Amazing People :D

Wednesday, July 27, 2011

-Bab 21-


''Bak air tu..''pinta Leeya..

Wiyah menghulur..bertapa empat orang perempuan dihadapan televisyen yang masih terbuka..seorang lagi berada di dapur manakala lagi seorang ada atas sofa,terbongkang main mesej..


Risya berjalan masuk ke dalam biliknya yang terdampar 5 orang rakan rakannya..ditala pandangan ke arah peti televisyen yang terbuka..

''Dah tak ada cerita lain ke sampai tengok cerita ni ?'' demam agaknya budak budak ni sampai tengok cerita hindustan..kalau hindustan hero syok,takpelah jugak..ni hindustan ala ala 50-an ! perghh..dah buta hati gamaknya..


''Kalau kau faham cerita Thailand yang tak ada subtitle,kau tengoklah..''ujar Wiyah..

''Paham je aku..korang dah lupa ke aku belajar 22 bahasa dunia ? heh..tulah korang..dari dulu tak sedar aku ni bijaksana..''Risya memuji diri sendiri..


Amy termuntah..''What ?! 22 bahasa ? amendek ? bahasa orang utan ? bahasa kentut Ana ?''

Melayang satu bantal dari belakang..''Kentut kentut aku jangan main..''Ana memberi amaran..seketika kemudian,dia kembali menala pandangan ke arah telefon bimbit ditangan..


''Bahasa ikan piranha..''Aira yang menyahut..

Pecah lima ketawa..Risya masih mencebik dipintu..


''Korang tak percaya ? nak dengar aku cakap thailand ?''

Lima kening terangkat..''Try Me..''cabar Leeya..


''SawaDikarp ! hah ! dengar tak ? dengar tak ? heh..lancar kan ?''


Ceh !

''Kalau setakat tu,jiran atuk aku kat kampung yang takdek gigi tu pun boleh cakap,bijaakk !''Aira mencebik..


''Eleh..cemburu..''Pantas Risya masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu..berjalan ke arah Ana yang terbaring di sofa..diangkat kaki Ana,lalu dia duduk sebelum diribanya kaki Ana..Dicapai suratkhabar The Star yang berada di meja kopi sebelah sofa..

empat orang rakannya masih lagi memberi fokus kepada televisyen..Seketika kemudian,terdengar Risya menjerit..


''Kau kenapa ? sawan tengah hari ?''

''sini sini ! korang,cepat !''Risya memanggil..


berkumpul lima orang di sekeliling Risya..

''Condo ni sangat maveles ! nanti dah besar kita duk sini nak ?!''Risya sudah mula berangan.


Surat khabar ditangan Risya dirampas Aira..

''Oh my...sangat santek ! ada basement,ada swimming pool..living room dia ada satu part guna full kaca sebagai wall..so,malam malam,boleh tengok pemandangan,..! oh my..cepat,cepat ! book satu condo..''


Suratkhabar ditangan Aira dirampas Wiyah..

''Tengok dulu berapa bilik..Oh my ! 4 bilik ! 4 bilik air..2 dapur,satu dapur kering,satu dapur basah..''


suratkhabar ditangan Wiyah dirampas Amy..

''Ni kalau letak plasma dengan home theater dekat living room,mantap tak hengat ! letak sofa warna merah..dinding kita cat warna krim..damn superb !''


suratkhabar ditangan Amy dirampas Ana..

''4 bilik cukup ke ? aha aha..boleh boleh..satu bilik dua orang..lagi satu bilik,kita buat walk in wardrobe kita,takpun,buat guest room..prayer room pun boleh..''


Suratkhabar ditangan Ana dirampas Leeya..

''Satu bilik kita boleh sumbat satu tv plasma each room plus queen size bed...maveles maveles..''


''Lepastu,malam malam kita tengok cerita hantu dekat master bedroom..perghh..pastu,semua dah taknak tidur bilik masing masing,..''ujar Ana..

''Talking about Master Bedroom,siapakah dua orang yang nak duduk bilik tu ?''

masing masing memandang kiri kanan..

''aku !''
 

''dey dey dey ! aku aku !''

''aku jumpa dulu,aku lah !''


''tolong ea..ikut tarikh lahir..sape lahir first and second dapat bilik tu !''

''tak boleh tak boleh..yang tua tak boleh duduk bilik tu..tua tua nak meninggei,takpayah nak mengada nak bilik tu..''


''aku ada cadangan..''Aira mencelah..lima pasang mata memandang ke arahnya..

''kita letak 3 buah katil queen size,hambat semua dalam master bedroom..senang..tak payah gaduh..''


''bijak bijak..''

''well..see the leg !''


lima pasang mata menoleh ke arah kaki Aira..

''Dey  ! aku main main je lah !''




                




                    Ditarik tingkap gelangsar..membiarkan angin malam masuk..dicapai remote hi-fi,dikuatkan sedikit volume..berdentum biliknya dengan Tinie Tempah feat Eric Turner-Written in The Stars..dicapai pula novel bahasa inggeris P.S I love You tulisan Cecelia Ahern..ditarik nafas dalam dalam..nilah nikmatnya bila weekdays tiada kerja rumah..

nak layan internet,malas..laptop tidak bercharger..jadi,gunakan nikmat emas ini untuk layan Cecelia Ahern..


telefon bimbit milik Amy bergema..diambil telefon bimbit yang tercampak di atas katil..


hmm..Wiyah..


-Kau nak apa,Wiy ?


-Macam mana nak buat soalan nombor 6 ?


-soalan amendek ?


-Math lah..Tuan hamba ni pun nak berlawak janganlah jam sebegini..


-Math ?! kerja bila ?



-last two week..aku call Risha..dia cakap besok dia nak kumpul..cikgu dah azan..


-wait aa..


Amy terus berlari ke arah rak buku..dikeluarkan buku text mathematic dari slot dan diselak..Oh Myyyy..ada page yang telah dikelepet..macam mana boleh tak perasan ?!!! diselak pula buku tulis..damn..day and date pun tak tulis lagi !


-emergency ! aku tak siap apa lagi ni !

-Kanda bergurau ?

-Takda makna ! dah dah ! babai..


-urghh..selamat tinggal..


-waittt !!


-mengapa ?


-kenapa kau guna bahasa melayu klasik pulak nih ?


-Hamba baru lepas tengok Hikayat Merong Mahawangsa..hambakan embok..


-Pigiiidaaahh ! embok tak embok..esok kau kena hempok dengan Risha nanti baru tahu..


-Ahaa ! dont say !

0 comments: