Amazing People :D

Thursday, July 14, 2011

Tak Mahu Cinta itu !

(Tajuk asal : I Don't Want Your Love !)

Masih lagi merenung dada langit..Diraup mukanya dengan tapak tangan..Dia sudah penat ! penat melayan lumrah hidup..mestikah perempuan equals to lelaki ? tak bolehkah perempuan equals to alone ?

Aku baru sahaja putus dengan Saiful..Kisah aku dan Saiful hanya boleh bertahan selama 2 tahun..nasib baik belum kahwin..pheww...

kenapa putus ? kalau bahasa sopan,sudah tiada persefahaman..tapi kalau diikutkan,ia angkara pihak ketiga..ahh ! lantaklah..doaku,agar kau bahagia Sabrina dan Saiful ! 


Tak bolehkah jika tak kahwin ? tak bolehkah jika tidak bercinta ? tak bolehkah hidup ini tanpa kaum Adam ? serabut serabut !

Bising yang datang dari arah sebelah rumah menarik perhatian Feera Farzanna..Kelihatan sebuah lori yang mengangkut pelbagai perabot rumah berhenti di hadapan rumah sebelah..'orang pindah masuk agaknya..'

Feera Farzanna masih lagi memerhati..Ingin mengetahui penyewa di rumah sebelah..sedang dia memerhati,pintu biliknya diketuk dari luar..Feera Farzanna melangkah ke pintu untuk memberi orang di luar masuk ke biliknya..'ni mesti makcik ni nak kacau aku..'


''Weyy ! Ada abang kacak pindah rumah sebelah !! ''Mia Nadila terus merempuh pintu itu bila Feera Farzanna membuka kunci pintu dari dalam..

''Abang kacak ? ''Feera Farzanna bertanya bingung..


''Yelah ! ''

''Kacak sangatkah ?''


''Superr !''Sengaja Mia Nadila membuntangkan matanya..kesan lebih dramatik !

''Tak payah nak besar besar kan mata kau..aku tak layan ! kau nak,kau jelah yang mengurat dia..lepas tu,tunang kau yang pilot tu kasi aku..''


''Eh Eh ! apasal pulak Zahin yang jadi mangsa ?! alah..ni hal kita kita je..jangan kasi tau Zahin..abang kacak sebelah tu boleh jadi bapak gula aku..''balas Mia Nadila sambil mengelip ngelipkan mata..cheh..tak sedar diri sebelah kaki dah kena ikat..awal tahun depan,dua dua belah kaki Zahin ikat ! baru tahu rasa..


''Ambillah..jangan kau Perang Napeleon dengan Zahin lepastu aku jadi mangsa sudah..''


''tak menyesal ni ?''


''nope and never..''


''okaaayyy...''bunyi seperti tidak percaya saja..


Arghh ! adakah aku sudah terlalu tua sehingga perlu menggunakan orang tengah ?!


_______________________________________________________


Sudah sebulan dia dan Mia Nadila menerima jiran baharu..Dengar cerita dari risikan Mia Nadila,yang duduk di sebelah rumah mereka itu bujang..ada empat orang yang menyewa..tapi,ada dia kisah ? 


sebulan sudah terima jiran baru,sebulan juga dia mengurangkan aktiviti luar..bukan apa,dia segan ! tak manis benor kalau anak dara sunti macam dia duk luar lama lama..lainlah Mia Nadila..kalau tunang kesayangannya datang,berejam masanya duduk melepak dekat wakaf depan rumah..nak keluar,darah manis katanya..hmm..


Dia betul betul keluar jika mahu siram bunga dan sidai kain..itupun sudah meremang bulu roma bila terasa ada yang memerhati dari belakang..hari ini,dia pergi kerja lewat sedikit..8.30 baru keluar rumah..


saat melangkah ke arah pintu pagar,dia terpandang sesuatu di cermin belakang kereta MyVinya..Segera dia melangkah menuju ke arah kereta..lain macam je..


''What ?!'' hypertension pagi pagi !


terdengar gelak ketawa pecah dari rumah sebelah..cermin kereta yang masih bertanda ''Orang sombong selalu rugi..Jual mahai noohh...'' ditatap berulang kali..


'Ini sudah lebih !'dikerling rumah sebelah..ni mesti ada komplot ni ! kalau tak,takkan tangan mereka sampai dari sebelah sampai ke kereta aku ni..


