''Cikgu nak awak nanti semua dah besar,kalau boleh kerja sendiri..tak payah makan gaji..''Cikgu Bahasa melayu 1 Zuhud dekat depan memberi sepatah dua kata sebelum pelajar pelajar mula bercuti panjang dan memulakan 'kehidupan' baru di tingkatan dua nanti..
''kenapa pulak cikgu ?'' Prem bertanya..
''Sebab,keuntungan dia lebih berlipat kali ganda..kalau strategi bagus,sekejap je awak boleh jadi kaya raya..cikgu ada banyak contoh ye yang boleh dimanipulasikan disini..contohnya,cikgu pernah terbaca satu artikel yang sekumpulan pelajar pelajar politeknik membuat projek ini di atas bumbung hostel mereka..''
kelas menjadi sunyi sepi..
''Diorang buat apa cikgu ? ayoyoyooo..atas bumbung pulak tu..tadah panas ka ?''sekali lagi,Prem menyampuk..yang lain sudah tergelak..
Cikgu menghembus nafas berat..''saya sakit hati betul bila bercakap dengan pelajar pelajar moden ni..fikiran tidak pernah positif !''
''jangan cakap kias kias cikgu..direct aja..diorang buat 'projek' apa ?''Shah Haziq pula bertanya..sudah terang lagi bersuluh,projek pertanian lah !
''Projek tanam cili lah..kamu ni..''
''Ohhhh..ingatkan apa tadi..''pelajar kelas 1 Zuhud kini sudah mengerti..
''tapi,projek tu haram kan cikgu ?!''Sridev dari belakang bertanya..
Yang lain hanya menunggu jawapan dari cikgu..
''kenapa pulak haram ? tak pernah dalam sejarah kalau nak berbudi pada tanah ni haram..''
''tapi,diorang tak ada permit cikgu !''Sridev masih lagi menegakkan jawapannya..yang lain sudah menahan gelak..bunyi macam tengah bincang topik ''pendatang haram tanpa izin''..
cikgu sudah menggaru kepala..''nilah susahnya kamu ni..mana ada perlu ada permit kalau nak tanam pokok !''
''ohhhh..''panjang sahaja bunyinya..
''bawak 'benda' tu ?''Ana bertanya kepada Shah Haziq..
''bawak bawak..jangan risau..''Shah Haziq membalas dengan volume suara yang sangat minimum..
''bila nak hantar ?''
''kau on dulu..nanti aku send..''balas Ajix lagi..
''worait..''Ana membuka pursenya sebelum mengeluarkan sesuatu yang bewarna hitam..ditekan tekan keypad 'benda' itu sebelum memandang Ajix dan mengangguk..
giliran Ajix pula membuat perkara sama seperti Ana..yang lain hanya memerhati..masing masing memandang kekiri dan kanan,cover line katanya..
masing masing melihat skrin di tangan..heh..ingat,pelajar kelas rancangan khas tak boleh seludup handphone ke ? siap boleh layan lagu lagi masa cikgu mengajar !
''Ajix ! cikgu on the way..cepat cepat !'' Darshan yang berada di muka pintu menjerit kecil..dialah selama ini yang menjadi tukang cover line paling mantap..
''okay okay..'' Ana dan Ajix menyimpan kembali handphone masing masing..
''dah silent belum ?''
''dah..kau jangan lupa silent..naya nanti..''
''Kau jangan nak ingatkan orang..tahulah aku..''
''korang nak kantoi ke ?! cepatlah !'' Leeya menjerit kecil bila melihat budak dua orang tu tak gerak dari tadi..
bila mendengar sergahan dari Leeya,barulah mereka bergerak dan berdiri di meja masing masing..Cikgu geografi mula melangkah masuk..Usai mengucap sejahtera,masing masing duduk dan mendiamkan diri..saat itu jugalah telefon berbunyi..bukan telefon cikgu,tapi telefon orang lain..pihak berkenaan sudah biru mukanya..
''did you hear something ?''cikgu geografi mula bertanya sambil bergerak mengelilingi kelas..
''apa ? tak ada bunyi apa apa pun..''Ajix meningkah pantas..jantung dah naik roller coaster..
''ada ! saya dengar ringtone..siapa dalam kelas ni bawak handphone ?! mengaku cepat !''suara cikgu sudah semakin naik parasnya..
''tak ada cikgu..kelas sebelah ! saya pun dengar tapi dari luar..''Simren membantu..yang tidak mahu bersubahat sudah meletakkan kepala atas meja,apa lagi..tidurlah ! confirm kes ni berjam jam..
''betul ?!''cikgu meminta kepastian..
''betul cikgu ! cuba cikgu keluar,tengok kat belakang kabin..''Ana mencadang..
cikgu yang termakan kata kata itu,terus keluar..serentak itu,32 kepala berpusing ke arah Ajix..
''Silent lah pandaaaiii !!!''
Risha menggeleng..macam macam hal ! malam esok dah nak parti akhir tahun..hari ni kena settle semua..malapetaka !


0 comments:
Post a Comment