Enam pasang mata masih fokus memandang skrin laptop Leeya di hadapan..masing masing menongkat dagu dengan dahi berkerut-kerut..mana tak berkerut..berhimpit-himpit enam orang nak melihat skrin..Cuti selepas pulang ke kampung berbaki lagi 3 hari..semua dah plan nak buat 'misi'..
''Uishh..banyak gila pulak kasut dia..berkilat kilat !''Satu suara pecah di antara enam orang yang duduk menghadap laptop Asus warna merah itu..
''Tu lah pasal..kalau aku,baik beli novel banyak cenggitu..''Balas satu lagi suara..
Lima kepala menggeleng..''Hmm..Risha..kau tau beli tu jer lah..huishh..aku kalau aku kaya macam tu,memang padan aku beli kasut banyak banyak..order Jimmy Choo punya kasut pastu buat selipar toilet..mantapp..''
''Heh..'kalau'..''Satu suara lagi membalas..yang lain hanya tersengih..tak mahu meneruskan perbalahan tu..
''Perghh ! banyak gila tie..mak oi..jeles gila !''Satu suara menambah..
Yang lain hanya memandang kagum..
''Aku chup Gu Jun-Pyo lah oh ! kasut dia banyak..bibik dia berdozen..sah senang lenang hidup aku..''Wiyah bersuara..
''Banyaaaak lawa ! Gu Jun-Pyo suka perempuan baik macam aku ni...kan kan ?''Amy meminta persetujuan dari yang lain..
''Cheissstt..''
''Aku pick Song Woo-Bin lah ! awww..muka dia..eee! i loikeeee..bapak dia ketua kongsi gelap paling besar kat Macau..fuishh..untung untung aku boleh duduk sana..babai lah korang..''Risha sudah mula berangan..
''Ambik lah kau..dalam Jejerk,kau sorang jer fanatik mamat anak kongsi gelap tu..''Ana membalas..
''Jangan cakap macam tu..kecik hati dia..''
''Tak de maknanya..''
''Aku macam biasa..so comel lotey..''Leeya pula memilih..siapa lagi yang comel dan kecik dalam cerita tu kalau bukan So Yi-Jeong..
''Aku Yoon Ji-Hoo..jangan sesiapa jeles aku ambil mamat kacak tu..''Ana berkata..
Lima pasang mata menoleh kearah Aira..Dia seorang sahaja yang belum memilih watak untuk sesi berangan sebentar lagi..
''Kau ?''Risha bertanya..
''Aku ? aku pick Geum Jan-Di..awww..dua lelaki kacak berebut kat aku ! hahah ! jangan korang jeles !''Nampaknya Aira sudah awal awal lagi berangan !
''Cheh..kalau aku tahu,aku pilih minah tu tadi..''Amy mencebik..
Inilah kerja mereka berenam kalau cuti..Lima tukang tengok,sorang tukang beli DVD..Risha seorang sahaja yang berminat nak beli DVD Korea banyak banyak..yang lain,''shopping lagi bagus !''
Cuti kali ini,mereka memilih tajuk Boys Over Flower untuk dimasukkan dalam sesi berangan..Aira yang lansung lansung tak minat pun boleh join dua kaki melepak tengok cerita Korea..
Tapi,se-fanatik fanatik mereka terhadap Korea..Ana lagi fanatik..nama grup k-pop semua dia boleh ingat..siap dengan ahli ahli dia lagi ! Yang lain,''Ingat sifir lagi bagus..aku dahlah dari sekolah rendah tak dapat hafal sifir..''
Enam orang-si Jejerk melongkah longlai menuju ke kabin,kelas mereka..Cuti raya dah habis..lemang dah balun sampai 7 batang..Segala jenis kuih muih memang dah hadam dalam perut..dan sekarang,sekolah ! tak lama lagi,exam akhir tahun ! gosh..
sampai sahaja di tangga kabin,mereka muka membuka kasut..well,kabin mereka ini ada undang undang..mesti kena bukak kasut sebelum masuk ke dalam..
baru sahaja Aira mahu meletakkan kasut di atas rak,melayang sebelah kasut jenama Bata di hadapan Aira..Nyaris nak kena muka ! Jejerk sudah ternganga..baru masuk sekolah,dah ada excident !
''Woi ! tak boleh letak kasut elok elok ke ha ? main baling baling pulak !'' Risha memarahi seorang pelajar lelaki kelas mereka..(nama dirahsiakan)
Aira sudah mengurut dada dek kerana terkejut..Fuhh ! nasib baik panjang umur..
''Soghi soghii..''pelajar tersebut meminta maaf..lelaki tersebut memang pelat 'r'..jadi,segala yang berkaitan dengan huruf 'r',bila disebutnya mesti jadi lain..
Mereka berenam melangkah masuk ke dalam kelas..Risha yang kebetulan berada di sebelah Aira,menyiku si Aira..
''what ?''Soal Aira..
''Orang lain kena flying kiss,kau kena flying shoes ! kelakar !''
''Shut the hell,man !''

0 comments:
Post a Comment