Amazing People :D

Monday, July 18, 2011

Statement : Anak Bongsu bukan Spoiled-Brats !

Aku paling pantang kalau balik kampung,and tengah sedap membuta,lepas tu jenjiran ( ada ke ayat ni ? ) kat kampung sumer ''Budak bandar tu kerjanya tidur jerlah..dah lah duduk bandar..anak bongsu..perempuan pulak tuh ! bodoh macam mana pun mak bapak manjakan !'' *ngumpat sambil kupas bawang* 

WTH ? budak bandar ? ape kaitan perempuan dan anak bongsu ? BODOH ?! manja ?

eii..ikut aku punya kepala nak jer aku hentak kepala diorang dekat jalan tar..kasi gegar otak,kasi hilang dia punya ingatan..wey2..sebandar bandar aku pun,aku tak pernah pulak pakai Shorts pergi rewang rumah orang kenduri..anak kau sesedap nyamuk tiruk gi kenduri rumah tokwan aku pakai Short,kau tak kecoh pulak ?

tangan banyak kerja,sibuk benar mulut pun nak kerja..dan dan tu jugak atuk aku dengar..hah,kena balas..''seteruk-teruk cucu aku pun Yah oi,dia tak pernah pulak kurang hajar dengan kami..aku dah cukup bersyukur dah tu..biarlah dia nak tidur..nama pun kampung...duduk di bandar kadang2 rehat tak cukup..''

alahai..sopan benor atuk aku ~ *nangis*

okay2,balik ke topik..

yeah,anak bongsu bukan spoiled-brats..ambil contoh terdekat,aku :)

1) Tiada pilihan lain..

macam aku,aku ada 2 abang..kau rasa,kalau parent aku takde,sapa yang abang aku suruh masak ? mesti,''Deeekkkkk !! masaaakk kkaaaannnn Maaaagggggiiiiiiiiii...''<--- mendayu dayu..kalau manja,kau rasa nak ke dia balas macam aku balas ,''sebentar kakanda..nanti adinda jerang air..'' pheww..harapan..mesti balas,''kau ada nampak macam aku tengah senang ?!'' heh..kalau adik beradik perempuan ramai,boleh lah tolak2..''suruh akak lah..'' suruh bibik lah..suruh jiran sebelahlah..

2) satu satunya harapan..

walaupun abang aku pandai2 masak belaka,tapi adakah mak aku akan membiarkan anak2 terunanya turun dapur dan masakkan makan malam ? oh,tidak sama sekali..kalau nak beli groceries,adakah mak aku akan membiarkan aku terbongkang kat atas katil main laptop dan membiarkan abang2 aku tolak troli macam anak dara belikan groceries ? tidak sama sekali..adakah mak aku akan membiarkan satu satu anak daranya jadi manja hingga tak tau buat apa apa ? tidak sama sekali..aku kalau sesat kat hutan,boleh survive..jadinya,aku belajar masak segala bagai ni sebab takut sesat dalam hutan..hewhewhew..

3) berbaik dengan besan..

mak aku mesti kembang lubang idong bila mak mentua aku *shy* puji cenggini ,''eh ! Zai tu siapa ajar masak eak ? anak bongsu,tapi pandai masak..pandai betul ye berdikari..sedap pulak tu..makin lah anak saya si tutttttt tu makin sayang isterinya si Zai tu..'' teehehe..segan mak,nyah ! *sila jangan pengsan baca statement ni*

4) bumi dipijak,langit dijunjung..

nak menyedarkan aku yang walaupun aku berdarah bandar *sepatutnya*,tak seharusnya aku berlagak macam anak bandar..mak aku still orang kampung..bapak aku still orang kampung..atuk aku jer orang bandar..<--tersesat sorang2..aku dilahirkan walaupun nama hospital maju gila --> Hospital KOTA Tinggi,tapi tetap lah aku anak kampung..dari lahir sampai umur 2 bulan,masih duduk di Malaysia yakni Johor..manakala dah dua bulan,aku telah dibawa melayar ke gunung daik bercabang tiga,eh,salah..telah dibawa ke Pasir Ris,Singapura untuk dibesarkan sehingga umur 6 tahun..jap2,6 ke 7 tahun ? tah..lupa..yang penting,aku berhijrah ke Shah Alam betul2 sehari sebelum aku naik darjah satu..muahahaha..Dibesarkan di Singapura dengan adat Cina,ulang alik ke Melbourne,Australia dimana Atuk aku tinggal..kadang2 bila atuk aku balik S'pore,aku takyah lah gi Australia..raya pertama di Terengganu lepastu terus ke S'pore..ambil Flight balik Australia..ambil atuk aku,balik Johor dan jumpa sanak saudara..hambekkk..sekarang jer jarang balik Australia sebab atuk aku dah selalu balik s'pore..jadi,cuti sekolah jer aku mesti balik s'pore..selagi tak atuk aku dekat Terengganu tu tak berkumandang azan menandakan lama tak balik,selagi tulah tak balik..iskk..jahat...

aku rasa,sampai tu jer kot..tak semua spoiled brats..lagi2 dekat rumah tu aku ada dua orang Hitler ~ tskk..aku sorang jer cinderella versi belacan..tapi tidak mengapa..Cinderella memang baik2..arahan patuh jer..tu sebab ibu peri ( Fairy Godmother ) selalu datang dalam mimpi aku..muahahaha..selalu Fairy tu puji aku..rasa macam tak layak nak terima..tapi,apakan daya..tiada daya ! muahahha ~ *kalau abang aku baca ni,sah sah dia gantung diri dia dekat kipas yang sedang berpusing* okaylah,habis sesi puji diri sendiri..babai..Sayonara !

0 comments: