Amazing People :D

Sunday, July 31, 2011

English And Me

Assalam dan selamat sore all :) 

yeah yeah..aku buat tajuk ni bila ada someone tanya dekat Twitter aku yang aku mempunyai anak2 buah yang sangat pandai berbahasa inggeris..yeah..kalau sape2 rajin bukak twitter aku,korang akan nampak anak buah tweet dekat twitter aku : '' Hi all..Im Asna Aqilla..Im using my aunt's phone..she's sleeping right now..don't tell her,okay ?''

aku pun memula tak perasan..then,bila check profile,aiseymann..berzillion dia tweet..dah macam twitter dia dah..*tapi aku dah delete dah* dan dan pulak tuh aku kena marah dekat twitter sendirik..macam marah dirik sendirik pun ada..dia tweet : " Induk ! why 're you keep on deleting my tweets ? let it THERE !'' mesti orang cakap aku gila *nangis*

semua orang ingat yang aku translate kan kata2 diorang ke English..tapi,tak..aku pun memula macam diorang..tapi,untuk mengelakkan malapetaka seperti diorang,sejak aku umur 5 tahun bapak aku ambil tutor ajar bahasa melayu..aku tak sekolah tadika..yeah yeah..sampai aku darjah satu,first exam aku fail BM..punyalah frust..

aku dibesarkan di singapore dan seperti yang diketahui,singapore majoriti chinese..atuk aku guna english..bila dah tua2 ni baru guna bm..tapi,tu pun kengkadang..aku jek malas nak guna english sebab banyak yang nak kena jaga..tu sebab atuk aku malas nak cakap english ngan aku sebab aku takkan bagi respon..bagi respon pun dalam bahasa melayu..

nanti raya aku post video aku cakap dengan anak buah aku..yeah..she's using english since she was born..dia faham bahasa melayu tapi tak boleh cakap..kalau exam BM,soalan yang ditanya akan dijawab dalam english..how poor -,-'' sampai dekat end paper,dia tulis ;''teacher,i don't want to take my BM paper next exam..double my english paper..i don't care..''

nak pengsan aku baca..apa daa..

aku tanya dia..

aku : ''Asna..asna takda kawan2 ke ? diorang guna bahasa apa ?''

asna : ''me don't care at all..they're using that weird languages..i don't understand..''

aku : habis,asna kawan dengan siapa ?

asna ; english teacher..me love her a lot !

aku : -,-''

tu belum part dia kantoikan induk dia..sabar jelah aku dengan dia..

dia malukan aku dekat cikgu dia kot ! 



*aku amek report card dia..kak and bang sedara aku ada meeting..so,aku datang dengan zarith*


aku : dia macam mana cikgu dalam kelas ?


cikgu : lone ranger..sensorang dok kat bucu..


aku : kan induk dah cakap..ana tak ada kawan nanti..


asna : i don't care..


cikgu : selain english,asna pandai cakap bahasa apa.?

asna : i've been exposed to koreans since i was a kid..so,i can talk in koreans !

cikgu : who taught you that language ?


asna : it is due to my aunt addictness..she plays the subtitles along with the dramas..so,i learn from that..


p/s : aku nampak jahat ~~ phewww..
 

Sesi Tutorial : Screen Captures When You're Watching Drama/ Movie

Assalam all..hari tu ada orang tanya macam mana nak print screen kalau tengah tengah tengok drama / movie dekat lappy / computer..<--wahh..tanpa mukadimmah panjang2..terus masuk topik en..muahaha..nampak benor pemalasnya..

seperti kepada semua yang tau dan tak tau,kita tak boleh print screen kalau nak print screen movie / drama..so,macam mana aku boleh post2 gambar2 yang aku capture ? well,untuk bab ini,kita tak panggil print screen tapi screen captures..dalam bahasa melayu,tangkap skrin..muahahaha..bongok pulak kau zay petang2 cenggini..

okay..mula mula,kita kena pilih citer apa yang kita nak tengok..maaf..ayat agak bodoh..

aku tengah tengok : Naughty Kiss dekat mr kachak..






contoh ia seperti di atas ya tuan2 dan puan2..kemudian..anda lihat lagi..sampailah anda dapat part mana anda rasa nak abadikan dalam kenangan..or,maybe nak post dekat blog..

oh ya,p/s : aku guna cyberlink power DVD..

bila dah jumpa ;

click pause dan click symbol SCREEN CAPTURE  (gambar camera) dekat kau punya bars bawah tu..

then,pergi paint cepat2 and paste..it is DONE ! 






gambar atas tu kau boleh tengok icon cyberlink power dvd..

gambar bawah adalah yang aku snap..yeah yeah c: 

dah pandai ? lepas paste jangan lupa save pulak !

okies..sekian,SAYONARA ! 

Saturday, July 30, 2011

NAAAAJIIIIIIIIIHAAAAAA !

Hobi : Buat Family naik angin dengan aku.

Respon : Totally upset ! woahh..me success !

Kesan : Hypertension / darah tinggi naik melambung lambung.

*dengar lagu dekat ipod sambil baca manga..p/s : pintu bilik ditutup*

mak : Adikkkk !!

aku : *no respon*

mak : adikkkk !! Nur Zaidatur Najihah Abdul Halimmmmm !!

Babah : apebende ? *perasan orang panggil dia*

mak : panggil anak abang yang pekak badak tu..

babah : *no respon sambil terus layan news*

mak : deeekkkjaaaaa !

aku : *no respon*

*abang aku keluar bilik*

zarith : apasal jerit2 mak ?

mak : zar,panggil adik sebelum mak pancung dia..

zarith : deekkk jaaa !

aku : *no respon*

harry : adikkk ! 

zarith & harry : NAAAAAJIIIIIIIHAAAAAAA !!!! *rempuh pintu bilik*

aku : apa ? *muka tak bersalah*

___________________________________________________________

harry : cepatlah dik..orang nak main poker ni ! *duduk kat belakang kerusi*

aku : leeekkk luuuu...

harry : jangan sampai aku kira sampai 10..

aku : macam aku kesah..

harry : cepatlah !!

aku : *masih lagi main laptop*

harry : weyy badak ! cepatlah..

aku : *no respon*

harry ; NAAAAAAJIIIIIIIIHHAAAAA !!

aku : nah..*bangun dengan takde reaksi muka*

____________________________________________________________

zarith : *masak gulai ayam lemak*

aku : masak ape ? *sambil tinjau2 periuk*

zarith : ayam..

aku : ayam ?! tolonglah ! adikkan tak suka makan ayam..tolong..berapa kali nak cakap ?! adikkan suka sayur..lagi lagi sawi..lagi hijau sawi,lagi suka adik !

harry : *tahan tahan gelak*

zarith : *muka tak puas hati* tengah buat lawak eh ?

aku : tengok muka adik ni..adikkan tak suka makan ayam..ayam ni,errr...tak suka tau tak ! geli lah kulit2 dia ni..

zarith : cakap sekali lagi..

aku : tak suka ay-- *kena ketuk dengan fryin pan*

zarith : daulat !

aku : sape makan ayam ni gemuk tahu tak ! tengok adik..kurus je...

zarith ; NAJIIIIHAAAAAAA !! PERGI DUDUK DEPAN SANA ! MENYEMAK JE KAT SINI.. ADA YANG KENA GULAI KAT SINI..

aku : sentap oh abang..

______________________________________________________________

aku : tolong lah belikan benda tu..

harry : takdek duit..

aku : gebang lebih..semalam adik cek..ada 4 ratus ! mana dapat duit ?! tolong ar..benda tu tak sampai seratus setengah pun..

harry : ask another 50 years,dekja..i won't change my mind..

aku : adik nak rakam abang berak nanti..masuk youtube..

harry : macam orang kesah..tanya abang zarith lah..

aku : abang..belanja adik car charger ~

zarith ; nak buat apa ? boleh makan ke benda tu..tak payah ! 

aku : boleh lah..

zarith : no way..


aku : adik ambik ipad abang campak masuk loji..macam sedap je plan..


zarith : berani pulak..


aku : boleh je..*ambik ipad dalam beg*


zarith : NAAAAJIIIIIIHAAAAAA !! put it back !


aku : belikan dulu..


zarith : esok..


aku ; yes !


_____________________________________________________________


sempena Ramadhan al-Mubarak ni,saya sebagai anak yang paling banyak kasik mak saya masuk hospital dan banyak memberi tekanan kehidupan serta gangguan emosi kepada abang2 ingin menyusun sepuluh jadi nak mintak maap..


i know you're smiling abang..c: p/s : adik comel kan ?! baik ngaku..kalau tak,malam karang adik pakai supra abang gi mcD..adik jugak nak mintak maap sebab selalu guna aku-kau dengan abang..abang pulak kena mintak maap ngan adik sekarang ! sebab selalu pukul adik guna fryin pan..


kat jejerk ; aku mintak maap c: mana tau aku terkasar bahasa ngan korang korang..kan kan ? 


kat senior cina yang selalu praktis poco poco : saya mintak maaf sebab gelakkan senior..senior janganlah buat poco poco sorang sorang..saya sedih tengok..macam lost pun ada jugak..nak praktis poco poco,praktis dalam bilik..jangan buat kat dataran kejat..nanti kena gelak..


kat akak2 pengawas yang selalu spotcek beg aku : maaf sebab selalu menyumpah korang2 dalam hati..takde niat..tapi,agak baran sebab korang bukak pencil case saya tapi tak tutup betul2..berterabur pen2 saya kak oi..


kat guru2 : saya mintak maap kalau tergelak sorok sorok masa cikgu2 tengah ngajar..cikgu janganlah buat lawak..kitorang bab2 camni lama nak hilang memori tu..bak kata seseorang ''maaasssuuuukkkk keeee sssyyyuuuurrrrgaaaaa...'' lol. jejerk mesti paham..muahahaha ! ops.tergelak..


kat mr kachak : maaf sebab download video banyak sangat..anda semakin berat..nanti raya saya delete lagu2 tak berkaitan ye..


kat pintu bilik : mintak maap sebab selalu hempas awak kuat2..sampai dah terkopek kulit pintu saya kerjakan..nanti raya saya mintak bapak saya tukarkan pintu baru..oh mintak maaf..tak berniat nak campak awak dalam lori majlis bandaraya..


kat meja tulis dalam kelas ; mintak maaf sebab selalu conteng2..nanti naik sekolah saya padam..


kat cermin mata : mintak maap sebab selalu tak hantar gi kedai servis..senget2 dah batang awak..nanti sebelum raya saya polish awak yer..


kat dvd korea : mintak maap sebab selalu tengok banyak kali..puasa nanti saya dah tak tengok awak dah..


kat semua orang : SAYA MINTAK MAAF c:

Perjalanan Menuju Raya Part 1

Maka arakianlah waktu berjalan,tibalah waktunya kita berpuasaa..ya ! titiknya hanya pada raya..maaf kan daku..hamba tidak bermaksud hendak meng-semash bakal bakal yang akan duduk di PMR dengan tajuk ini..bahawasnya tajuk ini hanya kebetulan walaupun jika diringkaskan PMR..janganlah kalian rakyat jelata cerduka cita..sesungguhnya,semua akan menghadapi mati semua akan menghadapi PMR..

baiklah..mari tinggalkan bahagian neraka itu.. apa yang neraka saya berlipur lara ini ? ya ! tanggal esok hari,kita bakal berpuasa..yakni,nanti matahari tenggelam di lautan,kita akan menunaikan tarawih..tentunya,daku akan mengajak ayahanda ke masjid yang menyediakan perkhidmatan wi-fi..apa ?! ingat zaman kesultanan melayu melaka tiada wi-fi ? pandang jangan sebarang pandang ya ! lihat sekilas di air,sudah tahu jantan betinanya..ampunkan daku..daku tidak pandai bermain bersama peribahasa..ya,bagaikan daik bercabang tiga..

seperti biasa,bonda sudah mengeluarkan notis bahawasanya kamar kamar peraduan haruslah dikemaskan..makanan makanan yang enak dan lazat bak nutella haruslah dihabiskan..kelak tika puasa,kecur air liur bila terkenangkan nutella ada di dalam kotak beku..





inilah ya bahan rujukan yang perlu dielakkan..oh,ini bukan kamar daku..ini kamar jiran sebelah..kamar daku sangat bersih..*muka meyakinkan* lihat tuh ! ada bantal berbau..isk isk isk..jiran sebelah daku memang begini..ini haruslan dikemaskan ya sahabat taulan..kelak,segala jenis reptilia menginap di dalam kamar2 sahabat termasuklah encik anakonda..sangat bahaya seperti neraka ya sahabat2..