''Miiiiiaaaaa  Naaadiiilaaa !''Jerit Feera Farzanna lantang..

Mia Nadila yang sedang menyisir rambut dihadapan cermin tergesa gesa keluar mendapatkan Feera Farzanna..


''Apa ? Menjerit macam kena rasuk aje pagi pagi nih..''Sela Mia Nadila kepada Feera Farzanna..bunyik jerit tadi macam baru lepas excident..sihat walafiat jer aku tengok..


''Who did this ?! I need an explaination !''jerit Feera Farzanna..buat muka tak bersalah pulak makcik nih..aku report tunang kau yang kau ada hati nak pasang bapak gula nanti baru kau tau..


Mia Nadila melangkah perlahan ke arah tempat yang ditunjuk..terjerit kecil dia bila melihat tulisan pada habuk di cermin belakang kereta milik teman serumahnya itu..


'Otak letak kat lutut betui lah Saif ni ! aku suruh letak quote romantik,bukan letak ayat beracun !'


segera mata Mia Nadila mengerling ke arah Feera Farzanna dengan muka yang nyata menampakkan dirinya bersalah..


''err..emm..no comment..''balas Mia Nadila tergagap gagap..


''No comment ?! kau ingat kau artis ?! urghh..sekarang,kau cakap dengan so what the name makhluk yang gatal tangan menulis ni yang aku nak jumpa both of you petang karang sharp on 5.30..take note,both of you ! ''balasnya tegas..terus Feera Farzanna menekan punat alat kawalan jauh keretanya sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi..


Mia Nadila pusing ke arah rumah sebelah setelah yakin kereta Feera Farzanna sudah lenyap pada pandangan mata..Dia berjeda seketika untuk menunggu tuan yang menulis keluar..


setelah tuan punya badan keluar sambil mengangkat kening,dia segera menggeleng..


''matilah kita Saif..''


_____________________________________________________________


''awak nak apa ?''tanya Saif dengan muka yang tidak bersalah lansung lansung..


Feera Farzanna hanya mengangkat keningnya sebelah..'wahh..orang ini sangat luar biasa..menempah maut dengan sukarela..'

''apa tujuan awak conteng kereta saya ?''


''ada calar ke ?''

''calar tu tak ada lah..tapi,awak ni takde kerja lain ke ? tanam anggur ?''


''anggur tak boleh hidup dekat Malaysia nilah wahai cik adik..kita kan iklim tropika..lembab sepanjang tahun..''


Mia Nadila menepuk dahi..Oh Myyyy..how dare him ! matilah aku matilah aku..


segera Feera Farzanna menoleh ke arah Mia Nadila yang berdiri tidak jauh dari situ..


''Kau yang kasi dia masuk kan ? apa tujuan kau ?!''


''err..err..aku..errr...''


''Saya yang request dia..mintak dia tolong saya..''potong Saif menyelamatkan Mia Nadila..


''Why err..Mr ?''


''Muhammad Saifuddin..Saif for short..'' Yes ! berjaya jugak suruh dia tahu nama aku..Syafiq sumpah mesti jealous gila..


''Ahaa..Mr Saif..awak memang betul betul tiada kerja ya ? sampai perlu buat kerja macam ni..saya ni ada bawak masalah dekat awak ke ?!''


''Memang ada.. ! masalah hati !''balas Saif dengan terus terang..buat apa nak berkias..Feera ni bukan perempuan yang faham bahasa kias..


''kenapa dengan hati awak ? nak saya rendangkan ? atau awak ada masalah hati berlubang then minta saya derma hati saya beri kat awak ?''


''Slow betul kau ni Feera !''sela Mia Nadila tanpa berselindung..kenapalah dia boleh tak faham ??! Ya Tuhan,kau buka pintu hati dan otak hambaMu seorang ini..


''What ?''Feera Farzanna masih lagi bertanya dengan muka bingung..


''Saya suka awak..suka sangat sangat ! dari hari pertama tengok awak..saya tahu awak tiada siapa siapa..kenapa awak susah sangat nak faham ?''Terang Saif dengan nada tenang..nyata,wanita dihadapan dia ini memang tidak faham bahasa kiasan !


''You..You ? You w..whaatt ?!''


_____________________________________________________________


''Kau tak nak pergi klinik ke ?''tanya Mia Nadila perlahan..kasihan pula melihat teman serumahnya itu jatuh sakit..serba sedikit,dia juga terasa tempiasnya..yelah,kalau bukan dia jadi orang tengah,tak mungkin kawannya itu akan terima kejutan ini sehingga jatuh sakit..


Feera Farzanna menggeleng..


''Nak bubur ? aku boleh pergi McDonald's,drive-through beli bubur ayam..''


menggeleng lagi..


''Nak dekat seminggu kau demam..muntah muntah lagi..nak cakap dah 'berisi',tak ada pulak lakinya..''

''Kau jangan nak buat lawak yang mintak tapak kasut boleh tak ?''Feera bertanya sambil mencerun..

Mia Nadila tersengih..''okay,okay..tak apa lah..aku tinggalkan kau sorang sorang..bertafakur..kut kut lepas ni terbuka hati kau untuk Saif..bukan apa,aku tengok dia baik sangat..dekat sebelah,dia lah jadi Imam..huuuhh..sejuk perut aku..''


Feera Farzanna mencebik..''baik lah sangat..kalau baik,yang rajin sangat pergi conteng kereta orang lain tu buat apa..perut kau sejuk ? apa kaitan kau dengan dia..? lainlah kau mak dia..''


''alahai..bukan conteng guna permanent marker pun..guna habuk kereta kau je..''dalih Mia Nadila..


''apa apa je lah..yang penting,aku memang sakit hati dengan dia..desperate sangat gamaknya nak ber-gelpren..''


''Yang kau nak sombong sangat ni kenapa ? takkan sebab Saiful kau jadi macam ni..c'mon lah..mamat tu dah bahagia dah pun dengan Sabrina..ingat Sabrina nak kasi ke kau Saiful ? antara dua,sama ada dia tetak kau sampai putus or dia santau kau..kau macam tak kenal Sabrina tu siapa...geng Pawang putat..''


Feera Farzanna meraup wajah..''aku dah tak tahu nak fikir apa dah ni..kau keluar dulu...eh jap..bukan tadi kau nak keluar pun ke ?''


''Ter over act pulak..hehehe..okay okay..Aku blah dulu..apa apahal,kau jerit nama aku..aku ada kat bawah..''pesan Mia Nadila..


''kau ingat aku budak budak ke ? haiyaa..''


''jangan nak complain sangat lah..sakit buat cara sakit..''marah Mia Nadila..


''Baik Mrs Zahin to-be..''gurau Feera Farzanna..


''Auww..so sweet !''


''Dah..dah..keluar keluar..''


segera Feera Farzanna menolak keuar badan tinggi lampai persis model milik Mia Nadila..makin lama dilayan,alamatnya tak kebah kebah lah demam ni..usai 'menghalau' Mia Nadila,dia menuju di meja yang menempatkan komputer ribanya..sambil menunggu laptopnya loading,dia menoleh ke arah langit malam..tempat paling strategik untuk buat kerja..sebab meja itu bersebelahan dengan tingkap biliknya..


Terpapar mukanya di skrin laptop..segera di capai moderm broadband dari dalam beg laptop dan dicucuk pada USB Port laptopnya..sementara menunggu auto-play,dia melarikan tetikus ke arah folder MP3,memilih lagu..


diteliti dari atas ke bawah..'mana lah pulak lagu ni..ahah ! ''


segera ditekan 'play' pada sebelah tulisan I Do-Colbie Caillat MP3..Antara satu satunya lagu yang dia rasakan sangat sweet..mungkin nanti masa kenduri kahwin dia,dia mahu lagu itu sebagai tema..tak mainlah renjis renjis dipilis lagi..



Wahh..nak kahwin ye Feera ? dengan apa ? Chimpanzee ? Anak jiran ? lupakanlah Feera..



lagu masih lagi bermain di speaker laptop..dia masih lagi menghayati lagu itu..seketika kemudian,dia terdengar 'bunyi' lain datang dari luar..


Dia mengamati lagi..lagu I Do jugak,tapi bukan macam datang dari laptop..


Feera Farzanna menekan simbol 'pause' pada hujung tulisan I Do-Colbie Caillat MP3..


sah ! ada bunyi lain !


Feera Farzanna melingas ke segenap arah..Oh Myyyy..What. The. Hell ?!


Di wakaf dihadapan rumahnya,duduk seorang makhluk perosak nan keji sedang bermain gitar kapok..lagu I Do pulak tuh !


Wahh..makhluk ini punya suara yang sedap ! setahu aku,lagu ni laju..boleh pulak dia catch..tabik tabik..


'Stop Feera ! Dia Saif lah !'satu suara dari dalam hati..


termakan dek kata kata itu,dia berdehem..


Saif dibawah terdengar dehemen itu,mendongak ke atas..mencari suara kepunyaan siapa..


''Weh Saudara..saya sedang sakit..boleh tak saudara jangan bikin saya lagi sakit dengan menurunkan hujan pada malam hari ?''sinis nada Feera Farzanna..


''Rumah Saudari kan berbumbung..mengapa pula boleh jatuh sakit jika terkena hujan ? oh ! bumbung saudari bocor ya ? itulah..kerjanya hari hari mahu berapi,mana tak retak bumbung rumah saudari..''dengan berani,Saif membalas..


''What ?! Eh Saudara..kalau bumbung saya retak sekali pun,saya tak pakai duit saudara nak repair bumbung rumah saya..! sibuk je !''


''Memang lah..sebab saudari belum jadi tanggungjawab saya..kalau dah,jangan setakat bumbung retak,hati retak pun saya boleh repairkan..And..''


belum sempat Saif meneruskan kata kata,Feera Farzanna memotong..


''Sudah sudah..tak payah nak merepek..! menyampah cakap dengan awak ni !''


________________________________________________________


Mia Nadila yang sedang menonton televisyen di tingkat bawah terganggu dek bunyi yang datang..Ahh sudah..ni malam apa ni ? bunyi sayup sayup je nih..


Mia Nadila memberanikan diri mendekati sliding door..ditarik sedikit pintu utama rumah itu untuk melihat siapa diluar..kelihatan Saif sedang mendongak ke tingkap atas sambil tersengih sengih..Ditarik pintu itu setelah yakin yang Saif adalah manusia dan bukannya 'mak siti'..


Mia kemudiannya turut mendongak melihat atas..'ohh..sedang bercengkerama ya..!'

Saif yang menyedari kehadirannya mengangkat tangan..Dia juga turut membalas..Dia mendongak ke atas,ingin melihat Feera Farzanna..


''Haihh..demam dah kebah ye tengok muka Saif ?''usik Mia Nadila..Saif hanya tersengih,menanti jawapan dari Feera Farzanna..


''Lagi aku demam ada lah..''masih lagi mempertahankan ego..padahal,sedikit sebanyak,dia juga terhibur berlawan kata menggunakan tatabahasa kamus dewan bahasa..


''Yeke ? tadi aku dengar ber saudara-saudari..tak lama lagi,kanda dinda lah nampaknya..''


''merepek !''segera Feera Farzanna menutup tingkap..tanda tidak mahu Mia Nadila membaca lebih banyak tentang hatinya..dia akui,Mia Nadila tidak pernah 'menembaknya' dengan salah..

Saif yang bingung dengan keadaan dihadapannya,bertanya..''Kenapa ? kenapa saya tak faham ?''


''You will never know..''balas Mia Nadila angkuh..Yes ! aku dah dapat jawapan !


''Okaayy..so,may I know ?''


''Dia dah mula suka awak !''ujar Mia Nadila riang..


Saif tergamam..semudah ini ? Tak ada lah ego sangat !


________________________________________________________


''Hai akak..nak pergi mana ?''tegur Saif ramah kepada tuan punya badan yang sedang duduk di Wakaf..gaya macam nak keluar..oh ya,semenjak Saif buat permintaan maaf secara terbuka,Feera dah boleh bercakap dengan dia walaupun sedikit..


''Siapa akak awak ?''balas Feera Farzanna sinis..ego beb..mesti kena jaga..


''Awak lah..takkan Muthu yang jual putu piring dekat simpang depan tu pulak..''


''Tak ada masa nak jadi akak awak !''cemuhnya..


''patutnya ada sambungan..'tak ada masa nak jadi akak awak sebab saya nak jadi isteri awak !''' balas Saif sambil menggayakan suara perempuan..


''Awak sehari tak kacau saya boleh tak ?! menyampah..''ujar Feera Farzanna..nada suaranya masih tegas..


''Tak boleh..nanti malam tidur tak lena..mandi tak basah..makan tak kenyang..nyanyi tak sedap..masak tak lazat..''balas Saif,masih tidak mahu mengalah..semenjak Mia Nadila memberitahu bahawa Feera semakin menyukainya,dia semakin bersemangat untuk menambat hati gadis itu..


''huh..lelaki..lembut gigi dari lidah..konon macam kucing tapi kaki berbulu ! eeiuhh..''


''bukan kaki berbulu tu natural ke ? bukan lelaki nampak seksi kalau kaki berbulu ?''


''tidak pada saya !''


baru Saif mahu membalas,Mia Nadila mencelah..


''Aik..belum kahwin dah cakap pasal bulu..bulu apa ni ?''Mia Nadila serkap jarang..


''pikir melencong lah kau ni !''marah Feera Farzanna..manakala Saif hanya tersengih..


''dah siap ? jom lah gerak..''ajak Mia Nadila..


''dah cair aku duduk sini Mia..''adu Feera Farzanna..


''Alahai..berjemur sikit takpa..hah Saif..nak ikut kami ?''ajak Mia Nadila..


''takpalah..next time..nak pergi cukur bulu kaki..''ujar Saif sambil memandang tepat ke arah Feera,menunggu respon..


''cukur what ?!''


Saif hanya mengangguk..Mia Nadila memandang ke arah Feera Farzanna..


''Feera..bukan kau suka lelaki malaya ke ? yang kaki penuh bulu ?''soal Mia Nadila..


''eihh..Tak senonoh pergi cakap macam tu dekat perempuan ! jomlah Mia !''dalih Feera..


''Feera..Feera !''sebelum melangkah..terdengar namanya dilaung Saif..


Feera menoleh sambil mengangkat kening..


''Saya kena cukur bulu kaki ke ?''tanya Saif..


''Tak senonoh !''


______________________________________________________________


''Dia sukakan kau,Feera..''Mia Nadila bersuara..akhirnya,Feera Farzanna dan Saif sudah berbaik..mereka boleh dikategorikan sebagai kawan..dah tiada lagi bergaduh sambil ugut nak baling gitar kapok Saif masuk lori majlis bandaraya..


''So ?''


''Kau tak sukakan dia ?''


''No comment..''


''tak penat ke berbohong ? tak penat ke asyik tunggu depan tingkap setiap malam sebab  nak dengar dia main lagu dekat wakaf ? tak penat ke setiap ahad keluar ? kau boleh bohong orang lain tapi ,bukan aku..''


''still,no comment..''


''menyampah lah cakap dengan kau ni..aku nak keluar dengan Zahin !''


''go ahead..''


''pfftt..''


Mia Nadila melangkah keluar dari rumah..


'Feera..kau suka dia ke ?'satu suara dari hati bertanya..


'dia kawan..that's all..'


'kawan ? kalau dah hari hari main mesej macam orang bercinta tu kenapa ?'


'borak biasa biasa je..'


'habis hari tu yang dia balik kampung seminggu,siapa yang tertonggeng rindu ?'


''rindu kawan..salah ?'


'Mia balik kampung tak ada pulak kau sawan rindu dekat dia ?'


terdiam..Feera Farzanna tidak lagi membalas kata kata itu..'arghh ! jangan kau berani mengaku Feera Farzanna !'


Yeah..tiada apa yang perlu diungkapkan..Hati saja yang tahu..


___________________________________________________________


''Macam mana ?''Saif menyoal..


''Dia taknak mengaku..Saya rasa awak kena tegas sikit lah..dia macam tak yakin dengan awak je..''


''tak yakin apanya..dah 'kawan' as in Kawan lebih 5 bulan kan ?''


''Dia dah banyak kali putus cinta..last sekali dengan Saiful..itu pun dia dah serius sangat..and,awak pun tahu apa jadi kan ? tu sebab dia dah macam tak yakin..takut awak kecewakan dia..''


Saif menghembus nafas berat..


''Saya bukan Saiful..Saya Saifuddin !''ujar Saif tegas..


''Then go ahead and tell her that you're not Saiful but Saifuddin !''


Saif mengeluh lagi..Ni last Feera Farzanna..Saya dah tak tahu nak buat awak yakin dengan saya..


_________________________________________________________


Menoleh ke arah jam..baru sahaja jam menunjukkan angka 11 malam..bergerak menuju ke tingkap yang terbuka luas..Ditarik sliding window itu..Dah malam..tak elok biar tingkap terbuka..


baru sahaja kaki ingin melangkah ke arah katil,terasa kaki terpijak sesuatu..menoleh ke bawah dan kelihatan kapal terbang kertas yang sudah penyek dipijaknya..


Diambil dan dibuka..hmm..surat !


terbuntang biji matanya saat melihat surat itu..WHAT?!


Isi surat : WILL YOU MARRY ME,FEERA FARZANNA ? YOURS,Muhammad Saifuddin aka Inche Jiran sebelah..


Sah ! Saif sudah gila ! Di buka kembali tingkap dan baru terlihat Saif duduk di wakaf..


Saif mengangkat keningnya..


''No ! and forever no !''laung Feera Farzanna lantang..serta merta ditarik kembali tingkap..tidak mahu mendengar sebarang balasan..How dare him ! Dia ingat dia dah berjaya tawan hati aku agaknya ! aku anggap kau kawan,Saif..tapi kau yang cuba rosakkan hubungan ni..


Saif mengeluh..ditoleh ke arah Mia Nadila yang tercegat dihadapan pintu yang berpeluk tubuh..


''Seems like you have to do it hard..''


Saif mengangguk..Sekarang,dia percaya kata kata Mia Nadila yang..Feera Farzanna ego melangit !


______________________________________________________________


Feera Farzanna memandang kosong televisyen yang terpasang dihadapannya..kelihatan seperti Mia Nadila sahaja yang tergelak apabila part lawak..Feera Farzanna berada dalam dunianya sendiri..


Mia Nadila perasan akan hal itu..sengaja dia tayang kebahagiannya..sekejap sekejap bermain balas mesej sambil tergelak..kadang kadang tersenyum..Biar..Biar Feera rasa ! orang ego tinggi memang kena layan macam ni..


''kau main mesej dengan siapa ? takkan Zahin kut..''akhirnya,Feera Farzanna menegur..


''taklah..dengan orang lain..''balas Mia Nadila,berahsia..


''siapa ? lelaki ke perempuan..?''

''lelaki..''


''pandai sungguh mamat tu buat lawak sampai aku tengok kau gelak macam nak pecah perut..dengan Zahin tak ada lah pulak macam tu..''


''Mamat ni still boleh buat lawak walaupun dia kecewa awek yang dia minat tak nak dekat dia..tapi,dia masih lagi boleh tersenyum..kuat sungguh dia ni..dia kata,biar dia sedih,jangan orang sekeliling dia sedih..''terang Mia Nadila tanpa dipinta..


''isk isk..jahat betul awek yang taknak dekat dia tu..kalau aku lah..aku terima je..dapat pakwe yang kelakar..aww..mesti sweet kan ?''tanpa sedar,Feera mengutuk diri sendiri..


''Tapi kau tolak kan ?''Mia Nadila serkap jarang..


Hah ? Feera bingung..ni cakap pasal aku ke pasal mamat tu ? baru sahaja ingin membuka mulut,Mia Nadila sudah berlalu pergi..


Feera menghembus nafas berat..ditoleh pandangan ke arah wakaf..mana dia pergi ? dekat dua minggu tak nampak..Arghh ! jangan mengaku Feera !


Feera meraup wajahnya..anyhow,I miss you Inche Jiran sebelah..


___________________________________________________________


Feera menyuap perlahan Bihun yang dimasak Mia Nadila ke dalam mulut..seleranya berkurang..hidupnya jangan cakaplah..sudah susah mahu ketawa..itulah hati..akal dah cakap jangan jatuh cinta ! lelaki semua sama..

''sikit makan nampak..''tegur Mia Nadila..


''Perut macam tak berapa nak ngam lah..''

baru sahaja Mia Nadila hendak membalas,telefon rumah berbunyi..Dia segera bangun mendapatkan telefon yang berdering itu..sementara itu,Feera Farzanna masih lagi termenung di hadapan pinggan..


Lamunan Feera Farzanna terganggu dek bunyi telefon bimbit Mia Nadila..Isk dia ni..segala jenis telekomunikasi berbunyi..

Feera Farzanna mencapai telefon bimbit itu..Mia Nadila menerima satu mesej..tanpa berlengah,dia menekan simbol ' open message '..Mia Nadila memang sangat tidak berkira dengan dia..malah,masing masing pernah membaca mesej yang diberi lelaki lain..tiada rahsia lansung !


