudah siap dibinding,menyelak dari muka surat ke muka surat,menanda muka surat di ruangan bucu bawah sebelah kanan..

''mungkin demam huh ? terbaik punya statement..''Ajix sudah tersengih..tak lain tak bukan tak siap folio lah tu..

Yeil hanya menjungkitkan bahu..

Hailah...bosan pulak takde budak perempuan berenam tu..kalau ada,boleh menyakat..Aik jix ? menyakat ke kau yang kena sakat ? heh..

0 comments: