Amazing People :D

Monday, September 19, 2011

Hey ! Mr Simple.

Aisya menghantukkan kepalanya ke dinding di dalam asrama berulang kali..Temannya si Feera memang dah give up nak tahan perbuatan gila si Aisya..Bila gajah dah naik minyak,nasihat utama jangan datang dekat..nanti dengan kau-kau dia humban masuk loji..Better dia cederakan diri dia sendiri daripada dia cederakan orang lain..

Aisya berhenti dari menghantukkan kepalanya di dinding asrama..Dia pandang sekeliling..Nampaknya ingatan masih kukuh..Motif dia menghantukkan kepalanya dinding adalah bertujuan hendak menghilangkan memori...Terutama memori yang memalukan seperti sekarang ini..

"Sya..Enough.." Feera berkata perlahan..Aisya menoleh kearahnya dengan mata yang berlinangan..Emosi lah pulak !

"Macam mana wei diari aku tu boleh jatuh kat tangan Bella ? Kau bukan tak tahu si Bella tu memang dari dulu berbulu je tengok aku..Satu kolej pandang aku sipi sipi je..Malu !"Aisya meluahkan kepada Feera untuk kali ke 19..

"Yang kau pun satu..dah tahu kat diari tu kau tulis macam macam pasal Adrian,boleh pulak kau letak diari tu kau letak dalam lokar..kau bukan tak tahu lokar kau tu tinggal seminit nak roboh..rentap sikit je dah terbarai..cuba lah letak diari kau tu dekat bawah bantal ke,atas bumbung kolej ke.."Feera membalas..

"Tapi aku still lah tak expect lokar aku tu jugak budak budak si Bella ni nak aim..Wallet dalam tu terletak elok je..seposen pun tak hilang..diari aku bukan boleh buat makan pun ! kutlah nak rebus diari aku tu pastu air rebusan tu nak buat minum tak tahulah pulak.."

"Sudahlah..Tak ramai pun yang tahu..jom jom..aku belanja makan kat kafeteria..kau mesti lapar lepas buat adegan hantuk kepala macam dalam drama tadi kan.."Feera memujuk..Dicapai tudung di kepala katil lalu diserahkan kepada Aisya..Usai Aisya memakai tudung,ditarik tangan itu keluar dari bilik mereka..Aisya masih lagi menunduk..

"Jalan tu pandang lah depan..karang jatuh gaung,siapa nak jawab ?" Feera cuba berlawak..Aisya masih lagi tidak ketawa..

"Kau jangan lah nak kelentong aku..mana ada kolej ni Gaung..kok ye ada,itulah tempat pertama aku pergi lepas cerita dalam diari aku tu tersebar.."Ujar Aisya..

Dua orang perempuan yang melintasi mereka berdua berbisik perlahan..

" Girl yang pakai long sleeves tu lah kan yang minat gila kat Adrian ? heh..tak malu ke dia,cerita dalam diari dia tu dah tersebar ? ada hati kat Adrian..boleh blah lah ! "

Aisya yang terdengar perbualan itu menunduk,kemudia menala pandangannya ke arah Feera..

"Kill me,Feera.."

"Big time..pass me knife.."Aisya kembali menunduk ke lantai..Malang !

_____________________________________________________________

November 17

Aku officially budak perniagaan :) pada logik akalnya,bapak aku petani..mak aku suri rumah tangga..aku ni,gila jauh dari segala jenis perniagaan..entah macam mana sesat nak amek perniagaan pun aku tak tahu..abang aku pun tercengang masa aku inform dia yang aku amek bussines..Dia kira okaylah amek sains pertanian..kut ada darah abah..motif utama aku alih course,adalah sebab Adrian.No.Muhammad Adrian..He's Gorgeous ! Walaupun masa daftar hari tu dia pakai jeans dengan t-shirt berkolar putih je,tapi still..urghh ! menantu lelaki mak aku sangat handsome ! confirm anak aku handsome ! 

November 22

Aku dapat tahu Adrian dah ada GF..sedih tak payah cakap..awek dia sape ? Dhisya Bella,budak skirt panjang sikit je dari seluar dalam polka dot dia tu..Perasan bagus je aku tengok perempuan sorang tu..termasuklah konco konconya yakni si Zila dan Fatin..to Adrian : Sayang..nanti kita nak honeymoon dekat mana ? Don't worry..ke Bangladesh pun honey sanggup !

December 13

Tadi masa kat kafeteria,aku duduk sebelah meja dengan meja makan Adrian ! Gosh ! control je kan aku makan walaupun time tu aku punya perut dah bunyi lagu Mr Simple si Super Junior tu..eh by the way,he is my Mr Simple sebab setiap kali aku jumpa dia,dia sangat sangat sangat simple..shorts and sleeveless t-shirt..rambut pun sikat guna jari je..simple macam tu pun dah kacak tahap langit..belum lagi dia pakai tuxedo or baju melayu..perghhh..boleh transform jadi orang utan kat zoo negara aku...hey ! Mr simple..now,lagu tu jadi favourite dalam ipod aku..hehehehe

Aisya merenung lama tiga helai kertas yang telah dikoyakkan dari buku asalnya yang telah ditampal di papan kenyataan pelajar..kertas yang merupakan diarinya..semuanya berkisar tentang Adrian..Kejamnya kau Bella !


Perlahan-lahan,dia berpusing ke belakang sambil menunduk..di lantai,dia perasan sepasang sneakers ..dilorotkan matanya ke atas untuk melihat tuan punya badan..Saat matanya hinggap dimuka pemilik kasut yang berdiri betul-betul di belakangnya,jantungnya berhenti berdegup..Darah berhenti mengalir dimukanya..


Malapetaka ! 


Adriaaannnn !!


sepantas kilat dia berjalan meninggalkan Adrian yang serius membaca helaian kertas diari miliknya..


" Siti Aisya Rizlan "Kaki yang baru melangkah beberapa tapak,berhenti saat Adrian berpaling dan memanggil namanya..perlahan,Aisya menoleh..


Mata Aisya kalau ikut pandangan mata halus,boleh lihat bintang bersinar-sinar..


Adrian perlahan-lahan menapak kearah Aisya..dibuka beg sandangnya,dikeluarkan sesuatu yang berlipat dari dalam begnya lalu diserahkan kepada Aisya sebelum berlalu pergi..


Aisya yang tercengang terus membuka lipatan keras itu..ini macam....cermin ?
Cermin ?!


di atas cermin itu beserta satu nota..


"Sila cermin muka sendiri - Dhisya Bella"


________________________________________________________________


Feera sudah tak tahu nak buat apa..ajak ke kafeteria,tak mahu..ajak keluar ke bandar juga tak mahu..belajar lagi lah tak mahu..duduk di atas katil,berbaring..serasa ipod milik Aisya itu kalau boleh bercakap,mahu dia terjerit cakap dah penat..asyik ulang lagu sama..Mr Simple,Mr Simple,Mr simple ! nasib baik lagu tu bukan lagu sedih..


"Sya..apa Bella dah buat kat kau ?"


Aisya yang mendengar soalan yang diajukan Feera hanya mendiamkan diri..dengan Bella,dia tak kisah sangat,tapi Adrian ! sanggup Adrian yang tolong jadi 'Pos Malaysia',serahkan kata-kata sinis Bella kepadanya..


bila diamati lirik Mr Simple,memang tak ada kaitan dengan Adrian,si Mr Simple fantasinya..tapi,entah macam mana,setiap kali dengar lagu ni,mesti teringat Adrian..Realitinya,Adrian hujung mata pun tak pandang kau,Aisya..


Aisya menekup muka kembali di atas bantal..


Aku benci kau,Bella ! aku benci kau,Adrian ! Aku benci perasaan ini,dan aku benci kau Diari !


_______________________________________________________


Seminggu sudah episod memalukan dan paling tragis itu berlalu..batang hidung si Bella dengan Adrian tu dah 3 hari tak nampak..sekarang punya visi : 'lantak koranglah !' hehh..


tapi,biasalah..mulut longkang kt kolej ni mana boleh tutup..bila lalau sebelah Aisya je,dia punya torpedo lagi bisa daripada kentut si pak guard gemok tu..tak main perli-perli..semua main straight to the point..bak kata Feera,sebelum pakai tudung nak pergi kelas,sumbat terlinga tu dengan kapas..kurang sikit pendengaran...