selepas itu,di 4shared akan mengalami trafik yang tinggi yang sahabat2..sehinggakan,mahu memuat turun satu lagu juga mengambil masa sehingga separuh jam..ini kerana,rakyat jelata berpusu pusu mahu memuat turun lagu lagu aidilfitri walaupun terawih malam pertama pun belum..ini sangat mendukacitakan ya sahabat2..untuk menyelesaikan masalah ini,kita haruslah berjumpa dengan 4shared bergerak yakni,rakan kakanda2 hamba untuk meng-gigi birukan lagu lagu aidilfitri..

kemudian,rakyat jelata dapat melihat semua artis artis di tanah melayu bertukar menjadi ustazah ya untuk sepurnama..katanya kerja separuh masa..tidak akan keluar-keluar skandal pakai bokono di pantai nian,skandal bercomolot di dalam pacuan empat roda di hadapan kelab2..malahan,siap keluar di buletin akhbar dengan menyatakan kita harus bersama sama mereka melakukan kebaikan dengan memakai tudung jambul nampak,tidak berpeluk selama sebulan,tidak ber-bee ber-darling sebulan..bapak bapak gula di tanah melayu juga sudah siap sedia dengan ongkos masing masing untuk menaja anak2 ikan ke luar negara,menyambut lebaran di parit buntar dan di sawah padi..oh maafkan daku..di venice dan juga paris..

sehubungan dengan itu,ayahanda dan bonda juga tidak akan masuk ke speedy untuk mencuci mata..tika itulah daku dan kakanda2 harus menyeludupkan dirik sendirik untuk ke speedy..ini sangat sadis ya sahabat2..

baiklah..daku mahu baca buletin akhbara..SAYONARA !

p/s : bahasa melayu tinggi woots2..(~.^)

Thursday, July 28, 2011

Keburukkan Youtube ( YT )

tanpa mukadimah panjang2,aku cuma nak cakap ,''YT,KAU SANGAT SHIT ! AKU DAH BANYAK SABAR DENGAN KAU YT ! KAU SUKA BUAT AKU MENCARUT !''

ini bukan kes lambat loading ataupun  internet super duper lambat ataupun abang aku cabut plag internet bila loading YT dah nak habis,tapi...tsk..sedih nak cakap..

BILA SEARCH JANG GEUN SUK IN ''M'' then tetiba keluar IN ''MALAYSIA 2011.. Fuc*..aku mula lah ni..tengok tarikh,JUNE 4 !! arghhh..SHIT KUASA DUA ! *turun naik nafas* woi YT,kau tak boleh block ke video tu ?! kau kasik orang lain gangguan emosi,kau tau tak ?!!  arghhh..sabo zay...bawak ngucap..

then,abang aku pulak sentap layan SS501 IN MALAYSIA ; 5 MEN 5 YEARS..again..SHIT ! tu lagi f ~~ tolong okay..tolong block sekarang jugak ! tak payah nak sindir2 aku..mentang2 aku lambat tahu,or tak atas kepada tarikh ! 

moral of the story :jangan type apa2 idola anda dekat YT dan letak IN ''M'' sebab tentu sekali anda mengalami kemalangan jiwa..sekian,trimas..

Tolong Jangan Tanya Aku Soalan Bodoh !

Assalam dan selamat malam..ni post aku yang ketiga untuk hari ini sahaja ~~ wtf ?! aku dah menyampah plus tension bila orang tanya aku soalan yang tak berkaitan..

seperti contoh :

''weyy zay..kenapa Sabrina block aku ? kau tanya dia sampai bila dia nak block aku..''

''weyy..kau kawan sabrina kan ? kau tanya dia kenapa dia BALAS mesej FB aku ~''

''weyy..kaki aku sakit..kau tahu tak nak pakai balm jenama apa ?''

''weyh..kau pakai astro ?''

''kau ingat homework last week tak ?"

''boleh tolong kirimkan salam kat sabrina tak ?''

Ni bukan bernada cemburu..~ tapi,aku macam WTF ?! dia ada FB..kau tanya lah sendirik ! kau tanya aku,macam lah aku nak layan..sampai boleh tanya aku kenapa sab balas mesej FB ~ pfftt..dia dah balas,untunglah..dia balas kau tanya,dia tak balas kau tanya..gi terjun loji lagi baik lah wey !

yang part tanya aku pakai astro pun tak boleh blah..aku tengok tv pun tak..kau tanya mak aku tu rasional lah jugak..yang lagi satu,boleh tanya nak pakai balm apa..leBALM jugak bijik mata budak yang tanya aku haritu..nak jek aku cakap minyak yu yee cap limau..

part kirim salam,aku serius cakap,aku hanya boleh kasik tahu je..eg :''ada org kirim salam..'' dan dia akan balas ;''siapa ?'' aku balas ''mat jawa'' dia balas ''go to hell..''

so,no point korang2 sibuk sangat..tanya aku pulak tu..tanya tuan punya badan terus kan boleh ~ FB mesej dia rosak ke sampai kena guna FB mesej aku ? 

ada pulak tu,dan dan tanya rahsia sab..dia tanya kat aku..wtf ?! prinsip kitorang ;''kau mati,rahsia aku akan bersama dengan kau..aku mati,rahsia kau ada dengan aku..'' meaning,takkan pecah rahsia tu..dak payah nak havoc lah weihh..buat kena bahan jek ngan kitorang..

okaylah..nak blah..sayonara !

When Zac End Talks About SS501...






Zac End Mr Kachak's wallpaper plus SS501 screensaver *bawah kalendar*


Zac End Mr Gojes's wallpaper *kantoi tak mandi lagi..balik sekolah terus ngadap lappy*

Assalam :) hai hai hai ! mood baru nampak..apa rahsia ? im not questioning you but talking to myself.. muahaha..tak betul~

okeh2..post ni aku buat regarding to what Nik Nisa had asked me last week..*yeke last week ?*  jadi,aku nak cerita lah sikit walaupun aku tak berapa tahu sangat :D

ramai orang especially member lama aku ; Iylia Balqis rekemen boy band baru macam Super Junior,2PM,2AM,FT ISLAND dan berbakul bakul lagi..masa mula2 beli mr Kachak pun mamat kedai tu letak banyak lagu diorang..aku dengar jugak..tapi,something goes wrong..<--boleh tak jangan pakai ayat yang tak boleh blah ?!  tetiba,mata jadi bulat dan mulut ternganga seraya berkata ; ''WHAT ?! DIORANG MASUKKAN LOVE LIKE THIS !!'' yeah yeah..memula aku perasan yang tu jerk..pastu,aku perasan bawah dia BECAUSE IM STUPID <--no,you're not.. tetiba je..muahaha..

wallah..terus aku delete lagu2 yang tidak berkenaan..aku simpan lagu2 yang member2 aku rekemen kan je..macam lagu FT Island aku ada lagunya..ada 3 tak salah..tapi tak dengar dengar..sampai sekarang..

okayh2..move move..


Find-SS501.lagu yang wajib aku dengar setiap malam sebelum tidur..sappy siot..ehehe..yang tengah2 tu lah pakwe aku..hihihihhi..kita move kepada pakwe aku dulu..





ramai syak wasangka aku minat gilerzzzz<--ejaan budak baru nak up- dengan Kim hyun jung,tapi malangnya..TIDAK..

gambar di atas : Heo YoungSaeng..

muahaha...comel kan ? i mean,pipi dia ? hehh..kalau aku dapat cubit,mahu demam seminggu..kenapa aku cakap dia pakwe aku ? sebab pipi dia lebih kurang dengan pipi aku..so,takdelah nanti asyik makan hati kalau pakwe kurus sangat..muahaha..enaf deyy..dia bukan pakwe kau,zay..jangan berangan !

gelaran : PRINCE OF SS501 ~ 




 kan kan ? Young Saeng ~~~ *faint*





Nama : Kim KyuJong

Chaaraaa..my husband ! muahaha..berangan lagi..keteeepiiii ~~ keeeteeepiiii ~~~ dia tengah senyum untuk aku..korang jangan potong line..muahaha..lagi skali -,-'' dia paling cool..Prince tadi paling shy ~ aww..yang ni pulak paling cool..yeah..sangat cool..~ 

gelaran : CENTRE OF SS501





Kalau KyuJong kahwin,aku pakai baju hitam dah berkabung selama seminggu..





Nama : Kim HyungJun

Awww..introducing ya all with my Fiance..muahaha ~~ manja kan ? manja kan ? manjaa lah ! dia adalah yang paling kerap dibuli didalam SS501..sebab dia yang paling kecik dalam SS501..kalau ada keja apa2,mesti dia yang kena buat..sangat jahat..dan,dia juga selalu dibuli oleh JungMin..p/s : dia pandai cakap saya cinta kamu dan saya rindu kamu dalam bahasa melayu !! weeweeiitttt..well..aku yang ajar..muahahaha..merepek..


gelaran : SS501 Maknae (the youngest)







tayah peluk teddy tu..saya lagi gebu ! muahaha..zay zay..secara tak lansung kau telah mengutuk diri sendirik dengan mengatakan bahawa kau lagi O..







Nama : Park JungMin


ARGHHHHHHHHHHHH !! maaf..


ARGHHHHHHHHHHHH !! maaf..


ARGHHHHHHHHHHHH !! maaf..


JungMin ~~ *faint* sebut nama pun pengsan..i adore him velly velly muchas ! pembuli dan paling gila dalam SS501..Maknae panggil dia Horse..muahaha..padan muka hang..tapi,se-horse horse anda,anda sangat sangat sangat saya minat..*JungMin..tolong gi google translate dan translate apa saya cakap ni..bila dah paham,sila reply..tidak mengapa..balas je dalam korean..nanti saya translate kat google..bila dah paham,post saya awak punya signature boleh ?* wahaha..dan dan jek aku..


Gelaran : Sexy Charisma of SS501







awak nak apa ? nak cinta saya ? NAH ! hahahaha ~~







Nama : Kim HyunJoong


*pengsan* *sedar* *pengsan* *sedar*


dialah SI KACHAK ! yeah..takdek sapa kata dia tak kacak..tapi,saya kata,JungMin dan Young Saeng lagi kacak..hihihi..mak aku cakap,dia ni pakwe lama mak aku..pffftt..habihh,pi nikah ngan babah watpa ?! nikah lah dengan dia nihh..dan dan bapak aku korea..muahaha..nasib baik bapak aku chill jer..kalau dia nk kahwin,serta merta aku tak suka dia..hahaha..terus benci en ~ -,-'' tak mengapa..banyak tokbomoh dekat malaysia..senang jek aku nak santau..mak aih..jahat..~


Gelaran : Leader of SS501







kalau aku letak gambar ni,mungkin lebih ramai yang kenal dan akan teriaq serupa orang gila ; YOON JI HOO ! YOON JI HOO ! pfftt..


okayhh..mari kaitkan kebarangkalian mereka dengan saya..




SS501-A Song Calling For You


Officially Zac End's Ringtone..



 SS501- U R Man


Officially Zac End's message ringtones






SS501-Love Ya


Officially ringtones/message from Jejerk



SS501-FIND

Officially emails alert (phones)






SS501 - LOVE LIKE THIS


officially Facebook and Twitter notification (phones)


semuanya lagu yang telah di set kat Mr Gojes..


sekian..saya nak mandi..SAYONARA !







dari kiri : Park Jung Min ( sexy charisma ),Kim Hyung Jun (maknae),Kim Hyun Jung (leader),Heo Young Saeng (Prince) & Kim Kyu Jong (Centre)



Projek Cinta Part 1

Assalam all dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak :DD

Mari bergebang sekali lagi dengan saya,Zac End..oh ya..kali ni,saya telah menjemput seorang tetamu khas yang diimport dari Thailand,yakni Sabrina Wan Azam

*tepukan gemuruh ala ala rancangan memasak*

Yeah yeah..jangan cakap Thai dengan dia sebab dia kerja je kat Thailand..dia lahir dekat Afrika tapi membesar dekat Indonesia..muahaha..kiddin* jangan ambil hati BFF..Hamba Gurauan Sahaja..

