Amazing People :D

Sunday, April 10, 2011

-Bab 2-



Akhirnya,lepas jugak sesak duduk dalam kelas 1 Muhibbah ! Ni yang terasa nak bagi Flying Kiss kat cikgu yang hilang ingatan tu..Cikgu,I really Lap you ! Terimalahh ! Muuuaaahh ! Muuaaahh ! Moga cikgu sembuh dari penyakit hilang ingatan cikgu tu,okay ? Ameen ! 

Heh ! Aira dah mula berangan..macam mana nak tau dia berangan ? Heh ! kalau dah senyum bila tengok dinding tu,berangan lah tu ! Lepas tu,mesti akan cakap , '' Aww ! Mak dah tak sabar nak pergi sesi pagi ni ! sesi pagi youu ! Ada abang abang..'' Actually,bukan dia seorang saja yang cakap,tapi kami berenam cakap..

Kalau dah gatal tu,gatal je lah.jangan cakap orang lain,Risha oi !

Dengan rasminya semalam hari Jumaat dan cikgu hilang ingatan tu pun dah bagi Jadual,maka minggu depan kami akan menjejak sesi pagi.
Ni aura gila jakun sampaikan nak pergi sekolah pun tanya nak pergi pukul berapa kat kawan.Konon konon nak sehati sejiwa sejalan sesama lah kiranya.

Ada dua hari lagi nak prepare barang segala bagai untuk bawak pergi sesi pagi minggu depan.Gaya macam nak pergi berkhemah.Keterujaan yang melampau sampaikan dekat Facebook masing masing dah riuh.Keterujaan yang melihatkan kegatalan yang amat !

Hmmm..Entah lah..Macam mana nak survive nanti ? Gaya macam kau nie risha nak pergi belajar kat Alaska je !

      

        Isnin ! Senyum,Senyum,Senyum daaan Senyum ! Dari jauh dah terlihat budak berlima tu melepak dekat kantin..Mak oi ! pepagi buta dah melantak ? heh,Risha ! buat buat terkejut pulak..kang sekejap lagi,kau pun melantak jugak.macam tak tahu..

Nak pura pura terkejut pun tak bolehkah ?

''Rishh ! aku dah gila Saspen ni..kejap lagi nak assembly..mana kita nak duduk ? kelas kita mana ? sapa prefect jaga kita ? kita rehat pu...''

''Stop ! Laju gila kau cakap pagi pagi ni Ana..buat malu kaum kerabat je ! Tengok macam Amy..Rilex je die..sempoiii...'' Tunding Risha ke arah Amy yang sedap letak kepala atas meja..

Amy panggung kepala..'' Rilex otak kau.aku tengah berzikir ni..hati aku dah kacau bilau plus tunggang langgang plus kucar kacir plus serabut serabai ni..''

Dengan muka tak bersalah,Amy menjawab.Heh..Muka dia mana pernah bersalah ! Moto hidup dia,''Berani kerana benar ! kalau salah pun buat buat lah kau macam berada di pihak benar..'' Moto yang serupa Motosikal..Entah mana dia rembat pun tak tahu.

''EH ? hehe..yeke ? tak tahu pulak..'' Segan kau ni Risha !

''Adik ! sila pergi ke tapak perhimpunan..sebentar lagi perhimpunan akan dimulakan..'' Arah seorang Prefect India..muka garang yang amat ! senyum lah kak oi !

'' yok wey ! kang kene sound lagi..'' Ajak Aira...ada aura nak jadi prefect..Pustakawan boleh la kut..

Mereka berenam mengorak langkah menuju ke Dataran Kejat.


        1 Zuhud ! YUPP ! kelas kami..Kelas KrK merangkap Kelas pertama daripada 15 buah kelas.Heh..bangga sikit..Leeya orang pertama melangkah ke dalam kelas berhawa dingin itu terus menuju ke barisan paling belakang berhadapan dengan meja guru..Alasannya,''Senang nak tumpu perhatian..Kita tak banyak buat bising kalau duduk dekat dengan cikgu..'' tapi hasilnya,,'' Menyesal siot pilih tempat ni ! Nak bersembang pun asyik kene baling dengan marker dari belakang ! ''

Tulah..kalau nak buat sesuatu pekerjaan,fikir dahulu..Tapi serius,menganga kitorang masuk kelas ni..Skema maut je semua ! 

Yang paling sesak dada,ade guy sorang ni..

Sikit sikit,,

''..cikgu ? ni macam mana ?..''

''..cikgu ? saya tak faham..boleh terangkan semula ?..''

''..cikgu,tak jelas..ulang kembali..''

Heh ! Aku menyapa Ana disebelahku,

''Ana,budak tu sapa nama ? tekanan sungguh ! ..''

''GBB ..'' sambil meleret senyuman tika melontarkan kod rahsia itu..

Aira disebelah kiriku terus memanjangkan kepala ke arah Ana..'' Gapo ? GBB ? Geng Bas what?''

Leeya sudah tersengih..Risha,Wiyah,Amy dan Aira masih lagi mengekalkan raut wajah seperti Gua Kelam.

Leeya yang rajin itu membalas '' GBB stands for Gigi Besi Buruk ''

''kenapa pulak ? bapak dia bukak kilang besi buruk ke ?'' Wiyah bertanya,polos

''Tengok gigi dia..'' Ana memaling mukanya ke arah Encik GBB..

Serentak itu,empat kepala berpusing untuk melihat 'bahan bukti'..

Heh..

Heh..

HAHAHAHAHA ! Cis ! Jahat benar budak bertuah dua orang ini..

'' Iron Man pun macam sesuai je dengan gigi dan perangai dia tu..'' Aira menokok tambah..

'' Sudah sudah ! jangan gelakkan dia ! nanti gigi korang pun pakai braces macam dia satu hari nanti,baru tahu..'' Aira si Wet Blanket mengarah..padahal tengah cover gelak..kang kantoi dengan cikgu ganti kat depan tu,naya je..

'' Kejap kejap..aku tengah me-neutralkan gelak aku kembali..betul la buat lawak..'' Dah mengah pulak si Wiyah ni..

'' Kau jangan buat pasal Wiy..Aku tak rela nak bagi kau CPU..'' Sela Amy..kesian benar melihat rakan nya itu..Bukannya nak berpada pada gelakkan orang..

''Apekehe nak bagi CPU..Wiy kan pakai Laptop..Takde kene mengena pun Laptop dia dengan Komputer..'' Ni lagi sorang..Mari doh perangai bodoh bodoh cerdik dia tu..Hmm Risha Risha..

'' Ni lagi sorang ! CPR lah..Pernafasan mulut ke mulut..Ya Tuhan,Sudah berapa harikah sahabat ku dua orang ini ?'' Doa Leeya..Tak sanggup dia hilang rakannya dua orang tu..Nak kembali ke Rahmatullah pun dramatik lah sikit..Accident ke ape ke..

'' Woi ! mulut tak jaga..sumbat dengan cabai burung nak ?'' Skeptis Aira bertanya..

'' Woi ! nak kantoi apa ? kalau nak kantoi tak heret aku takpe lah ! kang dengan aku sekali kene berdiri,kene korang..'' Amaran yang entah kali ke berapa..Tapi kali ini agak tegas bunyi nya dari Ana..

Serentak,empat suara yang berhentam tadi senyap..

'' Pandai pun nak diam..ingatkan tak pandai nak diam..'' Sela Amy..

''Diam !!'' serentak,lima suara menyergah..Nasib baik takde sakit jantung..

''Okay okay..''


0 comments: