Amazing People :D

Sunday, May 22, 2011

Fakta : PERKARA YANG NORMAL BILA MENGINAP DI HOTEL


::Tiara Beach Resort ::



Alright alright..korang mesti tertanya tanya mengapa dan kenapa tetiba aku jadi Mak Bedah cerita pasal fakta-auta ni..( err..part mengapa dan kenapa tu abaikan..bunyi macam pembaca berita jer..)
 
sebelum apa apa,aku mintak korang jangan percaya yg dekat atas tu gambar aku yang snap..sebab aku tak pernah pun jejak kaki kat atas tu..Tapi Tiara Beach Resort tu dah pergi lah..ngehngehngeh..
Tapi,one thing kalau pergi hotel or resort or chalet or what ever,kita mesti buat something ni..something ni pun kadang kadang kita tak sedar lansung..( sebab mungkin dah biasa..kehkehkeh )
 
 
1 ) Bila nampak pintu gerbang hotel yg menyatakan welcome or whatsoever,kita mesti akan kejut seluruh isi dalam kereta..something like ''weyhh bangun bangunn !! dah sampai ni !!'' yang sekaligus menampakkan keterujaan nak keluar and nak cari swimming pool..takde nye orang pergi hotel cakap macam ni ,''alahh ! dah sampai ke ? tension ! duduk dalam kereta lagi best..''
2 )Pantang nampak benda pelik sikit dekat lobby,mesti dia punya kecoh semacam..lagi lagi bawak tok ngn nenek..dia punya snap tu,dekat satu patung dah nak dekat 50 keping..kalau boleh nak bawak patung tu masuk bilik hotel,senang nak snap snap..
 
 
3 ) Mesti berebut nak masuk dalam room..salah satu faktornya,nak letak kad yang digantung dengan kunci tu dalam slot..dimana kad tu diperlukan untuk menghidupkan lampu bilik..paham tak ? tak paham ? tak dapekk den na nolonggg..faktor kedua,nak menghayati room yang super cantik + indah + harmoni sebelum di'kerja'kan sedara mara sampai bilik tu jadi kecah..lepas dah kecah,tak dapatlah nak kemas macam mula mula tadi...kecuali room service datang..heheheh
 
 
4 ) duduk atas katil king dengan berhati hati dan memasukkan kaki ke dalam selimut tanpa membuka selitan selimut tersebut..hasilnya,kita seperti berada di bilik di-raja..ngehngehngeh..almaklumlah..bilik sendiri kat rumah tu macam hutan Amazon..kalau tengok bawah katil entah entah ada anaconda syok tengah landing..lagipun,baru nak start berangan,mesti dah kena jerit..''Peahhh ! kau tak payahlah berangann ! kau tolong mak pasangkan cite hindustan tu lagi pekdah..'' kan kan ? 


5 ) bukak almari seluas-luasnya dengan muka bersinar sinar..berangan konon konon baju korang banyak dalam tu..padahal kosong jer..lepas tu gantung korang punya baju dalam tu sehelai demi sehelai..sampai beg tu kosong..gaya macam nak duduk sebulan jer padahal esok tengah hari dah nak check out..masalah nak kemas balik..
 
 
6) memastikan bahawa kau org pertama masuk toilet dan merembat segala jenis botol shampu yg comel comel..dengan sanitary pad pun  kau rembat..dengan alasan,dekat rumah takde sanitary pad..ngahngahngah...tu belum masuk plastik cover rambut yang warna hijau tu..hahahah..takde keja kau dekat rumah nak pakai plastik cover rambut tu...udah macam doktor baru keluar operation theater..
7 ) lepas tu memang tak tunggu lama..sarung swimming suit,terus terjun dari balkoni hotel masuk dalam swimming pool..err pastikan bawah balkoni kau tu swimming pool..jangan kau terjun bawah dia tanah..alamat sah berderai kepala kau..and lagi satu,pastikan kau punya room dekat floor 1..jangan kau terjun bilik hotel kau tingkat 17..tu bukan ke swimming pool tapi ke alam barzakh namanyaa..
 
 
8 ) malam malam memang tak lekat bilik lah..merayap tepi pantai macam dalam drama..angin sepoi2 sambil main mesej..ecececehhh..pastu kau nampak kelibat hitam,tak cukup tanah kau lari..padan muka..hahahah..
antara yang paling ketara : setiap sudut hotel kau nak snap..kan kan kan ?
 
okaylah..wassalam..aku nak tidur..bye bye !

0 comments: