Amazing People :D

Thursday, May 5, 2011

-Bab 12-



''Weh ! Buku Math hantar bila ? '' Soal Wiyah kepada Danial Azraei..Well,disebabkan dia ketua,so memang tanggungjawab dia untuk kutip buku..tapi,heh..kadang kadang,dia pun skip hantar jugak ! 


''Hah ? math ada kerja ke ?! ''Sampuk Leeya tiba tiba..


Ahhh sudah ! Bila pulak keluar watikah membunuh ni ? and,kenapa aku tak tahu pun ? Damn !


''Ada lah ! exercise yang semalam..6.1B..all..''Wiyah membalas..Dia masih lagi menyemak kerja kerja nya sebelum dihantar kepada ketua kelas..


''What the ?! Oh myyy ! Aku tulis hari dengan tarikh pun belum ! '' Jerit Leeya..Segera dia beralih daripada latihan topikal essay yang sedang dibuatnya itu..Dibuka zip beg nya dan dikeluarkan buku latihan dan buku teks mathematic..


Ciss ! dah tanda rupanya ! apasal boleh terskip pulak ni ? ngee ! sabar je lah...


Masing masing yang tengah sibuk membuat kerja rumah yang tertunda itu tiba tiba berpaling ke hadapan..Aira dan Risha melangkah masuk ke dalam kelas sambil tersengih sengih..masing masing berbicara sambil menutup mulut..


Err kenapa dengan Risha dan Aira ? Aura gatal semacam jer ?


''Kenapa dengan diorang ?'' Soal Amy yang masih sibuk dengan latihan topikal geografi yang terbentang di hadapannya..


''Angin sawan kus kus'' Tanpa nada,Ana membalas..Dia bukan kisah sangat kalau kawannya dua orang itu tergelak gatal kerana sudah maklum,alau gaya gelak sebegitu,pasti baru lepas ronda aras tingkat atas yakni aras tingkatan lima..


Aras tingkatan lima ? maknanya ? ohooo ! saya mengerti saya mengerti..Tidak perlu explanation..


Kedengaran dari ruang perbualan mereka yang ditutup dengan tangan itu,menyebut ''mentos mentos..''


Wiyah yang mendengar perbualan mereka tetapi tidak memahami,bertanya..''Mentos ? Kenapa wey ?''


Aira tersenyum lebar..Heh..kalau senyum macam tu,sahlah apa yang dikatakan Ana..Mesti angkara 'Si Beg Coklat'..Risha yang sedari tadi tersengih,membalas..


''Heh..hang nampak dia lagu ni,hang paham ja lah..''balas Risha sambil tersengih..


''Tapi hari ni ekstra sikit..'' Tambah Aira..


''Apesal ?''tanya Amy..Dia yang mendengar cerita sedari tadi menyoal,tetapi matanya masih melekat kepad nota nota ringkas..


''Ada orang dapat mentoss !! ''Sahut Risha,mengusik sambil menyiku lengan Aira..


''Beg coklat ?'' Soal Leeya..Kod rahsia mereka..Hanya mereka yang tahu..


''Sapa lagi..takkan Yang Berbahagia a.k.a YB tu..Itu jadi madu,bolehlah..''Sahut Risha..Si Aira sudah bertukar menjadi wanita yang paling pemalu macam anak dara kampung baru lepas kena pinang..


''Tapi serius oh ! Asal Aira gi kat Beg Coklat,si YB tu mesti nak join sekaki..Dia jelous ke ?'' Soal Ana yang baru menyudah kerja rumah yang tergendala..


''Err..nak tanya boleh ? Dia jelous tak dapat Aira ke dia jelous Aira dapat beg coklat ?''Tanya Wiyah polos..


Pecah tawa dari lima orang rakannya..Gila ! Seram pulak dengar pertanyaan si Wiyah..Iskk..masalah hormon sungguh lah si YB tu..


''Gila merepek..''Sela Amy yang masih tidak boleh memberhentikan tawanya..


''Airaaa !! ''Jerit Leeya yang matanya sudah tertumpu ke arah pintu masuk..


Sepantas kilat Aira menoleh..Oh Myy ! 


''Damn..dia nampak aku ke ? aisehh ! Dah lah gelak tak control tadi ! Eiii...malunyaa !! ''Rungut Aira..Dirasakan Leeya terlalu lambat menghantar memo buat dirinya kerana Si Beg Coklat sudah lihat segalanya..Habislah ! Dah lah gelak macam kat kedai kopi..!


''Nampak..''Balas Leeya terkejut..selalunya beginilah..kalau si beg coklat yang lalu,enam jantung rasa macam nak pecah..padahal dia lalu je..kadang,dia lalu,dia tak pandang pun ke arah mereka berenam..Tapi acting macam apa je..


''Dia jalan dengan siapa ?'' Tanya Risha..


''YB..'' Balas Leeya..Hanya dia yang mengetahui kejadian sebentar tadi kerana yang lain semua membelakangi pintu..


Aira terus duduk sambil mengetap bibir..


Risha yang memahami terus tergelak..


''Auch ! ada orang jelous ! ''Sakat Ana sambil tersengih..


''Shut Up ! ''marah Aira lalu terus mengeluarkan buku latihan Agama Islam..


Pecah ketawa ahli kumpulan Jejerk,heh..kecuali Aira..






            ''Tolong aku yeil ''Rayu Wiyah..Yeil,Ketua kelas mereka atau Danial Azraie yang memang nama pendeknya Yeil,menggeleng..


''Ala ! tolong lah kawan ! ''Rayu Wiyah lagi..


''Hishh ! tulah ! lain kali berborak je ! kerja rumah tanak siapkan awal awal..''Marah Yeil..


''Ala..sorrylah..kau cakap lah berapa kau nak pengeras,aku kasi..''Dah macam Wiyah cakap dengan bomoh pun ada jugak..siap berpengeras..


''Kali ni je aku tolong kau,lain kali tak nak dah..''Terus Ketua mereka itu mencatat nama Wiyah sebagai orang yang sudah menghantar buku..


''Thanks ! Tak nak pengeras ?'' Soal Wiyah..


''Balik karang,Paprik..'' Balas Yeil..


''Right on !''





1 comments:

beg coklat pnye bini :p said...

heeeheeeheeeheee *tersengih sendirian*