Amazing People :D

Thursday, September 29, 2011

Yahoo Ask Via Emails

Assalam all :) dah check emails kengkorang ? sesapa yang dia punya email address ber @yahoo.com,silalah check email anda..sebab encik Yahoo baru jer mesej <- wahh..dah macam encik yahoo tu orang je oh xD guna email yang soalan dia sangat sangat lah best sampai gua tengok ulang ulang kali sambil dalam otak pikir ''wahh..tak sangka encik Yahoo pun layan kpop'' xD

soalan :

These days,Kpop idols are becoming 100 percent hits through world global entertaining.If you are fan one of the kpop idols,pick one question based on us from the five questions we've prepared.Answer it via TUMBLR or Blog or Wordpress.

Gua pilih :

Name/Pick a group member that you like the most and why.Maximum is 2 members only.State it with the ranking from you like the most till the least.

***

*bunyikan jari dan tengkuk* LET'S POST MORTEM BABEYHHH !

Soalan agak masyukk kari meletup..Hehh..first of all,senaraikan group pilihan dari nombor satu hingga ke nombor ke berapa-berapa yang kau nak..


Group/Member Pilihan Zac End Of The Year <-- wahh..dah macam orang kenamaan jer ouh.. :

1)SS501 - Park JungMin and Heo YoungSaeng

Park JungMiN the Sexaayy Charisma memang tak boleh nak disangkal..dari fisrt diorang debut lagi aku memang sangat minat dengan Jungminnie..ramai suka Kim HyunJoong aka Leader sebab BOF..bagi aku : ''Ughh..puhhh-lease ! kau tak payah nak guna nama *fan SS501* yang gila fanatik kalau setakat minat leader je..kau memang tak dialukan di TRIPLE S hokaayyyy ?! minat leader sebab BOF pulak tuh..eiuuww *pandang dengan hujung mata* "





Heo YoungSaeng the Prince pulak memang tak payah cakap pun tahu..xD kalau korang rajen baca blog aku,korang akan tahu betapa fanatiknya aku ngan YS :) sebenarnya aku nak ganti YS dengan KyuJong..tapi,takpe KyuJong..kau takde dalam list blog tapi nombor satu dalam list hati..eceeyyyy..

2)Super Junior  - RyeoWook and EunHyuk

*slaps forehead* serius gua kena mandi bunga..entah apasal pulak Suju dalam hati gua melompat ke anak tangga yang kedua mengalahkan Ukiss..xD one thing,Leetuek tetap the best kebabaomm ! Wookie aku suka sebab syuala dia syangatt syeksiii..hihihihihi..<--gataiii..Hyukkie aku suka sebab erghhh..speechless man..speechless speechless..Hot melampau..

  Ryeowook
 EunHyuk

3)Infinite - L and SungKyu

aku mula terjebak dalam kancah infiniteyy ni lepaih dengar lagu Can You Smile dengan Be Mine..pfftt..ke'hot'an yang melampau..Myungsoo or lebih dikenali sebgaai L Infinite sangat khaachakk..ehiuww..<--bersin kartun versi sopan..SungKyu pulak dengan vokal yang kedebabommm..vokalnya dan cara penyampaian lagu yang sangat unik..tskk..melampau sungguh puji xD

 SungKyu

Myungsoo / L
4) 2PM - Junsu and JunHo
Yang ni memang no comment..lolololol..one word to kak sepupu ku aka kak Teeya,deiii ! aku dah gila addict dengan 2pm xD well,lead and main vocals wins babeyhh..
  JunHo
 Junsu
5)CN Blue - YongHwa and MinHyuk
yang ni pulak masa tu aku kat petronas..dengan parents ar nak keluar..selalunya kalau nak keluar gi mana-mana,kalau berhenti dekat petronas,aku memang akan keluar,masuk mart dia and ambek cadbury..pening duduk dalam kereta lama2..then,dekat mart dia tengah pasang lagu CN BLUE -Love..syiokk..dalam kereta terus pinjam phone mak aku yang kredit dia kerja nya topup tapi tak guna-guna..aku layan youtube kejap..pheww..my eyes didn't blink even for once xD my brain stop functioning and gives my ears to listen..damn damn damn..syokkk gila..
 Minhyuk
 Yong Hwa
6) Ukiss - Eli and Kisoep

hihihihihi..go eli go eli go eli !! lolololol..kalau buang ''o'' dah jadi g eli ! hahahah ~ eli the sexy propotional body and kisoppie the 4D funny members xD *buat cheerleading tepi padang* nak pilih DongHo tapi,eli wins man..nobody can never ever replaced him with my no-other kisoppie :)

  Eli
 kisoep
 
 
Sebenarnya ada banyak lagi,but as for now,yang ni kira carta medal gold..carta medal silver pulak termasuklah FT Island,MBLAQ and 2AM..nak update jugak tadi tapi tssskk..gegelgurl aku aka Asna Aqila suruh aku charge laptop..kejap lagi dia nak guna xD
situasi dimana induknya aka gua sangat terkedu melihat nun ha budak umur 4 tahun tu layan laptop..tak lain dan tak bukan layan twitter aku lah tu..xD yang lappy paling dekat adalah mr kachak,yang lagi satu netbook yang kecikk gilerpp tuh kak sedara aku aka Ra-ei punya and yang lappy silver tu kaklong aku punya,tapi si asna ni pakai..

dulu korang umoq 4 tahun buat pa ? main pasir ? gonggong botol susu ? hehhh..dia dah layan twitter dah xD maju melampau..TWITTER AKU PULAK TU ! hari tu selamba je di mintak username twitter cikgu BI dia..cikgu dia tanya dia pakai twitter siapa,boleh dia cakap ''my aunt's but im using it'' lololol..

 SAYONARA :)

Friday, September 23, 2011

Due To The Quest ''Why Your FB DP Changed Into 'Infinite' ? "

Assalam dan selamat bersuka ria sebab tak lama lagi cuti PMR bakal menjelang..lolololol..*cakap kat dirik sendirik* -> TAK PAYAH NAK EKSEN LAH KAN..TAHUN DEPAN KAU PULAK ! xD

Yeahh..Dp FB aku dah tukar..gambar2 semua dah private sebab hari tu tengok kat news yang ada org kena santau guna gambar kat FB..so,terus bangzar dari UK call aku..well,dia pepagi buta dah cek utusan malaysia..so,bila dia nampak tuh,tanpa mengira yg call oversea sangat mahal,call mak aku and,''makk ! pass kat adik !'' then 'sedap' gua kena sambal belacan dengan dia..antaranya ''If all your picture you didn't private it,i myself will santau you''..yuhuuuu..tuk dukun degawan sungguh..

so,gambar semua2 dah private,termasuklah aku tukar sekali dp..wahaha..jenjalan kat FB jejerk,semua tukar dp ngan private album..masyukkkk ! lololol..so,lepas tu kena pulak jenjalan kat Google image..memula search :

Yeh Sung ; Super Junior

wahahaha..gua taktau apasal gua sawan minat super junior pulak ni..xD tapi,dalam MV mr Simple dia sangat charming..aduhhh..*mata keluar love love*

Ryeo Wook ; Super junior

yang ni lagi satu gua sesat..ughhh..suara dia sangat sexxaayyyyy..mak dah cair ni noks..*duduk dalam baldi*

Lee Hong Ki ; FT Island

lolololol..ni sebab JEREMY !!! JEREMY !! JEREMY !! gua tertiba terjatuh terCHENTA pulak dengan mamat sekor tuhh..ughhh..dulu gua mati matian takmau dia..sekali,bila tengok2 balik cd lama..damn damn damn..HONGKI H O T !

Jang Geuk Suk

erghhh..ni tak payah cakap..sila mati dengan sendiri kerana kehenseman yang melampau *tembak kepala sendiri*

Park Jung Min
 
takmau ahhhh..pemes sangattt..gua minat dia dalam hati sudah.lagi pun dia laki gua..gambar dalam jiwa sudah..lololololol..perasaaaannnnn..

Naruto

tak dann..ganaihhh..

ending :

tengah dengar lagu Can You Smile..

damn damn damn..terus search : '' INFINITE CAN YOU SMILE WALLPAPER''

masyukkkkkkk...gua minat Myungsoo or L..eghhhh..gua rasa macam nak pakai terompah tokmama gua jer dohh..<--takde kaitan..

okaylah..SAYONARA ! nak layan naruto..lolololol

Monday, September 19, 2011

Hey ! Mr Simple.

Aisya menghantukkan kepalanya ke dinding di dalam asrama berulang kali..Temannya si Feera memang dah give up nak tahan perbuatan gila si Aisya..Bila gajah dah naik minyak,nasihat utama jangan datang dekat..nanti dengan kau-kau dia humban masuk loji..Better dia cederakan diri dia sendiri daripada dia cederakan orang lain..

Aisya berhenti dari menghantukkan kepalanya di dinding asrama..Dia pandang sekeliling..Nampaknya ingatan masih kukuh..Motif dia menghantukkan kepalanya dinding adalah bertujuan hendak menghilangkan memori...Terutama memori yang memalukan seperti sekarang ini..

"Sya..Enough.." Feera berkata perlahan..Aisya menoleh kearahnya dengan mata yang berlinangan..Emosi lah pulak !

"Macam mana wei diari aku tu boleh jatuh kat tangan Bella ? Kau bukan tak tahu si Bella tu memang dari dulu berbulu je tengok aku..Satu kolej pandang aku sipi sipi je..Malu !"Aisya meluahkan kepada Feera untuk kali ke 19..

"Yang kau pun satu..dah tahu kat diari tu kau tulis macam macam pasal Adrian,boleh pulak kau letak diari tu kau letak dalam lokar..kau bukan tak tahu lokar kau tu tinggal seminit nak roboh..rentap sikit je dah terbarai..cuba lah letak diari kau tu dekat bawah bantal ke,atas bumbung kolej ke.."Feera membalas..

"Tapi aku still lah tak expect lokar aku tu jugak budak budak si Bella ni nak aim..Wallet dalam tu terletak elok je..seposen pun tak hilang..diari aku bukan boleh buat makan pun ! kutlah nak rebus diari aku tu pastu air rebusan tu nak buat minum tak tahulah pulak.."

"Sudahlah..Tak ramai pun yang tahu..jom jom..aku belanja makan kat kafeteria..kau mesti lapar lepas buat adegan hantuk kepala macam dalam drama tadi kan.."Feera memujuk..Dicapai tudung di kepala katil lalu diserahkan kepada Aisya..Usai Aisya memakai tudung,ditarik tangan itu keluar dari bilik mereka..Aisya masih lagi menunduk..

"Jalan tu pandang lah depan..karang jatuh gaung,siapa nak jawab ?" Feera cuba berlawak..Aisya masih lagi tidak ketawa..

"Kau jangan lah nak kelentong aku..mana ada kolej ni Gaung..kok ye ada,itulah tempat pertama aku pergi lepas cerita dalam diari aku tu tersebar.."Ujar Aisya..

Dua orang perempuan yang melintasi mereka berdua berbisik perlahan..

" Girl yang pakai long sleeves tu lah kan yang minat gila kat Adrian ? heh..tak malu ke dia,cerita dalam diari dia tu dah tersebar ? ada hati kat Adrian..boleh blah lah ! "

Aisya yang terdengar perbualan itu menunduk,kemudia menala pandangannya ke arah Feera..

"Kill me,Feera.."

"Big time..pass me knife.."Aisya kembali menunduk ke lantai..Malang !

_____________________________________________________________

November 17

Aku officially budak perniagaan :) pada logik akalnya,bapak aku petani..mak aku suri rumah tangga..aku ni,gila jauh dari segala jenis perniagaan..entah macam mana sesat nak amek perniagaan pun aku tak tahu..abang aku pun tercengang masa aku inform dia yang aku amek bussines..Dia kira okaylah amek sains pertanian..kut ada darah abah..motif utama aku alih course,adalah sebab Adrian.No.Muhammad Adrian..He's Gorgeous ! Walaupun masa daftar hari tu dia pakai jeans dengan t-shirt berkolar putih je,tapi still..urghh ! menantu lelaki mak aku sangat handsome ! confirm anak aku handsome ! 

November 22

Aku dapat tahu Adrian dah ada GF..sedih tak payah cakap..awek dia sape ? Dhisya Bella,budak skirt panjang sikit je dari seluar dalam polka dot dia tu..Perasan bagus je aku tengok perempuan sorang tu..termasuklah konco konconya yakni si Zila dan Fatin..to Adrian : Sayang..nanti kita nak honeymoon dekat mana ? Don't worry..ke Bangladesh pun honey sanggup !

December 13

Tadi masa kat kafeteria,aku duduk sebelah meja dengan meja makan Adrian ! Gosh ! control je kan aku makan walaupun time tu aku punya perut dah bunyi lagu Mr Simple si Super Junior tu..eh by the way,he is my Mr Simple sebab setiap kali aku jumpa dia,dia sangat sangat sangat simple..shorts and sleeveless t-shirt..rambut pun sikat guna jari je..simple macam tu pun dah kacak tahap langit..belum lagi dia pakai tuxedo or baju melayu..perghhh..boleh transform jadi orang utan kat zoo negara aku...hey ! Mr simple..now,lagu tu jadi favourite dalam ipod aku..hehehehe

Aisya merenung lama tiga helai kertas yang telah dikoyakkan dari buku asalnya yang telah ditampal di papan kenyataan pelajar..kertas yang merupakan diarinya..semuanya berkisar tentang Adrian..Kejamnya kau Bella !


Perlahan-lahan,dia berpusing ke belakang sambil menunduk..di lantai,dia perasan sepasang sneakers ..dilorotkan matanya ke atas untuk melihat tuan punya badan..Saat matanya hinggap dimuka pemilik kasut yang berdiri betul-betul di belakangnya,jantungnya berhenti berdegup..Darah berhenti mengalir dimukanya..


Malapetaka ! 


Adriaaannnn !!


sepantas kilat dia berjalan meninggalkan Adrian yang serius membaca helaian kertas diari miliknya..


" Siti Aisya Rizlan "Kaki yang baru melangkah beberapa tapak,berhenti saat Adrian berpaling dan memanggil namanya..perlahan,Aisya menoleh..


Mata Aisya kalau ikut pandangan mata halus,boleh lihat bintang bersinar-sinar..


Adrian perlahan-lahan menapak kearah Aisya..dibuka beg sandangnya,dikeluarkan sesuatu yang berlipat dari dalam begnya lalu diserahkan kepada Aisya sebelum berlalu pergi..


Aisya yang tercengang terus membuka lipatan keras itu..ini macam....cermin ?
Cermin ?!


di atas cermin itu beserta satu nota..


"Sila cermin muka sendiri - Dhisya Bella"


________________________________________________________________


Feera sudah tak tahu nak buat apa..ajak ke kafeteria,tak mahu..ajak keluar ke bandar juga tak mahu..belajar lagi lah tak mahu..duduk di atas katil,berbaring..serasa ipod milik Aisya itu kalau boleh bercakap,mahu dia terjerit cakap dah penat..asyik ulang lagu sama..Mr Simple,Mr Simple,Mr simple ! nasib baik lagu tu bukan lagu sedih..


"Sya..apa Bella dah buat kat kau ?"


Aisya yang mendengar soalan yang diajukan Feera hanya mendiamkan diri..dengan Bella,dia tak kisah sangat,tapi Adrian ! sanggup Adrian yang tolong jadi 'Pos Malaysia',serahkan kata-kata sinis Bella kepadanya..


bila diamati lirik Mr Simple,memang tak ada kaitan dengan Adrian,si Mr Simple fantasinya..tapi,entah macam mana,setiap kali dengar lagu ni,mesti teringat Adrian..Realitinya,Adrian hujung mata pun tak pandang kau,Aisya..


Aisya menekup muka kembali di atas bantal..


Aku benci kau,Bella ! aku benci kau,Adrian ! Aku benci perasaan ini,dan aku benci kau Diari !


_______________________________________________________


Seminggu sudah episod memalukan dan paling tragis itu berlalu..batang hidung si Bella dengan Adrian tu dah 3 hari tak nampak..sekarang punya visi : 'lantak koranglah !' hehh..


tapi,biasalah..mulut longkang kt kolej ni mana boleh tutup..bila lalau sebelah Aisya je,dia punya torpedo lagi bisa daripada kentut si pak guard gemok tu..tak main perli-perli..semua main straight to the point..bak kata Feera,sebelum pakai tudung nak pergi kelas,sumbat terlinga tu dengan kapas..kurang sikit pendengaran...


Dah call abang Badd atau Baddrul Rizlan aka abang Aisya,mintak tolong daftarkan masuk satu kolej dengan abang..dulu konon nak berdikari,tak nak satu kolej dengan abang..hehhh..akhirnya,pergi jugak duk celah ketiak abang..Panas berasap je dekat kolej ni..Feera dah muncung gila sebab Aisya nak tinggal kan dia..


Abang Badd kata,lusa dah boleh datang kolej..Adrian tu jadi sejarah je lah..lagu Mr Simple tu masih lagi Aisya dengar..tak sanggup pulak nak buang..Suju tuu..kesian Yesung si Aisya..well,si Aisya ni minat si Yesung tu je..


Hari hari lain macam biasa,tak sah kalau tak dapat 3 hingga 4 surat layang yang mengherdik dirinya..si Adrian tu pujaan ramai lah katakan..mak bapak kaya..awek pun kaya..geng pengikut kehulu kehilir pun kaya..cuma dia jarang senyum je..kalau dia senyum,hehh..agaknya,perempuan yang hantar pinangan..biar padan muka si Bella tu..


ayat famous adalah , ''perempuan tak sedar diri,tak guna,perasan,gedik,gila" dan berbakul-bakul lagi..tapi Aisya ? relax semedang..semenjak Adrian tolak dia mentah-mentah,dia dah jadi ais..Boleh dikira dengan jari berapa patah ayat yang dia keluarkan..Feera pun dah tak tahu nak buat apa..

_________________________________________________________

Dicapai buku buku tebal yang dah sama berat dengan pak guard gemok lalu melangkah keluar bilik..Feera dari hujung koridor berlari mendapatkannya..


"kau kenapa ? kalah kelajuan angin monsun aku tengok speed larian kau.."


"Adrian..di..diaaa.." Feera yang tercungap terus meneruskan ayatnya..


"Stop..aku tak nak ambil tahu pasal dia.."Terus Aisya melangkah pergi..cukuplah..dia memang dah guna cermin yang diberi Adrian,menilai diri sendiri..betul kata Adrian dahulu..kalau nak jadi awek dia pun at least ada Sharifah or Tengku kat depan..si Bella tu tak payah cakaplah..bapak dia Ku Nazri..tang nama dia je takde Ku..setakat Siti baik tak payah..


"Macam mana dengan Mr simple kau ?"soal Feera..


"Mr simple aku hanya Super Junior,bukan Adrian..enough is enough..takkan kau dah lupa ?"Aisya terus melangkah tanpa memperdulikan Feera..


Feera tergamam..takkan sampai macam ni sekali ? Ya,dia takkan lupa..memang dia pun ada sekali masa Aisya dimalukan teruk oleh Adrian dan Bella..


Masa itu dia dan Aisya dekat kafeteria..lunch lah katakan..Aisya yang baru ambil mee kari,terus pusing belakang lepas dah bayar..malang mana ada bau,ye dak ? si Bella tu pulak ada kat belakang dia..rapat pulak tu..habis lencun baju Elle minah sorang tu..


siapa tak kenal Bella..kalau menjerit,sampai selatan dengar dia punya jeritan..yang si Adrian yang dah duduk dekat meja terus lari cari mana awek dia..dah jumpa,terus tergamam tengok situasi cemas makwe 'mahal' dia tu..


free je si Aisya kena lempang dengan Adrian..Feera pun tak sempat nak halang..


"Ad ! look here..dia balas dendam kat I,Ad ! habis kotor baju I !" habis je ayat si Bella,si Aisya sekali lagi dilempang..berbekas pipi putih Aisya..


" Hei perempuan ! tak cukup lagi ke ha ? tak cukup lagi kau nak malukan aku sampai kau nak malukan Bella sekali ?! kau cakap dengan aku,apa masalah kau ?! " Tengking Adrian..wajah cool nya selama ini berubah seratus peratus..


" Ini ke Adrian yang saya suka selama ini ?" Aisya bertanya perlahan sambil memegang pipi..


" Hei hei hei..kau siapa nak suka aku ?! Sharifah Aisya ?! Tengku Aisya ?! Kau dengan aku,macam langit dengan bumi ! ada hati dengan aku..eii..hari tu aku kasi kau cermin,kau tengok tak ?!! " Bella di belakang hanya tersengih..


" Sorry,Muhammad Adrian..Give me my way.." pantas Feera menarik lengan Aisya yang sudah berkaca matanya..


" Sya..Its Over..its done.."Feera berbisik perlahan..


Aisya mengangguk..its time to say goodbye..


____________________________________________________________


" Kenapa kau kejar aku lagi Feera ? "soal Aisya malas..


"Mr simple kau..opps.." ayat Feera terhenti bila melihat renungan tajam Aisya..


Feera menyambung," Si kedekut tu dengan Bella excident.."


pantas Aisya menoleh.." siapa kedekut ?"


" Adrian..dia kan kedekut..kedekut cinta,kedekut senyuman,kedekut perhatian..segalanya kedekut." meletus ketawa Aisya mendengarnya..

"Excident teruk ke dia ?" Aisya masih lagi tidak memberi perhatian yang serius..dia leka menyelak buku di tangan..


" Teruk..tapi Bella dah keluar wad..dia calar dekat muka je.."


Aisya hanya mengangguk..


" tak nak melawat dia ke ?" soal Feera..


" next time..bila aku free.."


" tapi esok kau dah nak pindah kolej abang kau.."


"hospital tu tak bergerak kan..nanti aku pergi lah.."Aisya membalas bosan..


" geng aku nak pergi petang nanti..join us ?"


Aisya menggeleng,terus tutup buku dan berlalu pergi..


____________________________________________________________


Aisya yang lengkap berpakaian hospital itu menarik nafas berat tatkala melihat badan lelaki yang dahulu pernah memalukannya..seteruk mana pun dia,Adrian pernah berada dalam hati dia..Dia menggeleng pantas..enough is enough..


seorang jururawat masuk ke dalam bilik yang menempatkan Adrian..


" Macam mana dia nurse ?"


" oh,keadaan dia makin lama makin teruk..darah banyak yang dah beku..setakat ini tiada penderma lagi.." nurse itu menerangkan..


" Dia perlukan darah apa,nurse ?"


" Darah O.."


" Saya.Saya akan derma.."


____________________________________________________________


Aisya melirik ke arah jam di tangan..5.30 petang..Dia meletakkan bunga yang dibawanya dari tadi..selepas dia habis menderma,dia turun kembali ke kereta dan mengambil bunga yang dipesan dari abangnya..


Diletakkan bunga itu di atas meja di hujung kaki Adrian..Kad bercoret tulisannya itu,diselitkan juga di celah celah bunga..


Adrian..Thanks for everything..You made me realize how awful this world are and fill up my life with experiences..One thing to remember,PLEASE BE NICE TO ME,and other girls too..Get well soon..Ahaa..don't worry..You're NOT ALONE because your loved ones are all here,besides you..I wanna ask,CAN YOU SMILE ? because your face will be like old granny when you're in anger..hahahaha..thanks for making me stop hoping that you'll BE MINE..alright..till here,MR SIMPLE..
 p/s : Im not MONA LISA but people tell me that Im her clone..Hahaha..


kad yang tidak ada namanya,cukuplah sekadar klu yang diberi..perlahan,sarung tangan getah itu dibuka dan melangkah keluar dari wad Adrian..


____


Mr Simple - Super Junior
Please Be Nice To Me - Kim Hyun Joong
Not Alone - Park Jung Min
Can You Smile - Infinite
Be Mine - Infinite
Mona Lisa - MBLAQ


- First time buat short story yang tragik + dramatik + bukan happy ending..hahaha..emosi sungguh Penulis xD


- This Short Story will be continued in BUKU TIGA LIMA

Abang Afeez Engagement Ceremony in Johor :)

Alhamdulillah..tak lama lagi,aku dapat 'kak sepupu baru'..hahaha...dapat kak sepupu baru satu kepala ngan aku pulak tu xD on 17th september,abang apeez aka my cousin dah berjaya ,mengikat tali pertunangan dengan kak Noor shuhahdah..note : aku amek masa 3 jam nak ngafal ejaan ni..wahahaha..masak abang afeez aku nak akad nikah nanti xD







gambar pertama : tema -> Pink Hijau..err..gua mesti bawak cincin dengan duit punya lah..hahahah ~ itu memang tak dpaat disangkal..bukan sebab benda tu cantik tapi nanti sebab sume pandang gua..lololololol..

gambar kedua : itu dia 'perrantin laki' yg sibuk dok ''cepat lah dekja snap gambar abang..'' xD sangat tak boleh belah part cadar katil xD INGAT NAK KAHWIN DAH KE SAMPAI PAKAI CADAR PENGANTIN ?!










 Dalam banyak2 ni,gambar mak aku lansung takder..mana ntah mak aku gi..xD tskkk..lepas makan kek perantin,aku terus bisik kat mak aku..

aku : mak..nanti adik kahwin,adik nak bagi hantaran kek dari Secret Recipe tau..

mak : ape ? cakap lagi sekali ? nak kena pancung ?!!

lololoolol..sentap siot mak aku..aku pun satu bengong tak tentu pasal xD nasib baik mak aku control suara..kalau dia terkejut sampai terpekik,mahu kat situ jugak aku kena tunang..gurau ke mana,kek Secret Recipe aku pun ke mana xD





tak perlu aku cakap kat mana aku xD sebab yang O itulah aku...walaupun dah O tapi aku masih lagi tak sedar diri..*background lagu sedih* ye..aku ni,rupa dah lah takde..muka pulak kurang cantik..badan tak usah cakap..makan tak ikut masa..penyakit berlambak-lambak..*hingus meleleh sambil air mata berlinangan*

wahahaha..sentap pulak gua..xD lempang sampai teleng baru tau..






tapi,kalau cantik tapi tak bahagia baik terjun masuk loji je..ye dop ? hehhhh..sila jeling gambar di atas..sila sila..jangan sesegan..buat macam gambar sendirik..lolololol..*makan sambal belacan motif untuk bunuh diri*

masa jenjalan kat speedy ngan parents kat JTC,babah masuk jap kat speedy..abang harry gua duk umah shah alam..tak mau ikut balik kampung..babah nak cari dvd kungfu-terbang-melayang-rambut-toncet ape bende tak namanya..yang aku pulak,''lalu-lalu'' je depan rak..pastu sekali imbas,nampak box NK..dalam hati,''cehh..gua 77 tahun lepas dah beli..''..sekali ada girl sorang ni capai box NK ni pastu cakap kat mak dia ''mama mama..NK ada the making dia lah..belanja kakak eh ?'' gua macam kena kejutan elektrik tapi rambut tak tegak sebab pakai tudung..xD

bila girl tu dah blah,gua cepat2 gi tempat tu balik..huwaaa..air mata keluar warna hijau beb sebab itu box bukan drama dia tapi the making dia..sepantas petir gua capai satu pastu gi kat mak gua sambil ajuk budak tu cakap ''mak mak..belanja dekja ni eh..'' lololol..girl tu tengok aku serong jee..hahahaha..

mak aku pulak spoil..ada dia cakap ''banyak cantik muka..tadi baru beli novel sampai rm200..ada hati nak beli dvd lagi !'' perghhh..rasa macam nak berlakon jadi bangla susun dvd kat rak beb buat2 tak paham bahasa melayu..terus gi kat babah aku ''bah..belanja dekja ni bah..20 hengget je..'' pastu babah aku cakap..'' okayyyy..'' perghhhhh..gua jeling balik girl tu sambil cakap dalam hati ''mak gua gengster tapi bapak gua banyak lembut hati macam agar2 tahukkk !'' pastu gua tayang2 kat mak gua..itulah..kedekut taik idung kuda !


okaylah..aku nak cas laptop..SAYONARA !

Monday, September 12, 2011

Harry and Me.Zarith ? Kicked Out !

Assalam all :) abg zarith sudah dengan selamatnya 'terbang' membelah benua menggapai cita cita..wahaha..sangat tidak boleh belahh..kalau abg zarith baca ni,confirm dia kata ni ayat aku cilok dari novel -,-

aku rasa,nak ngantar dia sorang je sampai 5 buah kereta~ punyalah sayang dengan mamat sekor tu..macam lah dia tak pernah sambung belajar kat luar negara -,-'' dulu masa sambung dekat OZ takdek pulak mak aku buat drama ayaq mata..yang paling tak boleh belah adalah part mak aku kasik buku resepi..muahahahaha ~~ rasa macam nak meninggal tergelak pun ada jugak..yang dia pun ''mak..resipi nasik ayam ada dalam ni..?'' pastu mak aku balas ''ada nakk..'' lolololol...harry dari belakang ''makk..za..za..zarithh buat salah ke ?" hah hah hah ! free je abang harry kena tempeleng dengan buku resepi mak aku yang super tebal..sampai bapak aku cakap,buku tu kalau buat selipar jalan kat padang pasir,takkan haus punya..lololololol

abang aku fly dalam pukul 5 petang..pukul 3 dah sampai airport..melantak kat burger king..pastu tunggu bakal tunang abang aku,kak sophia ngan family dia sampai..aku ngan abang harry apa lagi,..terus cari kiosk Famous Amos..terangkat di awangan seketika..masa nak fly,lagi sekali buat drama ayaq mata..

tiba turn aku peluk abang zarith,wahahaha..speechless beb..ayat speech yang nak kasik abang aku mula mula buat semua ala ala lawak..pastu bila tengah peluk,terus jadi sendu dan sayu plus pilu..xD buat segan aku jer oh xD pastu bangzar hulur duit kat aku..ecececeyyy..memula macam perempuan melayu terakhir serta adik yang memahami kesusahan abangnya sebab tahu,kalau duk obersi confirm kesempitan wang..tapi bangzar cakap ''ambeklah..dalam bank abang banyak lagi ribu ribu..'' dengan serta merta ambek envelope yang abang aku kasik..wahahahaha ~~

masa abang aku dalam aerotrain,dia mesej mak aku..perghh..wa cakap sama lu..ayat eskem walls beb ! mak aku mula la meraung raung..err..takdelah yang jerit2 tu..just nangis je lah..muahaha..

dia sampai je london ngan tokbabah,terus call mak aku..bila mak aku pass phone kat aku,terus ''bangzar ! dah jalan kat harrods belum ? '' lololol...sangat materealistik <--betul ke aku eja ? xD pastu bangzar cakap ''belum..tengah hari baru nak gerak jalan kat Madame Tassauds pastu nak pi book tiket untuk tube malam karang..'' tsskk..

aku cakap ngan babah..

aku - bah..nanti kita free,kita pi jenguk bangzar nak ?
babah- babah tak free..
aku- takkan lah nak jenguk anak sendiri pun tak free
babah - masalahnya,bangzar tu baru pergi tak sampai 24 jam pun ! nak gi jenguk kejadahnya..bontot dia pun tak panas lagi kat london tu..
aku - dekja cakap, nanti ! nanti !
babah- cakap biar teranggg..


ceh ceh..poyo betul bapak aku xD pagi tadi (pagi isnin) bangzar call kata ''dekja..bangzar tak jumpa lah jaket yang ada 'harrods'..semua jenama lain..bangzar beli kasut je..ngan mafla..okay ke ?'' aku cakap ''beg laptop takdek ?''


dia cakap ''beg laptop kebendanya ~ ni harrods dek oi..kalau beli,sah bankrap abangmu ini..'' xD meleeepassss..aku cakap ''nanti dekja datang ngan babah gi london,dekja gi harrods,tak kuasa dekja nak belikan pape untuk bangzar..'' pastu,boleh dia cakap '' malam ni nak bukak gerai tepi jalan depan rumah,jual balik mafla ngan kasut dekja..'' wahahaha..kejams..


okaylah..nak buat HW..pasni,kita boleh sambung balik semua yg tertangguh..SAYONARA !

Thursday, September 8, 2011

#Tribute - BYE BYE Zarith Harith !

Assalam to all and especially encik Zarith yang surely akan bukak blog ni lepas aku dah tules kat whiteboard dalam bilik dia yang berbunyik ''make sure you open my blog when you reach Acik Amir's house !'' well,Acik Amir duduk dekat Brimingham aka tempat yang bakal en.Zarith belajar ~

To,Zarith..*ni essay english..dalam essay mesti ada dear-dear*

Dear Zarith,my rude plus lazy big brother..

This is me,your only and beautiful little sis :) *abang harry sekeh kepala,tak dapat terima statement yang aku tulis xD*  hows your condition there ? lol..jangan nak gebang..hang baru sampai kan ? lolololol..tapi,sementara masih boleh cakap ni,dekja nak cakap sikit..bangzar sedar tak yang bangzar ni handsome ? handsome sampai kalah Wiz Khalifa ? ughh..bangHarry pun cakap *kat sebelah terangguk angguk*

so,nak buat statement sikit yang dekja ada abang yang hensem gila xD ~ babah cakap abang gerak Brimingham hari isnin kan dari London ? hah ! tolong larr shopping kan untuk dekja ngan bangharry..please ? *wink* bangzar kan hensemmmmmmm ~~ dekja takmau banyak..belikan scarf ke,jaket ke...tamau keychain..keychain tu beli kat kedai runcit depan umah tokbabah pun boleyy..deh deh ? nak belikan handbag Harrods pun boleyyyyyyy..hihihihi..tapikan..bangzar ni sweet tauu..belikan lah beg lappy untuk mr Kacak..yang Harrods pun boleeeyyyyyy..muahahaha ~~


sekian *segala pujian yang bernada hensem dan sweet tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati..itu hanyalah madah kata lol *


To bangzar,satu satunya abang kepada Riri...


disini *background bunyi dendang perantau*,riri nak menyatakan bahawa sesungguhnya riri sangat sukacita bahawa bangzar nak blah gi sambung belajar...supra bangzar tu riri nak pinjam..tapi,riri tak jamin supra tu akan kekal elok..lagi satu,tiap-tiap raya jangan lupa post duit raya..kalau cuti sem jangan balik m'sia..semakkk je..pi balik Indonesia,jumpa nenek..teman dia..jangan suka suka pau babah duit..kitorang pun nak guna duit..nanti sebelum gerak gi Brimingham,jangan lupa belikan riri jersey..yang ori tau ! jangan beli tepi jalan..kalau boleh,dapatkan sign footballer sana..okay? bangzar hensem,post kan riri baju M&M..kat sana murah..tau ? 

bangzar jangan  nangis..ni ayat riri cover sedih..kalau nak sedap,terbalikkan segala ayat yang buruk..habislah duit riri dekja pau bila bangzar takde :(


p/s : HATI HATI abang ! jangan lupa post barang yang dah dipesan ! hehe ~

Am Going to Learn Nihongo

Assalam and Holla all :D Sakit demam-dedar-kejap-sejuk-kejap-panas tak hilang lagi..:( Tokbabah called me just now,of course..Its not Tokbabah without 3g xD Tokbabah bawak beberapa berita tentang sepupu sepapat seangkatan sezaman,well,its not tokbabah without a moving teleport xD 

teleport ? hahaha ! telephone + report xD okay-okay..beralih kepada topik ~

What is Nihongo ? It is Japanese langguage..dewasa ini,*ayat karangan* kita boleh melihat bersepaah sepah bebudak yang pandai Hangul..Hangul ? Hangul adalah Korean Langguage..tapi,malangnya mereka sengaja eksen macam tahu bebenorrr je..kak sepupu aku yang dulu belajar kat Korea,balik Malaysia tapi takdelah sekronik bebudak yang tak hambek kelas Hangul lansung,perghh..cakap Hangul non-stop beb ! *maaf..perkataan beb takleh guna dalam karangan*

Aku bangge lah jugak bebudak sekarang ni pandai banyak bahase sampai kat borang darjah satu pun bila qs tentang bahasa,kita boleh fill up ''BM,BI,Hangul,Chinese,Arab'' hambekk..tak ke muntah cikgu yang nak amek bebudak darjah satu tu ? Tapi kalau setakat Hangul kau tahu ''Annyoenghaseyo,Yoebseouyo,gumawo,noeu,deaga,keourom,saranghae dll'' baik tak payahhh..anak buah aku dajah satu pun pandai xD maaf kalau roman Hangul aku salah :)

Dalam family Terengganu aku,aku ada 3 orang yang fluent dengan Nihongo dan seorang yang fluent dengan Hangul -> yang sorang tu lah pi further study kat Korea..family Singapore,ada 12 orang fluent dengan Nihongo,3 orang fluent dengan Spanish,dan 2 orang fluent dengan Arab..memang takde family S'pore aku yang fluent Hangul sebab nak belajar Hangul ni ingat senang ?! setakat tengok drama korea pastu kau buat status dekat FB ''Annyong ! aku dah fluent dengan Korean Langguange'' baik tak payah xD 

Yang aku ni tetiba nak belajar Nihongo sebab tadi pergi bookstore..nampak buku teks + guiding book + learn writing + easy translation + first step + quick learn yang semua-semuanya untuk ''Beginning in Japanese''..tengok harga,satu set buku2 tu semua rm699.90..agak murah kalau nak dibanding kau belajar Arabic..Ayah aku beli first guide in Arabic satu set ada 8 buku semua rm899.90..

pastu,aku call tokbabah..tokbabah cakap tak payah beli,rumah dia ada set untuk belajar Nihongo..hehhhh..cerah masa depan beb ! hah hah hah ~ tokbabah cakap kalau amek class lagi senang nak belajar..ada orang tolong ajarkan..aku cakap,nak gi tengok wayang pun punyalah malas inikan lagi pi kelas luar..alamat burn je nanti duit..xD

tanya bapak aku,bapak aku kasik..yeehawwww ~~ lepas ni boleh buat novel japanese version pulak..lolololol..*cakap ngan dirik sendirik* kau start belajar pun belum lagi xD 

aku - ''Lepas dah fluent Nihongo,nak belajar bahasa apa pulak ?''

abang Zarith - ''Bahasa Arab..''

aku - ''sebab ?''

abang zarith - ''itu bahasa kubur..''

aku - tskkk..tetiba insaf....xD

okay okay..nak kongsi sikit kat sesapa yang tak tahu..aku baca news online tadi..pastu nampak something best..dalam hati,tergerak nak pi jumpa abang zarith ngan abang harry..mesti mamat dua orang tu tertonggeng menahan pilu..muahahaha ~~

sekali,masa sampai kat bilik,betul weyhh ! abang2 gua serupa bapuk jual asam boi berlinangan ayaq mata duduk depan lappy..hah hah hah ! nak tahu kenapa ? ''HEECHUL MASUK ARMY !'' lolololol...

Heechul beri kenyataan yang lagi dua tahun,dia nak jumpa balik peminat2 dia..lolololol..

aku - ''kok ye lagi dua tahun dunia belum kiamat..''

abang zarith - ''Nur Zaidatur Najihaaaahhhhh !!''

aku - 'll keep my mouth shut xD

aku jengok lappy,lorhhhh..tengok MV Suju xD kesian abang2 aku..tertonggeng tonggeng menahan sebab di hati..hahahaha

okaylah..nak layan Mr.Simple..SAYONARA !

Wednesday, September 7, 2011

Suri Cruise and Bi Rain Malaysia's Version

Assalam all :) yeahh..aku buat entry ni disebabkan request dari cik2 Jejerk yang inginkan bukti kukuh selepas aku mengatakan ''weyhh Jejerk..aku ada anak buah muka macam Suri Cruise ngan Bi Rain..percaya ?'' semestinya,''TIDAK..'' LOLOLOLOL

Walaupun muka bebudak aka anak buah aku ni sikit pun tak ikut muka aku,tapi tak kisahlah..dia ikut gene maknye aka kak sepupu aku yang putih melepak macam orang cina ( well,tak boleh nak cakaplah..dah memang kitorang keturunan cina..aku jek dapat gene bapak aku yang cekelat xD) dan gene ayahnya yang juga putih melepak sebab orang ganu..


Gambar budak pakai baju merah tu seperti yang sudah sedia maklum adalah anak kepada Tom Cruise dan sape tah nama isteri dia..yang siap dengan sunglasses tu anak buah aku ; Zara Aesya Mohd Edzlan aka Zara the dora explorer..hahahaha ! part dora tu sebab dia suka nengok kartun tuh..


Maaf..gambar yang aku cilok dari FB maknye si Zara ni gambar pun tak clear..yang kena dukung oleh abang edzlan pakai baju Malaysia tulah si Zara :) heh..*pandang korang dengan hujung mata* anak korang nanti nak muka macam sape ? hahahaha ! mesti semua stok nak anak muka korea..lololol..*cakap orang,diri sendiri pun sama xD*  

aku pernah cakap dengan kak sepupu aku yakni maknye si Zara ni,kalau preg lagi,tengoklah drama korea..bangge siot kalau muka anak buah ada serupa mat2 korea yang pemes..dengan harapan,muka anak buah ada ira park jungmin xD tapi,ending dia..keluar muka ala-ala Bi Rain :D

Tak kenal Rain ? gila kau ? kau duduk dalam batu ke haper ?! lololol..kalau kenal MBLAQ sangatlah kuno kalau tak kenal Rain sebab Rain adalah tulang belakang MBLAQ..bukan Rain yang nyanyi dalam MBLAQ tapi sebab adik dia ada dalam tu and MBLAQ under company Rain..and,sangatlah kuno kalau tak pernah dengar Full House xD drama tu legend beb ! dulu mak aku minat dia..siap ada poster xD tapi,sejak ada Youngmin ngan Kwangmin,mak aku telah meminggirkan dia xD


Yang baby tu adalah Ahmad Zhafran Mohd Edzlan aka adik kepada si Zara..okay,sekarang,kau fokuskan kepada mata budak tu..jangan fokus benda lain..


Bandingkan ngan mata Rain..heh..memang lah muka tak sama ! budak tu baru keluar perut mak dia..xD mata jer baru terbentuk macam mata Rain..kakak dia lain cerita lah..dia dah besar..sampai sekarang,nama Zhafran takkan dikenali selain dari Mr Rain xD

kak long aku masa ngandung selalu aku kasik dia nengok SS501..kut lah termelekat macam muka salah sorang member SS501,gila bangga lah..tapi endingnya,kak long cakap ''ni muka laki ke muka pempuan ?'' perghhhhhh..menusuk ke jantung beb ! lololol..

moral of the story : Hang nak muka anak hang macam sape pun gua tak kesah..yang penting,hang kahwin..kalau setakat baru tingkatan dua,baik hang ppikir belajar dulu..tak payahlah hang ikut gua berangan nak anak muka Park JungMin..berangan-berangan gua pun,gua tahu realiti macam mana..kang dapat kahwin ngan mat jawa,korea ke mana,jawa ke mana..menangis je lah cita2 anak nak muka korea xD isyy..awat cabuii mulut hang ni dekja ? xD arghhh 1 yang penting,gene Cina aku kuat..:D

Okaylah..aku nak berangan muka anak nak macam mana..SAYONARA ! hah hah hah !! baru tadi nasihat orang,dirik sendirik tunggang langgang xD

Tuesday, September 6, 2011

My BOYFRIEND and I Am The GIRLFRIEND

Assalam all..disebabkan Boyfriend aku,.aku gagahkan jugak menaip walaupun tengah sakit-demam-sakit-kepala-macam-nak-pecah-plus-muntah-uwek-uwek..baru telan panadol 3 bijik tapi kepala still rasa nak meletup..saper setuju kalau sakit kita mesti tengok pakwe kita ?! hangkat tangan cepaaattt ! *tengah angkat tangan* lolololol

sebelum tu,saya ada sepatah dua kata untuk kak sepupu saya yakni Teeya,this speech is for you ; ''Weyhh Ya ! Aku dahhh ketagihhh..hang mai umah aku hari ahad ni siap hang aku cincang2 hang kasik kuda laut makan..hangg tungguuu noohh..''Kata-kata seorang adik sepupu durhaka yang ingin menetak halus halus akak sepupunya yang tua 14 bulan daripadanya xD




Aku tahu apa korang pikir..mesti ; '' eiyyuhhh..muka macam gambar ni ada BF ke ?! mesti BF dia macam muka baldi pecah kan ?'' lolololol..apa ? tak lawa ke muka aku ? HAHAHAHAHAH adoiii..dah sakit sakit pun perasan jugak xD



HAH HAH HAH..kalau aku ada pakwe 'realiti' makan pulut kuning lah korang gamaknyer..ni boyband baru ni..hihihihihi..saya suka dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah..llolololol...nak jadikan cerita,saya suka semua..memang yer kalau kpop kalau aku suka satu2 grup,aku akan suka semua ahli dia..tapi still SS501 berada di carta yang tertinggi..Carta kedua tertinggi adalah Ukiss dan ini Boyfriend adalah yang ketiga..yang ahli grup lebih dari 9/10 orang,maaf..saya tak layan..nak hafal nama satu hal..memang pening xD


yang Boyfriend ni pun dekat 77 jam aku nak ngafal nama dan mukanya..eii tapi serius..layan lagu dia,boleh syok jadi girlfriend diorang siott..lolololol...menjurus ke arah keberanganan xD


masa first aku bukak lagu diorang,abang aku dari dapur lari masuk bilik aku and ''lagu siapa ni dekja ? style !'' heh..tahu takpeeeee...


okaylah..nak layan dvd..SAYONARA !

Monday, September 5, 2011

Perjalanan Menuju Raya Part 3

Assalam all :) ketika entri ni ditulis aku dah kat kampung aku yakni Kota Tinggi Johor..tapi,mungkin posting ni korang baca lewat dari tarikh yang sepatutnya di post atas masalah masalah tahi iaitu line broadband kat kampung macam monyet..sesungguhnya saya dah sepupu sepapat sezaman seangkatan mengalami kanser hati dengan ketahian line yang bak gunung daik bercabang tiga..

Ingatkan line maxis je yang tahi,rupanya celcom turut mengalami masalah tahi yang sama..jangankan celcom,P1 tah ape max tu pun tader line..berasap telinga abang sepupu aku hangkut menatang p1 yang versi broadband tapi besarnya sama dengan anak unta..baik tak payah kata benda tu broadband -,-'' kalau ditakdirkan 2013 ni aku pindah Johor ikut bapak aku kerja,perkara pertama yang aku buat adalah pergi opis maxis dah suruh dia pacak tiang telepon betul2 depan rumah aku..kalau tak,kesian mak aku anak dara tunggal dia maut -,-''


aku bertolak balik Johor malam jumaat tah berapa haribulan tah..masing masing berlumba nak sampai kampung dulu serupa perangai 12 tahun lepas..abang2 sedara yang dari kelantan siap pecut dari kelantan ke Johor semata2 nak sampai awal..sebab apa ? sebab berebut soket plag..rumah atuk aku ada 12 soket plag dan semestinya itu sangat tidak mencukupi..laptop je dah sorang satu..sepupu sepapat sezaman seangkatan je dah nak dekat satu bas persiaran..tu belum part handphone yang masing masing purata 2 bijik henpon sorang..mana tak berebut soket -,-''

akhirnya,Mr Kacak tidak dapat dicas sebab kitorang dari shah alam gerak terus ke Pasir Gudang rumah atuk aku lagi satu..sangat tahi..sampai sana terus kemas2 rumah sana pastu bermalam dekat sana..esok paginya lepas sahur terus gerak ke Kota Tinggi dan bila sampai rumah,semua plag telah di conquer sang jejaka jejaka..keadaan yang sukar digambarkan..sebak dhati tidak usah diceritakan..hanya TUHAN yang tahu..


Keadaan tambah parah bila line internet sangat mendukacitakan..mengucap panjang sahaja lah..berserah kepada Tuhan..esoknya,Tokbabah sampai johor dari Singapore..terus menginap dekat Hotel Grand Paragon,JB..ciri ciri Tokbabah yang sukar dikikis yakni,suka membazir wang duduk hotel 7 bintang daripada bagi duit tu kat cucu cucu.. xD bayangkan,satu malam 6 ratus ! dia bagi duit raya kat cucu2 baru 50 ringgit..bila tanya ''Tokbabah punya duit dalam bank melambak,keluarkanlah sikit bagi duit raya lebih..'' boleh dia balas ''habis tokbabah tak boleh enjoy ? banyak cantik..tokbabah siang malam kerja,mestilah tokbabah enjoy ngan makwe baru..'' nak je aku hantuk kepala atuk aku kat dinding..boleh pulak dia kata Britney Spears dulu pernah hantar surat cinta kat dia ~ xD nasib Tokmama sporting..

So,aku yang merangkap pengikis duit Tokbabah aku yang paling setia dari sulu sampai sekarang gi jugaklah kat JB jumpa Tokbabah..Tokbabah aku pun jalan pakai tongkat sekarang sebab baru lepas excident dekat Puchong hari tu..sampai2 je dah buka..boleh dia makan sedap2 pastu dia order pizza je untuk cucu2 dia yang segerombolan nih..perghh..punyalah tersentap jiwa raga..dengan linangan air mata,telan jugaklah pizza tu..siap kena sindir lagi ,''kira syukurlah buka dgn pizza..orang dekat Somalia tu tak buka pun..buka minum air liur je..hantar pi Somalia baru tahu..'' terus kesat air mata dan makan dengan rasa syukur sebab baru lepas ditazkirah..xD *lupa pulak nak snap2 masa kat hotel tu..*

dah pukul 10 malam baru gerak balik Kota Tinggi..Tokbabah ngan TokMama tunggu abang sedara aku yang belajar kat UK 3 orang dekat airport pukul 3 pagi..so,kira mereka berlima balik Kota Tinggi pagi besoknya..Atuk aku sampai aku dah takde kat rumah..dah melepak dekat padang futsal bersama sepupu-sepapat seangkatan sezaman..bukan main futsal pun,saje datang menepek tengok orang piling banglo atuk aku yang tengah buat sekarang ni..membazir sungguh atuk aku..apakah motifnya buat banglo besar2 sampai 3 tingkat siap ada rumah orkid sedangkan nanti balik Singapore jugak ? hmmppff..




 Muka ceria riang ria aidilfitri sebab on the way gi pasir gudang..hihihi..sajerrr singgah Jusco Tebrau City..hihihihhihi..bodek babah pergi JTC kata nak cari kasut..Babah cakap,dekat bandar Kota Tinggi pun ada..tak payah jauh-jauh nak beli kasut..hehhh..sekali kenyit mata je,babah cakap ''Siap lah cepat..Babah ajak Mak..'' Tadaaaa ~~ sajerrr ngada nak pi JTC sebab dia punya Speedy besauuu gilerrr..dia punya Harris Bookstore pun besaauuuu gilerrrr..aku kalau pi sana,aku mesti bawak ubat penenang..kalau tak,sawan khinzir jawabnya..


Pastu tetiba Mak saya baik hati belikan saya jam tangan..<--waaahh..ayat minta tapak kasut..-,-'' sebenarnya,aku yang bodek..lololol..Malamnya,ada projek MEGAAA ! jeng jeng jeng...


kak2 sedara aku si kembo Shahira md Tap and kak kembarnya,Shahida Md Tap atau lebih dikenali sebagai Ra-ei dan Da-ei sampai kampung terus serbu bilik aku..er,well..nama Ra-ei dan Da-ei tu terbalikkan dari Ira dan Ida..aku ? Ja-dek..:) lololol..bang2 sedara sume kata nama aku nama makhluk asing..-,-'' yeahh..nama kami sepupu sepapat seangkatan sezaman semua diterbalikkan :D comel bukan ? *bunuh diri*


lepas serbu bilik,terus ambek Mr Kachak dan cabut bateri..sementara itu,ambek charger lappy dan terus on Mr Kacak..muka semua misi jahat..lepas dah tutup lampu,semua muka berdebar-debar..maklumlah..dah lama tak buat 'kerja kotor'








semua meniarap dekat kaki katil..huhhh..apa yang kami lihat ?! lololololll..kitorang tengok Sucker Punch lah..pastu tengok Marry me,Mary..hah hah hah <--gelak semput..Habis tengok semuanya dalam pukul 4 pagi..tapi,MMM tak sempat tengok habis..kitorang sambung time tengah kacau dodol malam esoknya..itupun pukul 4 pagi tutup lappy sebab dengar Mak cik aku jalan kat luar bilik on the way gi tandas..takut kena serbu xD




Eceyyyy Pagi raya...~~ yang bilik terbukak tuh abaikan..anda boleh lihat bertapa berkecahnya bilik saya xD Saya bersama puan Mak :) my bestfriend ever *mata ada love love*  Ingatkan nak ambek family potrait..tapi,Babah dekat masjid lagi..oh ya,Abang2 saya tak jadi beraya dekat Terengganu sebab atuk terengganu saya kata nak beraya kat N.9..so,mereka2 terus balik Johor..padaaaannnn mukaaaa...




Lepas balik raya terus mengadap kartun xD macam tak percaya je doh diorang ni dah tua bangka..xD Tapi yang baju biru tu pakcik aku xD kitorang panggil dia,Papa Rock ! lolololol




Makin lama,makin ramai jekk dekat depan dapur ni ngadap TV cinonet..yepp..kami panggil ni TV cinonet..TV dekat ruang tamu depan tak bukak sebab nak buat tahlil dengan ruang tamu..Yang baju hijau dok tepi almari tu abang sedara aku a.k.a abang Apis a.k.a Afiez Lokman a.k.a hang kong yang 17/9 ni nak bertunang..yeehhawww..bakal tunang dia cunn :) sampai babah aku pun layan tv jugak xD






Dah prepare nak start tahlil..yang pakai purple pekat tu mak ngah aku and baju pink tu anak dia a.k.a akak sepupu a.k.a Kak Nana..







Apa lah mak aku..posing ular pulak..hahahah..tu kes nak tengok belakang tapi tak sempat lah tu xD..yang perempuan pakai baju kurung lagi satu tu Mak Cik aku..dah habis nama gelaran..ending,dia yang dapat gelaran Mak Cik..siann..sebelah dia yang gempal sikit badannya tu anak dia yang last,Bakri a.k.a adik sepupu aku..sebelah dia yang tengah peluk dia abang dia yang second a.k.a Angah Harris..kitorang memang panggil dia angah Harris xD dah taktau nak panggil apa..yang duduk atas sofa tapi tak menyandar tu along dia a.k.a Along Zacky xD yang menyandar tu pulak Pak Tik aku a.k.a ayah diorang ~




Yang ni si kembor Ra-ei dan Da-ei..ngek ngok je oh abang aku tangkap pic ni xD aku ? kat dapur melantak lemang xD




Sempat lagi tu culik anak buah sendiri xD yang baju purple tu abang sepupu a.k.a Madi..Madi tu nama keluarga..kitorang2 je panggil dia ngan nama tu..nama betul dia Azieb lokman..yang baju biru si kecik tu Danish si Ustaz..lololol..kitorang panggil dia ustaz sebab dia tak pernah berenggang dengan dia punya songkok besar tu ~


okaylah..lepas ni,kita sambung pasal acara kedua yakni,acara kacau dodol !! SAYONARA !