Amazing People :D

Monday, September 5, 2011

Perjalanan Menuju Raya Part 3

Assalam all :) ketika entri ni ditulis aku dah kat kampung aku yakni Kota Tinggi Johor..tapi,mungkin posting ni korang baca lewat dari tarikh yang sepatutnya di post atas masalah masalah tahi iaitu line broadband kat kampung macam monyet..sesungguhnya saya dah sepupu sepapat sezaman seangkatan mengalami kanser hati dengan ketahian line yang bak gunung daik bercabang tiga..

Ingatkan line maxis je yang tahi,rupanya celcom turut mengalami masalah tahi yang sama..jangankan celcom,P1 tah ape max tu pun tader line..berasap telinga abang sepupu aku hangkut menatang p1 yang versi broadband tapi besarnya sama dengan anak unta..baik tak payah kata benda tu broadband -,-'' kalau ditakdirkan 2013 ni aku pindah Johor ikut bapak aku kerja,perkara pertama yang aku buat adalah pergi opis maxis dah suruh dia pacak tiang telepon betul2 depan rumah aku..kalau tak,kesian mak aku anak dara tunggal dia maut -,-''


aku bertolak balik Johor malam jumaat tah berapa haribulan tah..masing masing berlumba nak sampai kampung dulu serupa perangai 12 tahun lepas..abang2 sedara yang dari kelantan siap pecut dari kelantan ke Johor semata2 nak sampai awal..sebab apa ? sebab berebut soket plag..rumah atuk aku ada 12 soket plag dan semestinya itu sangat tidak mencukupi..laptop je dah sorang satu..sepupu sepapat sezaman seangkatan je dah nak dekat satu bas persiaran..tu belum part handphone yang masing masing purata 2 bijik henpon sorang..mana tak berebut soket -,-''

akhirnya,Mr Kacak tidak dapat dicas sebab kitorang dari shah alam gerak terus ke Pasir Gudang rumah atuk aku lagi satu..sangat tahi..sampai sana terus kemas2 rumah sana pastu bermalam dekat sana..esok paginya lepas sahur terus gerak ke Kota Tinggi dan bila sampai rumah,semua plag telah di conquer sang jejaka jejaka..keadaan yang sukar digambarkan..sebak dhati tidak usah diceritakan..hanya TUHAN yang tahu..


Keadaan tambah parah bila line internet sangat mendukacitakan..mengucap panjang sahaja lah..berserah kepada Tuhan..esoknya,Tokbabah sampai johor dari Singapore..terus menginap dekat Hotel Grand Paragon,JB..ciri ciri Tokbabah yang sukar dikikis yakni,suka membazir wang duduk hotel 7 bintang daripada bagi duit tu kat cucu cucu.. xD bayangkan,satu malam 6 ratus ! dia bagi duit raya kat cucu2 baru 50 ringgit..bila tanya ''Tokbabah punya duit dalam bank melambak,keluarkanlah sikit bagi duit raya lebih..'' boleh dia balas ''habis tokbabah tak boleh enjoy ? banyak cantik..tokbabah siang malam kerja,mestilah tokbabah enjoy ngan makwe baru..'' nak je aku hantuk kepala atuk aku kat dinding..boleh pulak dia kata Britney Spears dulu pernah hantar surat cinta kat dia ~ xD nasib Tokmama sporting..

So,aku yang merangkap pengikis duit Tokbabah aku yang paling setia dari sulu sampai sekarang gi jugaklah kat JB jumpa Tokbabah..Tokbabah aku pun jalan pakai tongkat sekarang sebab baru lepas excident dekat Puchong hari tu..sampai2 je dah buka..boleh dia makan sedap2 pastu dia order pizza je untuk cucu2 dia yang segerombolan nih..perghh..punyalah tersentap jiwa raga..dengan linangan air mata,telan jugaklah pizza tu..siap kena sindir lagi ,''kira syukurlah buka dgn pizza..orang dekat Somalia tu tak buka pun..buka minum air liur je..hantar pi Somalia baru tahu..'' terus kesat air mata dan makan dengan rasa syukur sebab baru lepas ditazkirah..xD *lupa pulak nak snap2 masa kat hotel tu..*

dah pukul 10 malam baru gerak balik Kota Tinggi..Tokbabah ngan TokMama tunggu abang sedara aku yang belajar kat UK 3 orang dekat airport pukul 3 pagi..so,kira mereka berlima balik Kota Tinggi pagi besoknya..Atuk aku sampai aku dah takde kat rumah..dah melepak dekat padang futsal bersama sepupu-sepapat seangkatan sezaman..bukan main futsal pun,saje datang menepek tengok orang piling banglo atuk aku yang tengah buat sekarang ni..membazir sungguh atuk aku..apakah motifnya buat banglo besar2 sampai 3 tingkat siap ada rumah orkid sedangkan nanti balik Singapore jugak ? hmmppff..




 Muka ceria riang ria aidilfitri sebab on the way gi pasir gudang..hihihi..sajerrr singgah Jusco Tebrau City..hihihihhihi..bodek babah pergi JTC kata nak cari kasut..Babah cakap,dekat bandar Kota Tinggi pun ada..tak payah jauh-jauh nak beli kasut..hehhh..sekali kenyit mata je,babah cakap ''Siap lah cepat..Babah ajak Mak..'' Tadaaaa ~~ sajerrr ngada nak pi JTC sebab dia punya Speedy besauuu gilerrr..dia punya Harris Bookstore pun besaauuuu gilerrrr..aku kalau pi sana,aku mesti bawak ubat penenang..kalau tak,sawan khinzir jawabnya..


Pastu tetiba Mak saya baik hati belikan saya jam tangan..<--waaahh..ayat minta tapak kasut..-,-'' sebenarnya,aku yang bodek..lololol..Malamnya,ada projek MEGAAA ! jeng jeng jeng...


kak2 sedara aku si kembo Shahira md Tap and kak kembarnya,Shahida Md Tap atau lebih dikenali sebagai Ra-ei dan Da-ei sampai kampung terus serbu bilik aku..er,well..nama Ra-ei dan Da-ei tu terbalikkan dari Ira dan Ida..aku ? Ja-dek..:) lololol..bang2 sedara sume kata nama aku nama makhluk asing..-,-'' yeahh..nama kami sepupu sepapat seangkatan sezaman semua diterbalikkan :D comel bukan ? *bunuh diri*


lepas serbu bilik,terus ambek Mr Kachak dan cabut bateri..sementara itu,ambek charger lappy dan terus on Mr Kacak..muka semua misi jahat..lepas dah tutup lampu,semua muka berdebar-debar..maklumlah..dah lama tak buat 'kerja kotor'








semua meniarap dekat kaki katil..huhhh..apa yang kami lihat ?! lololololll..kitorang tengok Sucker Punch lah..pastu tengok Marry me,Mary..hah hah hah <--gelak semput..Habis tengok semuanya dalam pukul 4 pagi..tapi,MMM tak sempat tengok habis..kitorang sambung time tengah kacau dodol malam esoknya..itupun pukul 4 pagi tutup lappy sebab dengar Mak cik aku jalan kat luar bilik on the way gi tandas..takut kena serbu xD




Eceyyyy Pagi raya...~~ yang bilik terbukak tuh abaikan..anda boleh lihat bertapa berkecahnya bilik saya xD Saya bersama puan Mak :) my bestfriend ever *mata ada love love*  Ingatkan nak ambek family potrait..tapi,Babah dekat masjid lagi..oh ya,Abang2 saya tak jadi beraya dekat Terengganu sebab atuk terengganu saya kata nak beraya kat N.9..so,mereka2 terus balik Johor..padaaaannnn mukaaaa...




Lepas balik raya terus mengadap kartun xD macam tak percaya je doh diorang ni dah tua bangka..xD Tapi yang baju biru tu pakcik aku xD kitorang panggil dia,Papa Rock ! lolololol




Makin lama,makin ramai jekk dekat depan dapur ni ngadap TV cinonet..yepp..kami panggil ni TV cinonet..TV dekat ruang tamu depan tak bukak sebab nak buat tahlil dengan ruang tamu..Yang baju hijau dok tepi almari tu abang sedara aku a.k.a abang Apis a.k.a Afiez Lokman a.k.a hang kong yang 17/9 ni nak bertunang..yeehhawww..bakal tunang dia cunn :) sampai babah aku pun layan tv jugak xD






Dah prepare nak start tahlil..yang pakai purple pekat tu mak ngah aku and baju pink tu anak dia a.k.a akak sepupu a.k.a Kak Nana..







Apa lah mak aku..posing ular pulak..hahahah..tu kes nak tengok belakang tapi tak sempat lah tu xD..yang perempuan pakai baju kurung lagi satu tu Mak Cik aku..dah habis nama gelaran..ending,dia yang dapat gelaran Mak Cik..siann..sebelah dia yang gempal sikit badannya tu anak dia yang last,Bakri a.k.a adik sepupu aku..sebelah dia yang tengah peluk dia abang dia yang second a.k.a Angah Harris..kitorang memang panggil dia angah Harris xD dah taktau nak panggil apa..yang duduk atas sofa tapi tak menyandar tu along dia a.k.a Along Zacky xD yang menyandar tu pulak Pak Tik aku a.k.a ayah diorang ~




Yang ni si kembor Ra-ei dan Da-ei..ngek ngok je oh abang aku tangkap pic ni xD aku ? kat dapur melantak lemang xD




Sempat lagi tu culik anak buah sendiri xD yang baju purple tu abang sepupu a.k.a Madi..Madi tu nama keluarga..kitorang2 je panggil dia ngan nama tu..nama betul dia Azieb lokman..yang baju biru si kecik tu Danish si Ustaz..lololol..kitorang panggil dia ustaz sebab dia tak pernah berenggang dengan dia punya songkok besar tu ~


okaylah..lepas ni,kita sambung pasal acara kedua yakni,acara kacau dodol !! SAYONARA !

0 comments: