baiklah..mari tinggalkan bahagian neraka itu.. apa yang neraka saya berlipur lara ini ? ya ! tanggal esok hari,kita bakal berpuasa..yakni,nanti matahari tenggelam di lautan,kita akan menunaikan tarawih..tentunya,daku akan mengajak ayahanda ke masjid yang menyediakan perkhidmatan wi-fi..apa ?! ingat zaman kesultanan melayu melaka tiada wi-fi ? pandang jangan sebarang pandang ya ! lihat sekilas di air,sudah tahu jantan betinanya..ampunkan daku..daku tidak pandai bermain bersama peribahasa..ya,bagaikan daik bercabang tiga..
seperti biasa,bonda sudah mengeluarkan notis bahawasanya kamar kamar peraduan haruslah dikemaskan..makanan makanan yang enak dan lazat bak nutella haruslah dihabiskan..kelak tika puasa,kecur air liur bila terkenangkan nutella ada di dalam kotak beku..
inilah ya bahan rujukan yang perlu dielakkan..oh,ini bukan kamar daku..ini kamar jiran sebelah..kamar daku sangat bersih..*muka meyakinkan* lihat tuh ! ada bantal berbau..isk isk isk..jiran sebelah daku memang begini..ini haruslan dikemaskan ya sahabat taulan..kelak,segala jenis reptilia menginap di dalam kamar2 sahabat termasuklah encik anakonda..sangat bahaya seperti neraka ya sahabat2..
selepas itu,di 4shared akan mengalami trafik yang tinggi yang sahabat2..sehinggakan,mahu memuat turun satu lagu juga mengambil masa sehingga separuh jam..ini kerana,rakyat jelata berpusu pusu mahu memuat turun lagu lagu aidilfitri walaupun terawih malam pertama pun belum..ini sangat mendukacitakan ya sahabat2..untuk menyelesaikan masalah ini,kita haruslah berjumpa dengan 4shared bergerak yakni,rakan kakanda2 hamba untuk meng-gigi birukan lagu lagu aidilfitri..
kemudian,rakyat jelata dapat melihat semua artis artis di tanah melayu bertukar menjadi ustazah ya untuk sepurnama..katanya kerja separuh masa..tidak akan keluar-keluar skandal pakai bokono di pantai nian,skandal bercomolot di dalam pacuan empat roda di hadapan kelab2..malahan,siap keluar di buletin akhbar dengan menyatakan kita harus bersama sama mereka melakukan kebaikan dengan memakai tudung jambul nampak,tidak berpeluk selama sebulan,tidak ber-bee ber-darling sebulan..bapak bapak gula di tanah melayu juga sudah siap sedia dengan ongkos masing masing untuk menaja anak2 ikan ke luar negara,menyambut lebaran di parit buntar dan di sawah padi..oh maafkan daku..di venice dan juga paris..
sehubungan dengan itu,ayahanda dan bonda juga tidak akan masuk ke speedy untuk mencuci mata..tika itulah daku dan kakanda2 harus menyeludupkan dirik sendirik untuk ke speedy..ini sangat sadis ya sahabat2..
baiklah..daku mahu baca buletin akhbara..SAYONARA !
p/s : bahasa melayu tinggi woots2..(~.^)


0 comments:
Post a Comment