Projek Cinta ? oh yes ! saya sangat eksaited nak berkongsi dengan anda2 semua..saya namakan ini Projek Cinta sebab saya dan BFF dah sepakat nak letak nama ni..*apaa daa ayat !

apakah yang dimaksudkan dengan entri ini ? CUT THE HELL,MAN ! 

baiklah2..anda pernah lihat model cupcakes ? MODEL ? yeah..untuk paparan sahaja..bukan untuk dimakan..biasalah..kalau macam aku yang kuat makan ni,sampai projek seni pun kena ada unsur makanan..

saya dan BFF yang telah ditakdirkan untuk memberi kerjasama dalam satu projek dengan arahan ; ''Bina Model'' untuk matapelajaran seni..mula2 nak buat model handphone yang direka sendiri..well..dua tiga hari ni mood handphone jek..

tanpa berlengah,kami bagi step2 yang dibawah..oh yeah ! ini adalah hasil kreativiti Sabrina Wan Azam dan Zaidatur Najihah..jika anda teringin nak buat time seni,boleh..silakan..mungkin akan ada hasil yang lagi baik ? tapi ingat,gambar2 adalah copyrighted..walaupun tidak di-watermark kan,tapi still gambar SAYA ! 



perkara utama adalah buat kerja sambil dengar lagu..lagu yang dipilih semestinya Love Ya - SS501..oh ya,ini bukan hidangan utama..abaikan ini juga tidak mengapa..mari kita ke next step,wahai cik BFF dan rakan2..






baiklah..ini adalah yang utama..untuk membuat ISI model cupcake kita,kita perlukan tisu dapur,warna poster dan semangkuk air..nak guna tisu biasa pun tidak mengapa..tapi,adalah disarankan untuk guna tisu dapur sebab tisu ni lagi keras and lebih mudah untuk dibentuk bila kena air..ni bahagian saya..saya guna dua warna,yakni merah dan coklat..BFF guna warna pink dan hijau..warna tidak perlu dicampur..kelak,hodoh jadinya..





saya dah mula bancuh warna merah..ingat,ALONE..ONLY..tidak perlu dicampur..amaran : sila buat di tempat basah..kalau buat dalam bilik,tertumpah,kelak nyawamu dalam bahaya..





okeh..warna merah dah siap..kau bunjut2 sup adabi je..warna coklat tak jadi buat..dia punya botol ketat..susah nak bukak..jadi,aku guna warna oren..muahaha..ada pulak alasan tutup botol ketat..



taraaa ! dah jadi dah isi model kapkek kami..sekarang,letak bawah kipas..kalau matahari bersinar dengan sangat bagus,boleh lah jemur je..lagi cepat kering..oh ya,tak boleh jemur bawah ekon..nanti lagi basah ~~ 

wrapper kapkek ? oh,itu masih dalam pembikinan..nanti akan bersambung di part 2..

idea adalah asli..tiada sebarang ciplak2 dari orang lain..kalau sama,mungkin TER..sama..dari A-Z,adalah handmade..dari buat isi sampai bab hias,okay..

sangat berdukacita bila hari tu jalan2 blog *blogwalking*,saya ternampak gambar yang dipetik dari blog ini..macam mana saya tahu ? sebab AKU YANG SNAP ! hanya jauhari yang mengenal manikam..sejak itu,saya mula meng-watermark segala gambar2 saya..but to think again,i TRUST ya all..

saya tidak akan membuat sebarang tindakan seperti ''WOI ! TU GAMBAR AKU YANG SNAP ! MANA KAU GALI ?!'' saya hanya tidak akan MENGHALALKAN..yeah..one sentence for you ; ''Jumpa dekat Padang Mashar nanti..Sayonara !''


okaylah..takyah sappy2..kita senyum balik..:):)


p/s : SAMBUNG PART 2 :D SAYONARA !

Wednesday, July 27, 2011

Puan Mak Kantoi Layan Korea

Assalam all :) yeah yeah..aku baru lepas gelakkan puan mak gila gila kentang..

ceritanya bermula begini..*ada awan atas kepala*

*aku tengah layan Marry me,Mary dalam bilik mak aku..then,tetiba mak aku masuk,baring sebelah aku..*

mak : hee..tak habis habis dengan korea..jahanam tv mak..

aku : sekali sekala..

mak : dah berkala kala dah ni..

aku : alahai mak ni..sentap pulak..kan hero dia kacak..takkan mak tak suka..cite dia best apa !

mak : cite tak best lansung..hero tak hensem lansung..

aku : apasal tak best pulak ?! ni lagi syok dari what so ever cerita cina yang kungfu terbang terbang tu..

mak : hero tak hensem..automatik cite tak best..

aku : nak hensem macam mana lagi ?!

mak : macam yang empat orang tu lah..kalau salah seorang drpd 4 orang tu berlakon,mak layanlah..

aku : empat orang mana pulak ni ?

mak : boys over flower lah..

aku : whatt ?!! hahahaha ! tang mana pulak mak layan korea ?!

mak : kalau dah gi sekolah tu,gi sekolah je lah..sibuk nak tahu apa mak layan kat rumah..

aku : ahaa..kekantoian keterang keterangan..ni mesti kes semalam mak layan Naughty Kiss kan ?

mak : eleh ! nak sentap pasal pa pulak ? *gengster betul ayat mak aku -,-''*

aku : dulu kemain..

mak : empat orang tu jek pon..lain,tak layan..eh,cakap pasal empat orang tu,hari tu lepas mak jenjalan ngan babah,mak nampak poster cerita korea satu ni..Kim Beom jadi hero..

aku : yezza ?! waahh..kenapa tak beli ?!

mak : cite ni tak habis lagi,banyak cite pulak nak beli cite baru..

wahahahahah ~~~ sentap je doe mak aku cover ~~ padanlah selalu slot DVD korea dalam bilik aku selalu berubah je tempat dia..rupanya,hari2 ada orang bukak tutup..

p/s : Marry me,Mary update : WAHHHH ! MANYAK SIOKKK...JUNG IN,KENAPA KAU TAK KAYA GILA MACAM SUAMI AKU SI SONG WOO BIN ?! KENAPA TAK HENSEM GILA MACAM SKANDAL AKU SI GU JUN PYO ? KENAPA TAK COOL GILA MACAM EX BOYFRIEND AKU SI YOON JI HOO ? KENAPA TAK MACHO HABIS MACAM JIRAN AKU SI SO YI JEONG ?! KENAPA TAAAKKK SEEXXYYYY MACAM SUGAR DADDY AKU SI PARK JUNG MIN??!!! KENAPA KENAPA KENAPA ?!

sekian,sesi merepek..babai..SAYONARA !

-Bab 21-


''Bak air tu..''pinta Leeya..

Wiyah menghulur..bertapa empat orang perempuan dihadapan televisyen yang masih terbuka..seorang lagi berada di dapur manakala lagi seorang ada atas sofa,terbongkang main mesej..


Risya berjalan masuk ke dalam biliknya yang terdampar 5 orang rakan rakannya..ditala pandangan ke arah peti televisyen yang terbuka..

''Dah tak ada cerita lain ke sampai tengok cerita ni ?'' demam agaknya budak budak ni sampai tengok cerita hindustan..kalau hindustan hero syok,takpelah jugak..ni hindustan ala ala 50-an ! perghh..dah buta hati gamaknya..


''Kalau kau faham cerita Thailand yang tak ada subtitle,kau tengoklah..''ujar Wiyah..

''Paham je aku..korang dah lupa ke aku belajar 22 bahasa dunia ? heh..tulah korang..dari dulu tak sedar aku ni bijaksana..''Risya memuji diri sendiri..


Amy termuntah..''What ?! 22 bahasa ? amendek ? bahasa orang utan ? bahasa kentut Ana ?''

Melayang satu bantal dari belakang..''Kentut kentut aku jangan main..''Ana memberi amaran..seketika kemudian,dia kembali menala pandangan ke arah telefon bimbit ditangan..


''Bahasa ikan piranha..''Aira yang menyahut..

Pecah lima ketawa..Risya masih mencebik dipintu..


''Korang tak percaya ? nak dengar aku cakap thailand ?''

Lima kening terangkat..''Try Me..''cabar Leeya..


''SawaDikarp ! hah ! dengar tak ? dengar tak ? heh..lancar kan ?''


Ceh !

''Kalau setakat tu,jiran atuk aku kat kampung yang takdek gigi tu pun boleh cakap,bijaakk !''Aira mencebik..


''Eleh..cemburu..''Pantas Risya masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu..berjalan ke arah Ana yang terbaring di sofa..diangkat kaki Ana,lalu dia duduk sebelum diribanya kaki Ana..Dicapai suratkhabar The Star yang berada di meja kopi sebelah sofa..

empat orang rakannya masih lagi memberi fokus kepada televisyen..Seketika kemudian,terdengar Risya menjerit..


''Kau kenapa ? sawan tengah hari ?''

''sini sini ! korang,cepat !''Risya memanggil..


berkumpul lima orang di sekeliling Risya..

''Condo ni sangat maveles ! nanti dah besar kita duk sini nak ?!''Risya sudah mula berangan.


Surat khabar ditangan Risya dirampas Aira..

''Oh my...sangat santek ! ada basement,ada swimming pool..living room dia ada satu part guna full kaca sebagai wall..so,malam malam,boleh tengok pemandangan,..! oh my..cepat,cepat ! book satu condo..''


Suratkhabar ditangan Aira dirampas Wiyah..

''Tengok dulu berapa bilik..Oh my ! 4 bilik ! 4 bilik air..2 dapur,satu dapur kering,satu dapur basah..''


suratkhabar ditangan Wiyah dirampas Amy..

''Ni kalau letak plasma dengan home theater dekat living room,mantap tak hengat ! letak sofa warna merah..dinding kita cat warna krim..damn superb !''


suratkhabar ditangan Amy dirampas Ana..

''4 bilik cukup ke ? aha aha..boleh boleh..satu bilik dua orang..lagi satu bilik,kita buat walk in wardrobe kita,takpun,buat guest room..prayer room pun boleh..''


Suratkhabar ditangan Ana dirampas Leeya..

''Satu bilik kita boleh sumbat satu tv plasma each room plus queen size bed...maveles maveles..''


''Lepastu,malam malam kita tengok cerita hantu dekat master bedroom..perghh..pastu,semua dah taknak tidur bilik masing masing,..''ujar Ana..

''Talking about Master Bedroom,siapakah dua orang yang nak duduk bilik tu ?''

masing masing memandang kiri kanan..

''aku !''
 

''dey dey dey ! aku aku !''

''aku jumpa dulu,aku lah !''


''tolong ea..ikut tarikh lahir..sape lahir first and second dapat bilik tu !''

''tak boleh tak boleh..yang tua tak boleh duduk bilik tu..tua tua nak meninggei,takpayah nak mengada nak bilik tu..''


''aku ada cadangan..''Aira mencelah..lima pasang mata memandang ke arahnya..

''kita letak 3 buah katil queen size,hambat semua dalam master bedroom..senang..tak payah gaduh..''


''bijak bijak..''

''well..see the leg !''


lima pasang mata menoleh ke arah kaki Aira..

''Dey  ! aku main main je lah !''




                




                    Ditarik tingkap gelangsar..membiarkan angin malam masuk..dicapai remote hi-fi,dikuatkan sedikit volume..berdentum biliknya dengan Tinie Tempah feat Eric Turner-Written in The Stars..dicapai pula novel bahasa inggeris P.S I love You tulisan Cecelia Ahern..ditarik nafas dalam dalam..nilah nikmatnya bila weekdays tiada kerja rumah..

nak layan internet,malas..laptop tidak bercharger..jadi,gunakan nikmat emas ini untuk layan Cecelia Ahern..


telefon bimbit milik Amy bergema..diambil telefon bimbit yang tercampak di atas katil..


hmm..Wiyah..


-Kau nak apa,Wiy ?


-Macam mana nak buat soalan nombor 6 ?


-soalan amendek ?


-Math lah..Tuan hamba ni pun nak berlawak janganlah jam sebegini..


-Math ?! kerja bila ?



-last two week..aku call Risha..dia cakap besok dia nak kumpul..cikgu dah azan..


-wait aa..


Amy terus berlari ke arah rak buku..dikeluarkan buku text mathematic dari slot dan diselak..Oh Myyyy..ada page yang telah dikelepet..macam mana boleh tak perasan ?!!! diselak pula buku tulis..damn..day and date pun tak tulis lagi !


-emergency ! aku tak siap apa lagi ni !

-Kanda bergurau ?

-Takda makna ! dah dah ! babai..


-urghh..selamat tinggal..


-waittt !!


-mengapa ?


-kenapa kau guna bahasa melayu klasik pulak nih ?


-Hamba baru lepas tengok Hikayat Merong Mahawangsa..hambakan embok..


-Pigiiidaaahh ! embok tak embok..esok kau kena hempok dengan Risha nanti baru tahu..


-Ahaa ! dont say !

Tuesday, July 26, 2011

With My Mr.Gorgeous

  • Mr.Cool
  • Mr.Kachak
  • Mr.Fantastic
MR.GORGEOUS IS HEREEEE !!

First of all,Assalam to all my readers :)

Mr.Gorgeous ? oh yeah,make it simple..Let's call him,Mr.Gojes..Who The Hell Is That Man ?!


campak jauh2 dulu Mr.Gojes..sekarang,aku huraikan satu satu..pfftt..dah macam ayat exam..wait a sec~ OMG ~~ Second week of Ramadhan exam ! *faint*


Mr Cool is my Rollerblade..ahh..ada sedikit masalah..Mr Cool aku tinggalkan dalam kereta Kakanda Zarith..baru nak snap2 tunjukkan kat korang..Rollerblade yang aku rasakan kalau aku jual kat kedai secondhand,aku dapat makan,tidur,bangun tidur,mandi dan segala galanya dengan Nutella..muahaha..I paid a fortune for that Fella..kalau hilang,mahu nangis..dekat 4 tahun aku kumpul duit beli menatang tu..well,op kos..kata kataku tak boleh dipercayai..at the end,bapak aku jugak yang keluar duit..muahaha..


Mr Kachak is obviously my Laptop..3 kali aku tukar laptop,3 kali jugak aku tak tukar nama tu..kenapa Kachak ? kenapa sama nick dengan Si Kachak aka Leader of SS501 ? sebab,aku punya wallpaper laptop gambar SS501 ~ weehaaawww..frankly speaking,aku tak sanggup nak tukar wallpaper -,-'' walaupun nak tukar gambar diorang jugak tapi posisi lain,still tak sanggup..nasib baik Babah aku tak cakap cenggini ; ''Ni apa ni ? ni apa gambar jantan ni ? baju macam pondan ! pakai aksesori dah macam My 1 Shop bergerak dah..'' phewww..setakat ini,Babah tak komen pape lagi..yeah,let's hope..:)







Mr Fantastic (gambar di bawah )









Yeah yeah yeah ~ op kos my Spec..walaupun dia warna pink siap floral floral lagi,aku still panggil dia Mr instead of Miss..aku anggap dia dua alam..muahaha..dey dey ! bukan pondan aa ! kenapa Fantastic ? sebab tu lah ayat pertama aku sebut bila first time aku dapat spec ni..masa order tak nampak lagi ke cantikan menatang ni..masa dah dapat,pekerja Focus Point tu tunjuk dekat aku,aku macam ,''wow ! Fantastic !'' disebabkan aku punya spec half metal,and metal tu di spray dengan warna pink lembut,jadinya,bila kena spotlight Focus Point lagi lah ter-reflect..waahh..dramatik..menusuk ke jantung beb !


MR GOJES ~~~~







weeehaaawww ! officially nya dah ada enpon gituuu..aku pun terkezut ..tidak ku sangka babah nak beli ni untuk aku..mula2 babah cakap nak beli Samsung Galaxy Tab untuk aku,malangnya..well..kakanda2 ku yang kembar dengan mangkuk jamban itu tdak membenarkan..perkara ini semestinya boleh dijangka ya tuan tuan dan puan puan..jadi,BOO SAMA DIA ! booo ! BOO SEKALI LAGI ! boooo ! BOO PANJANG ! booooooooooo ! BOO PENDEK ! buu ! BOO LEMBU ! emBoooo ! BOO DALAM AIR ! bloop bloop bloop ! arghhh ! *tarik tarik rambut* tension ! but,to think of it again,yeah..trimas sebab beli ! :) model ? Samsung Corby II..baru keluar minggu lepas..<--itu pun nak cakap ke ? -,-''


IT'S WHIIITEEEE,baby ! feeling Korea kut..kalau clash ngan pakwe,boleh campak enpon ni kat lantai..touch screen takkan pecah yee kalau campak kat lantai..kalau kau duduk,ye pecah..feeling macam Gu Jun-Pyo masa dapat tahu Jan-Di nak clash ngn dia sebab Jan-Di nak kawan dengan Hajea<--betul ke ni nama dia ? kan malam tu Jun-Pyo campak enpon..pffftt..aku macam ; ''what the ? aku tahu lah enpon kau ditaja tapi takyah lah obvious sangat..'' at the end,Jan Di kena culik..jeng jeng jeng..yeahhh ! SCANDAL AKU DATANG SELAMATKAN DIA ~~~ muahaha..merepek..zay zay,kau nak cite pasal mr gojes ke pasal that mamat kerinting tu ?


feeling2 korea,dan dan aku terhantuk pintu..aiseeehh ! potonggg..ada je malapetaka kalau dapat benda baru..dah2..tak payah nak feeling korea sangat lah..kalau dah melayu,melayu je lah kan...*muka insaf* kau gi recite Quran lagi bagus Zay..minggu depan dan Ramadhan...~

Monday, July 25, 2011

Marry Me,Marry Episode 1 Review

ni dah ending..nyanyuk gi upload gambar ni..

ececehhh..dan dan jer oh hero dia..~ pengsan aku...part rambut lurus lah..part rambut half curl,agak kurang gemar..abang zarith cakap hero ni tiru muka dia ~ pffttt..abang aku bohjan rupanya..~*faint*





why ? why ? kenapa laki tu macam pempuan ?! arghhh..wahai kakanda2 ku,janganlah dirimu meng-claim serupa dengannya..aku gak rela bila kakanda2ku menjadi begini bohjan..nasib baik laki ni tak lembut..phewww..pakaian je lah..humagaihhh..aku yg pempuan ni pun kalah..aku pun takde baju2 yang nampak bahu..*masa aku free hair,ada lah..tapi baju tu telah dilupuskan dek kerana aku kini sudah bertudung*




second hero..nasib baik tak lebih dari kekacakkan hero utama..muahahaha ! heroin ? jap..




hargh hargh harghh !! i know i know..WHY IS IT THE HEROIN WITH HIJAB ?! muahaha..*lagu siti nurhaliza* percayaallaaaahhhhh....adoi..semput mak gelak,nyah ! wahaha..aku suke jek letakkan diri aku sebagai heroin bila ada 2 hero berebut nak heroin..macam BOF,dan dan aku cakap aku Geum Jan-Di..abang aku cakap Geum Jan-Di tak comel..dia manis je..aku dulik haper..aku,manis takdek tapi comel ada..muahaha..O O O O ..sape paham,paham.tak paham,takpe..pastu citer Naughty Kiss pulak..dan dan aku cakap aku Oh Ha-Ni..abang aku cakap Ha-Ni bodoh..tapi lawa,..aku lawa tapi,tak bodoh..muahahah ! *terjun dalam loji*

dah lah..penat korang tambah dosa ngumpat aku..muahaha..aku nak mandi,pastu nak sambung balik episod 2..SAYONARA !

p/s : IRAAAA ~~ Yuuuuhhhhuuuuuuuu....<---hahahah ! sengaja dengki..

Sunday, July 24, 2011

Marry Me Marry DVD : Special Thanks To Nina Izzati :)






Nina Izzati yang mula mula kenalkan aku dengan cerita ni..oh myyy..masa dia mula2 post dekat wall aku cakap pasal cerita ni,aku macam ''what the ? who is Jang geun suk ?'' aku pun google mamat ni..wah wah wah..boleh tahan..cuma rimas dengan rambut dia..rasa macam nak guntingkan jer rambut dia..hohoho..

petang tadi,abang aku ajak pergi makan pizza..so,kami the adik beradik gi lah..aku cakap ngn abang aku,tolong bayarkan (pinjam) novel dulu..nanti aku ganti..sebelum sampai MPH,aku jumpa Speedy..saje je lah masuk..hihihihi..ayat ni agak hipokrit..

pastu,nampak DVD marry me,marry..oh myyyyy....terus suruh abang aku belikan..novel tu nanti nanti lah..sampai2 rumah,terus ambil dvd 4,bukak episod 16..inilah cerita yang paling banyak larik larik..mereka sangat happy bermain larik larik..aku juga turut happy *muka terharu* hahaha..tadika gila kau zay -,-''

okaylah,nak sambung..bye bye ! 

p/s : SAAAABBRRRIIIINAAAA ! sebelum raya,pulangkan dvd Naughty Kiss cd 3 &4 !!! unnderrrrstaannndddd ?!!!

oh ya,Trimas,Nina ! nanti akak tambah duit raya..hahaha ~

Saturday, July 23, 2011

Fabulous Sunday

no parents,no chimpanzee and no stress ! with my mr.kacak

and watchin' Naughty Kiss DVD..


also with the Nutella..hargh hargh hargh..nasiblah wahai kakanda..adinda makan duluan ya!

Friday, July 22, 2011

Zac End Seorang Yang...

1) Yang akan mengamuk bila abangnya menggunakan Mr Kacak (laptop) yang baru lepas charge..ewah2 ! aku susah payah mengharungi onak duri nak charge Mr Kacak,kau sesedap Nutella je guna..

2)Yang akan buat buat lupa bila teringat ada homework nak kena siapkan..

3)Yang akan buat muka bila ada orang membebel pagi pagi buta..tak ada kerja lain gamaknya..

4)Yang akan mencampakkan bell ke bawah katil setiap kali ia menjalankan tugasnya..at the end,Sang Babah juga yang akan ketuk pintu ''Wey wey wey ! wake up ! nak berhenti sekolah ?!''

5)Yang tidak akan menggunakan mouse pad Mr Kacak..baginya,ia amat menyusahkan ! prefer real mouse :) err..bukan tikus..tapi,tetikus..argh ! pape je lah..janji kus-kus belakang dia..

6) Yang akan menangis beria ria bila dapat tau hero novel gi oustation dan tinggalkan heroin sensorang kat rumah..poor the heroin *cryin*

7)Yang akan menangis bergolek golek atas katil abang harry ( well..katil dia je queen..katil aku ngn abang zarith single..sobs) bila dapat tau Nutella dah habis dibaham dua ekor chimpanzee jantan kat rumah..siap buang botol Nutella depan2 aku..sobs

8) Yang pagi pagi buta buat okestra dalam bilik jerit ''tolong ! anybody help me ! tolong ! saakittt !'' bila kaki cramp..selalunya dah nak subuh baru buat okestra..yelah..time tu jer sejuk nak meninggal sampai kaki cramp..

9)Yang akan merajuk dengan mak bila pagi2 sebelum gi sekolah mak buatkan nesvita..omg ~ aku lagi prefer minum susu HL yang super tawar plus kelat daripada minum segala minuman bijirin..

10) Yang akan jadi maid yang sangat baik dalam rumah,patuh segala arahan,menerima arahan dengan senyuman tanpa mengeluh bila dapat tahu petang nanti Babah nak pergi Speedy survey dvd baru..

11)Yang paling stress bila tengah syok layan Mr Kacak,time tu jugaklah rumah sebelah nak renovate..WTF ? kau tak boleh bawak rumah kau jauh jauh pastu renovate,dah siap baru datang sini balik ?

12)Yang akan tanya BFF ; ''sab..bak tangan kau..nak tilik anak..'' tengah tengah kena denda buat kerja sambil diri masa cikgu Veveika..

13) Yang akan menjemurkan dirinya di tengah tengah panas bersama Shah Haziq demi memastikan cermin mata bertukar jadi sunglasses..well,cermin mata kami Transitions..hihihihi..
 
14)Yang akan setiap hari isnin jumpa member,perkara pertama ditanya adalah ;''kau basuh kasut ?'' jawapan yang selalu diterima adalah ''tak..'' dan aku juga akan balas ,''sama..''

15)Yang paling tak suka lipat kain..oh my..sakit pinggang aku..

16) Yang tak suka makan Sushi..aku boleh hadap berkotak kotak Big Apple Donut,tapi tak boleh hadap walau sebutir nasik yang telah digulung dengan rumpai laut..sebab apa aku tak suka ? sebab aku terbayang makan rumpai laut yang selalu terapung dekat dengan aku masa tengah mandi manda dekat Port Dickson..

17) Yang paling baran bila kuku orang yang dah sama panjang dengan rambut pontianak kena dekat any part of my body..automatically aku akan jerit ;''gi potong kuku kau sekarang jugak sebelum aku cabut kuku kau !''

18) Yang tak suka bila abang balik shopping lepastu aku tanya ;''tak belikan pape untuk adik ke?'' dan abang aku jawab ;''ingatkan nak beli tapi bila dah jumpa yang berkenan,tanya dekat salesgirl,dia kata takdek saiz besar..'' *menangis teresak esak*


19) Yang akan gelak bila ada budak2 kat FB update status..Via Blacberry mak oi ! tapi sebenarnya,guna app dekat FB je..muahahahah ! shame on you ~ kalau dah takdek tu,buat cara takdek lah..ingat orang bodoh sangat ke taktau kau guna blackberry ke blackberuk..


20) Yang menggunakan pantang larang ini sejak kecil,iaitu,nobody can over my body ! nak langkah aku time aku tengah baringa adalah limitnya dari buku lali hingga lutut..lain kawasan,nescaya aku akan bangun dan langkah kau balik..apa langkah2 ? ingat aku ni apa ? mayat ?!