Terkejut bukan kepalang dia melihat isi mesej itu..Saif ?!

-cuti I dah nak habis ni Mia..Dia tak ada respon pun !

Segera Feera Farzanna membuka inbox..ingin membaca mesej lain..

- Feera tak datang pun jumpa I..betul ke dia rindu I..entah entah you karut je tak ?

-Dia tak marah you pulak sebab komplot dengan I..

-Dia buat bodoh jer..arghh ! I dah rindu dia setengah mati ni..

-Cuti dua minggu..bosan duduk dalam bilik tak keluar keluar..

Oho ! dia ada dalam bilik rupanya 2 minggu ni ?! hampes..Ingatkan dah zero dah..Wait2..Maksudnya,Mia Nadila aka teman serumah aku tu komplot dengan dia?! cis !

''Hoi ! dah lama kau ushar handphone aku ? tak berkelip aku tengok..''Sergah Mia Nadila..dia seakan lupa bahawa rahsia besarnya ada di dalam handphone nya yang kini sudah diketahui Feera Farzanna..


''Lama lah jugak..sampai boleh tahu yang Saif ada kat sebelah..tak ada pergi mana pun..''sinis nada Feera Farzanna..

Mia Nadila tersentak..Oh myyy...


''Err..Ehehe..kau dah tahu ?''balas Mia Nadila bersalah..

''Kenapa kau sorok dari aku..?''soal Feera Farzanna tanpa menjawab soalan Mia Nadila..


Mia Nadila tergelak kecil..Dirasakan soalan itu kelakar..

''Pernah ke kau nak ambil tahu ? kau senang reject dia macam dia tu orang terencat akal..kau pernah ambil tahu ke ?''soal Mia Nadila..


Kelu..Tidak tahu membalas apa..

''Dah berapa lama kau kawan dengan dia ? pernah dia buat benda tak senonoh dekat kau ? pernah dia sakitkan hati kau ?''soal Mia Nadila bertubi tubi..


Tidak menjawab..

''Kau suka dia..tapi kau ego !''tekan Mia Nadila..


Pantas Feera menoleh ke arah Mia Nadila..

''Aku rasa aku tak layak untuk dia..kau tahukan aku tak pernah layan dia dengan baik..kalau keluar dengan dia,mesti ikut kepala aku..kau rasa dia akan tahan ke dengan aku..yeah..aku kan pernah tolak dia..''akui Feera Farzanna..sudahlah..dia sudah kalah dengan percaturan rindu..


''Aku tahu apa nak buat..''

_____________________________________________________


''Nah..''Syafiq menghulurkan kapal terbang kertas kepada Saif,teman serumahnya..


''Apa ni ?''


''Surat cinta..''

''Kau buat lawak ke apa ? nyanyuk eh ? siapa lah nak kat aku ni..ada yang dekat,kena reject..''adu Saif sambil buat muka kesian..

''Ish ! banyak cakap pulak..nah ambil ni..kau pesan kat siapa yang kasi tu..kata dengan dia,jangan attack kapal terbang kertas ni masuk bilik aku lagi..luka hati aku beb..''

Saif yang masih bingung,mencapai kapal terbnag kertas itu dari genggaman Syafiq..

Dibuka perlahan lahan..

''..Saya tahu saya salah..tapi kan awak..Mak saya telefon semalam..Dia nak jumpa bakal menantu dia..awak boleh ambil cuti tak ? weekend ni jumpa parent saya nak ? ( ^^ )  Saya tunggu dekat luar..:)..''

Tanpa Intro,terus sahaja isi surat itu menyatakan tujuan sebenar..seketika kemudian,telefon bimbitnya berbunyi..

-She's waiting for your answer..You owe me alot Saif ! :) - Mia Nadila..

Segera dia melompat dari sofa dan berlari ke arah beranda..kelihatan seperti Feera berpeluk tubuh dengan sweater di halaman memandang ke arah jalan..

''Feera ! Feera !''Laung Saif dari beranda sambil mengibar-ngibarkan kapal terbang kertas yang sudah terbuka lipatannya..Feera menoleh..

''Jom kahwin !''laung Saif sambil tersenyum bahagia..

Feera mengeluh nafas lega kemudia tersenyum lega..


''Jom !''


Mia Nadila tersenyum di sebalik langsir..







0 comments: