Amazing People :D
Top Tabs
Wednesday, June 29, 2011
-Bab 18-
Kitorang memang serius mengantuk kalau subjek Science letak awal awal pagi..lantaklah orang kata,''eloklah..subjek berat berat ambil pagi pagi..nanti dah tengah hari,ambil subjek ringan ringan macam sivik ke apa ke..''
berat tak berat..tengah hari dia ada confident sikit nak masuk aura belajar..pagi pagi masih lagi teringat bantal empuk dan tilam spring kat rumah..oh,ya ! dengan penghawa dingin takat 17 darjah celcius..fuhhh..mantap tak hengat kalau nak layan mimpi..
Puan Junita melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka semangat nak mengajar..enam orang si Jejerk masih lagi terlangkup muka atas meja,melayan mimpi yang tak reti reti nak habis..
''class,class'' cikgu Junita meminta perhatian daripada 33 orang pelajar..masing masing buat macam tak nampak je cikgu masuk..
''claaaasssss..''meleret bunyinya..dah kali ketiga,baru nak bangun..
selepas mengucap salam hormat,masing masing mengeluarkan buku latihan science menanti cikgu untuk memulakan sesi p&p..
enam si Jejerk menongkat dagu melihat cikgu Junita mengambil sebotol air mineral dan seplastik serbuk putih ..masing masing melihat dengan muka tak paham..
''guys..minggu ni kita akan belajar tentang Dilute,Concentrated and Saturated..cikgu akan ajar perbezaan antara ketiga-tiga situasi itu dan mengenalpasti apa itu Solvent dan Solute..okay ?''
masing masing masih lagi tak menunjukkan sebarang reaksi..cikgu Junita dihadapan menuang serbuk putih itu ke dalam botol air mineral..
''guys..saya baru letak about 1 teaspoon of the sugar dalam botol air mineral ni..okay..apa nama ni ?''cikgu Junita bertanya..
seperti biasa,masing masing buat muka tak faham..
cikgu Junita dah buat muka tension..
''okay okay..ni kita panggil Dilute bla bla bla..tapi,kalau saya tambah satu plastik gula,then,kita tak nampak gula tu..apa kita panggil ?''
''BUTA !'' ajix dari belakang melaung..satu kelas dah pecah gelak..
cikgu dah buat muka stress..jauh bebenor menyimpang dari ajaran science..benda tu ingat pulak !
''class,jangan lah macam ni..''pinta cikgu Junita..
''woi ajix ! ape lah kau ni..hormat sikit cikgu tu..''laung Sridev dari belakang..heh..yang bercakapnya pun bukannya boleh percaya..
''Biaadaaap '' marah si Risha pulak..Jejerk sudah pecah perut ketawa..yang pastinya,ngantuk sudah hilang !
''tak balik eh ? lepak kelas ?''tanya Wiyah kepada Yell..
''korang baliklah..aku tunggu kelas..pukul 2.30 tau ! jangan lambat..''pesan Yell..yang lain hanya mengangguk..
petang ni memang dah plan nak kemas kelas..mop dah selamat ditibai dari 'baya' pondan cleaner sekolah..'baya' tu memang selalu kena bahan dengan Jejerk..cari maut sungguh buat lawak 'tak ada tarikh luput' dengan kitorang..
budak budak kelas Zuhud memang baran tak sudah dengan ada satu kakak cleaner Indonesia dekat sekolah tu..boleh dia tibai selipar cikgu kelas Zuhud..yang peliknya,selipar tu siap cop besar besar,''1 Zuhud 2010'' dan senang senang keluar statement yang dia jumpa selipar tu..heh..memang lah jumpa ! jumpa dekat kelas 1 Zuhud kan ? eiii..baran..
macam biasa,kalau plan start kemas kelas pukul 2.30,alamatnya start pegang penyapu pukul 3..ye lah,masing masing duk melepak dulu,main bola dulu,berjoli dulu..heh..
pukul 2.45 tu,Risha paling awal sampai..Dia melangkah masuk ke dalam kabin kelas yang tak berkunci..'aik ? tak sampai lagi ?'
Dia on semua suis kipas..dia tarik satu meja berdekatan dengan soket kosong..perlahan lahan,dia buka beg dan dikeluarkannya laptop..baru sahaja mahu sentap layan internet sorang sorang,ajix sudah berlari masuk dalam kabin..
''awal gila kau sampai,Sha..''
''awal kasut kau..tengok jam ! nak pukul 3 dah !''
baru sahaja Ajix melangkah ke hadapan,dia pusing kembali..
''GILA ! bawak laptop ! hampes !''
''heh..aku ada plan dengan Jejerk nak buat movie marathon cerita korea..''
''wey wey..ni nak kemas kelas ke nak layan drama ?''
''lelaki kemas lah..kitorang layan korea..''Risha sudah tersengih..Ajix hanya menggeleng..dia kembali meneruskan misi merepair meja guru yang dah goyang..uzur bebenor..mana tak uzurnya..dah kena duduk dengan Darshan ! heh..
selang lima belas minit,''wei Ajix ! mana diorang ni ?''
''biasalah jalan guna mulut..''
tak sempat Risha mahu membalas,terdengar seseorang berlari di luar..masing masing memandang luar melihat siapa yang berlari..
perkara pertama yang dilihat bukannya orang,tetapi kasut ! malayang kasut tercampak..kemuadian baru orangnya masuk dalam kabin dengan tercungap cungap..
''mana wey ? mana ?''Aira berlari menuju laptop..mak cik ni dah ketagih tengok muka mamat korea yang satu itu..
heh..lepas tu,masing masing mulalah berangan..tanpa berlengah,Risha memasang DVD drama Korea dekat laptop..dah nak dekat 10 minit layan movie,baru geng geng yang lain sampai..apa lagi..mengamuk suruh rewind..
yang perempuan sibuk depan laptop,yang lelaki kemas kelas..terbalik terbalik !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
hehehe ~ aku da baca separuh semalam .. :DD masa kau suruh betulkan blog kau .. hee ~ maaf ye .. tertekan ..
aku nak pinjam sab punya tongkat sakti sumpah kau jadi katak puru !
Post a Comment