Dah call abang Badd atau Baddrul Rizlan aka abang Aisya,mintak tolong daftarkan masuk satu kolej dengan abang..dulu konon nak berdikari,tak nak satu kolej dengan abang..hehhh..akhirnya,pergi jugak duk celah ketiak abang..Panas berasap je dekat kolej ni..Feera dah muncung gila sebab Aisya nak tinggal kan dia..


Abang Badd kata,lusa dah boleh datang kolej..Adrian tu jadi sejarah je lah..lagu Mr Simple tu masih lagi Aisya dengar..tak sanggup pulak nak buang..Suju tuu..kesian Yesung si Aisya..well,si Aisya ni minat si Yesung tu je..


Hari hari lain macam biasa,tak sah kalau tak dapat 3 hingga 4 surat layang yang mengherdik dirinya..si Adrian tu pujaan ramai lah katakan..mak bapak kaya..awek pun kaya..geng pengikut kehulu kehilir pun kaya..cuma dia jarang senyum je..kalau dia senyum,hehh..agaknya,perempuan yang hantar pinangan..biar padan muka si Bella tu..


ayat famous adalah , ''perempuan tak sedar diri,tak guna,perasan,gedik,gila" dan berbakul-bakul lagi..tapi Aisya ? relax semedang..semenjak Adrian tolak dia mentah-mentah,dia dah jadi ais..Boleh dikira dengan jari berapa patah ayat yang dia keluarkan..Feera pun dah tak tahu nak buat apa..

_________________________________________________________

Dicapai buku buku tebal yang dah sama berat dengan pak guard gemok lalu melangkah keluar bilik..Feera dari hujung koridor berlari mendapatkannya..


"kau kenapa ? kalah kelajuan angin monsun aku tengok speed larian kau.."


"Adrian..di..diaaa.." Feera yang tercungap terus meneruskan ayatnya..


"Stop..aku tak nak ambil tahu pasal dia.."Terus Aisya melangkah pergi..cukuplah..dia memang dah guna cermin yang diberi Adrian,menilai diri sendiri..betul kata Adrian dahulu..kalau nak jadi awek dia pun at least ada Sharifah or Tengku kat depan..si Bella tu tak payah cakaplah..bapak dia Ku Nazri..tang nama dia je takde Ku..setakat Siti baik tak payah..


"Macam mana dengan Mr simple kau ?"soal Feera..


"Mr simple aku hanya Super Junior,bukan Adrian..enough is enough..takkan kau dah lupa ?"Aisya terus melangkah tanpa memperdulikan Feera..


Feera tergamam..takkan sampai macam ni sekali ? Ya,dia takkan lupa..memang dia pun ada sekali masa Aisya dimalukan teruk oleh Adrian dan Bella..


Masa itu dia dan Aisya dekat kafeteria..lunch lah katakan..Aisya yang baru ambil mee kari,terus pusing belakang lepas dah bayar..malang mana ada bau,ye dak ? si Bella tu pulak ada kat belakang dia..rapat pulak tu..habis lencun baju Elle minah sorang tu..


siapa tak kenal Bella..kalau menjerit,sampai selatan dengar dia punya jeritan..yang si Adrian yang dah duduk dekat meja terus lari cari mana awek dia..dah jumpa,terus tergamam tengok situasi cemas makwe 'mahal' dia tu..


free je si Aisya kena lempang dengan Adrian..Feera pun tak sempat nak halang..


"Ad ! look here..dia balas dendam kat I,Ad ! habis kotor baju I !" habis je ayat si Bella,si Aisya sekali lagi dilempang..berbekas pipi putih Aisya..


" Hei perempuan ! tak cukup lagi ke ha ? tak cukup lagi kau nak malukan aku sampai kau nak malukan Bella sekali ?! kau cakap dengan aku,apa masalah kau ?! " Tengking Adrian..wajah cool nya selama ini berubah seratus peratus..


