Amazing People :D

Saturday, April 30, 2011

-Bab 11-




''Kesian aku tengok Aira..'' adu Risha sambil memandang Aira sekilas..Aira masih lagi tekun menggunting majalah sekolah tahun ke berapa ntah..Tak pernah dilihatnya sese-tekun gini..Naik juling biji mata nak gunting kertas yang besar dia lagi kecik dari memory card handphone tu..Sayang punya pasal,redah aje lah..


''Biarlah dia..dia bahagia macam tu..takkan nak halang kebahagiaan dia..'' Sahut Wiyah..sebenarnya,si Wiyah ni pun tertanya tanya jugak,tak penat ke Aira gunting kertas sekecil itu dengan begitu tekun..Dia yang melihat pun dah sesak afas..


''Bahagia apanya..terseksa aku tengok..Udah berapa hari lah kawan kita ni..''Sela Risha kembali..


''Sudahah..korang nak spy ke tidak ni ?'' Tanya Amy..


Kedua belah tangan kembali ke atas meja,menjadi 'tripod stand' untuk kepala..Masing masing tekun melihat Aira menggunting kertas kecil itu..mula mula dia gunting besar sedikit untuk memudahkan kerjanya itu..kemudian,baru dia bentuk kertas tersebut menjadi bentuk love..kemudian,di-colour-kan frame love tersebut dengan pen merah sambil tersengih sengih..


Diambil 'hasil kerja' tersebut,di bawa setentang dengan paras mata lalu dijauhkan..Konon konon nak tengok dari sudut jauh lah tu..


Hmm..Puas Hati..


Diambil Purse berwarna pink di bawah mejanya,dibuka zip kecil di bahagian hadapan lalu dia masukkan gambar kecil tersebut ke dalam purse tersebut..Diletak purse di atas meja..Ditoleh kepala mencari rakan rakannya..


Eh ? Mana diorang ?


Ditoleh kepalanya ke belakang..


Cheh ! Ngendap aku ! Syok benar sampai menongkat dagu..Hampes !


''Dah habis bercinta ?'' Skeptis ! muka bosan masih tak berubah..


''Kita ni siapa lah kan..melangut jer lah tengok dia..'' Adu Leeya dengan muka sedih..


Aira masih lagi tersengih..malas mahu menyahut..nanti lain pula jadinya..


Err..malapetaka !! lima pasang mata dah tertumpu di belakang Aira..mata masing masing dah terbuntang macam mata ikan flowerhorn..Jap ..ikan flowerhorn mata dia terbuntang ke ?


Aira yang masih tak mengerti isyarat mata dan mulut itu masih lagi tersengih sambil membelek belek kuku..


''Psst psst..'' Wiyah memberi isyarat mulut dengan menjuih-juihkan bibirnya..Tapi,memberi isyarat kepada Aira seperti memberi isyarat kepada pokok..Buat muka bodoh jer..Yang tak tahan,siap boleh angkat kening sebelah ala ala Ziana Zain..


Airaaaa ! Cikgu tengah belek kau punya purse ! bukan dalam purse kau tu ada gambar tuuuutt ke ?!


Huh ! Dah tak tahan ! '' Aira..cikgu..'' Dengan selamba,Ana membalas..Ni kira baik lah ni bagi memo dekat Aira..kalau tak,naya je kawan aku sorang ni meninggal tak sempat mengucap..


Aira menoleh..Oh Myyy ! err..ehehe..Patutlah muka kengkawan aku macam kene lumur dengan sambal belacan..bagi memo rupanya..


''Ehemm cikgu..kejap..'' Aira terus mengambil purse dari tangan cikgu dan pura pura membuka zip di hadapan dan mengeluarkan getah rambut..padahal keluarkan getah rambut sambil sambil keluarkan kertas tu..Gila cantik punya seludup..


''Takpa..simpan elok elok..nanti hilang..'' Nasihat guru itu sebelum berlalu..


Pheww ! Selamat !


''Nasib baik..buat takut orang jer duh minah ni..Pelangkung nanti baru tahu !'' marah Leeya..


''Rilek rilek..jangan sentap..aku hidup lagi ni..'' Masih lagi nak buat lawak si Aira..


''Cannntteekkk ! kau hidup,kitorang lima meninggal..! '' marah Risha..


Aira masih lagi tersengih..sabar je lah..




        ''Eeei ! stress !'' rungut Risha sambil menghempaskan beg sekolahnya di atas kerusi lalu menuju ke arah suis utama penghawa dingin..


''apasal dengan Risha ?'' Tanya Aira kepada Ana..


''Heh..budak budak ni degil pergi bukak air-cond lah tu..dia kan ketua kebersihan yang paling berdedikasi..'' balas Ana sambil menekan kalkulator menyiapkan kerja rumah mathematic..


'oh..hoho..patutlah berasap jer..'' sahut Aira..


Risha kembali duduk di tempatnya selepas berkempen mencari siapa punya kerja yang gatal sangat pergi on suis air-cond..Muka masih lagi mencuka..


''Aku tension betul lah asyik kena off suis air-cond..tak makan saman sungguh! masuk hari ni,dah 18 kali tahu tak ! '' marah Risha..


''18 kali ? betul kau kira ?''tanya Ana..Heh..buat bangang pulak si Ana..


Lagilah Risha bertambah stress..


''Aku ada plan ..baik punya plan..'' Getus Risha..muka pula ada aura aura misteri..


''apa ?'' serentak,Aira dan Ana bersuara..




        ''Kringggg !! '' Loceng sekolah dah bunyi..so,apa lagi..cabut lah..Risha masih lagi duduk berteleku di mejanya..geng Jejerk sudah menunggu di pintu kelas..


''Woi..nak tidur sini apa ?'' Jerit Wiyah dari muka pintu..


''Coming..'' Risha terus menggapai beg dan melangkah ke suis air-cond..setelah itu baru dia melangkah keluar..


''Apa kau buat ?'' tanya Leeya..


''On suis air-cond..'' balas Risha..


''Eh ? selalu marah orang..'' soal Aira pula..


''Kalau nak jahat,biar jahat sampai ke pangkal lengan..''Rosak peribahasa tu dikerjakan Risha..


''Ohoo ! ni lah tadi yer plan kau ?'' balas Ana..cheh ! tadi poyo sangat marah orang..sekali dia lagi teruk..


''korang bayangkan..air-cond on sampai esok..bayangkan esok macam mana ..'' 


''huuu ! tak sabar nak esok ! '' jerit lima suara..
  


Ketua kebersihan yang sangat hampes..hmmm..







2 comments:

Profile rahsia : Miss Aira said...

heeeheeeeheeeeeheeeeeheeeeeeheeeeeeeeeeeeheeeeeeheeeeeeeeeeeeheeeeeeeeeheeeeeeeeee <3

Coretan.Hati.zaydatur said...

profile rahsia ? uhuhuhu..sifat macam senang nak cam jer ~