" Ini ke Adrian yang saya suka selama ini ?" Aisya bertanya perlahan sambil memegang pipi..


" Hei hei hei..kau siapa nak suka aku ?! Sharifah Aisya ?! Tengku Aisya ?! Kau dengan aku,macam langit dengan bumi ! ada hati dengan aku..eii..hari tu aku kasi kau cermin,kau tengok tak ?!! " Bella di belakang hanya tersengih..


" Sorry,Muhammad Adrian..Give me my way.." pantas Feera menarik lengan Aisya yang sudah berkaca matanya..


" Sya..Its Over..its done.."Feera berbisik perlahan..


Aisya mengangguk..its time to say goodbye..


____________________________________________________________


" Kenapa kau kejar aku lagi Feera ? "soal Aisya malas..


"Mr simple kau..opps.." ayat Feera terhenti bila melihat renungan tajam Aisya..


Feera menyambung," Si kedekut tu dengan Bella excident.."


pantas Aisya menoleh.." siapa kedekut ?"


" Adrian..dia kan kedekut..kedekut cinta,kedekut senyuman,kedekut perhatian..segalanya kedekut." meletus ketawa Aisya mendengarnya..

"Excident teruk ke dia ?" Aisya masih lagi tidak memberi perhatian yang serius..dia leka menyelak buku di tangan..


" Teruk..tapi Bella dah keluar wad..dia calar dekat muka je.."


Aisya hanya mengangguk..


" tak nak melawat dia ke ?" soal Feera..


" next time..bila aku free.."


" tapi esok kau dah nak pindah kolej abang kau.."


"hospital tu tak bergerak kan..nanti aku pergi lah.."Aisya membalas bosan..


" geng aku nak pergi petang nanti..join us ?"


Aisya menggeleng,terus tutup buku dan berlalu pergi..


____________________________________________________________


Aisya yang lengkap berpakaian hospital itu menarik nafas berat tatkala melihat badan lelaki yang dahulu pernah memalukannya..seteruk mana pun dia,Adrian pernah berada dalam hati dia..Dia menggeleng pantas..enough is enough..


seorang jururawat masuk ke dalam bilik yang menempatkan Adrian..


" Macam mana dia nurse ?"


" oh,keadaan dia makin lama makin teruk..darah banyak yang dah beku..setakat ini tiada penderma lagi.." nurse itu menerangkan..


" Dia perlukan darah apa,nurse ?"


" Darah O.."


" Saya.Saya akan derma.."


____________________________________________________________


Aisya melirik ke arah jam di tangan..5.30 petang..Dia meletakkan bunga yang dibawanya dari tadi..selepas dia habis menderma,dia turun kembali ke kereta dan mengambil bunga yang dipesan dari abangnya..


Diletakkan bunga itu di atas meja di hujung kaki Adrian..Kad bercoret tulisannya itu,diselitkan juga di celah celah bunga..


Adrian..Thanks for everything..You made me realize how awful this world are and fill up my life with experiences..One thing to remember,PLEASE BE NICE TO ME,and other girls too..Get well soon..Ahaa..don't worry..You're NOT ALONE because your loved ones are all here,besides you..I wanna ask,CAN YOU SMILE ? because your face will be like old granny when you're in anger..hahahaha..thanks for making me stop hoping that you'll BE MINE..alright..till here,MR SIMPLE..
 p/s : Im not MONA LISA but people tell me that Im her clone..Hahaha..


kad yang tidak ada namanya,cukuplah sekadar klu yang diberi..perlahan,sarung tangan getah itu dibuka dan melangkah keluar dari wad Adrian..


____


Mr Simple - Super Junior
Please Be Nice To Me - Kim Hyun Joong
Not Alone - Park Jung Min
Can You Smile - Infinite
Be Mine - Infinite
Mona Lisa - MBLAQ


- First time buat short story yang tragik + dramatik + bukan happy ending..hahaha..emosi sungguh Penulis xD


- This Short Story will be continued in BUKU TIGA LIMA

0 comments: