Amazing People :D

Wednesday, May 25, 2011

-Bab 15-




:: Aira's Edition ::
Cuti dua minggu ! Huwarghh..Aku memang gila tak ada mood nak belajar kalau duduk kat kampung..Tahun ni raya awal..bulan 7 dah raya..Aku dah terdampar dekat Bukit Chandan,Perak ni dua minggu...Nasib baik tak syahid sebab tak jumpa Jejerk..kalau dua minggu cuti sekolah,lepak rumah,boleh lah lepak dengan Jejerk..
Benda pertama aku capai masa nak balik kampung hari tu,Gitar dan laptop..Yeah..dua benda tu tak ada,sah mak aku kena cari kain kapan 4 meter untuk aku..
Skrin Laptop HP warna putih masih lagi bernyala..Lampu Broadband terkelip kelip menandakan internet masih bernyawa..tangan masih tak berhenti menaip..menaip tergelak menaip tergelak..itu lah kerjanya daripada selepas makan malam tadi..tak kuasa nak duduk dekat ruang tamu dengar orang tua tua berbual..Sepupu sepapat sedara mara masih lagi melepak di pangkin di depan rumah..almaklumlah..Esok raya..
Ditoleh kearah almari yang terbuka..tergantung baju rayanya warna purple gelap..Aira tersengih..Plan budak Jejerk..Raya rahun ni semua warna purple..Sudah macam boria..Tu belum bab purse,beg dan beg sandang laptop..semua sama colour dan sama brand..semaangatt!
Bosan ! Rindu Jejerk !
Keluhan daripada Aira..'Tak boleh jadi ni..'


Dicapai beg gitar di tepi katil..Berbunyi loceng yang tergantung bersama keychain dari Singapore..dikeluarkan gitar warna putih dan emas miliknya..Dibetulkan kedudukan gitar itu di atas sila..selesai mencari tune,diletakkan jari jemarinya di atas string..senyuman kecil terukir dibibirnya..
'Miss you a lot,Jejerk'
Tangan mula bergerak di atas tali gitar..
I used to think that one day we'd tell the story of us,
And how we met
And how the sparks flew instantly
And people would say they're the lucky ones


I used to know my place was the spot next to you,
Now I'm searching the room for an empty seat
Cause lately I don't even know what page you're on


Oh, a simple complication,
Miscommunications lead to a fallout,
So many things that I wish you knew
So many walls up, I can't break through 

Kalau orang dengar ni,sah orang kata aku angau dekat pakwe..Banyak cekadak kau pakwe..kalau skandal pun tak boleh..tak menepati piawaian..

Yeah..Gaduh gelak gaduh gelak..sementara aku boleh ber'gaduh' dan 'bergelak ketawa'..Ada masanya nanti,our ambition is the most important thing and yet,our friends will be the last thing on our list..Semua melangkah dengan langkah yang besar meninggalkan bumi tanah tumpah darah..


Kau dah mula merepek,Aira..




Now I'm standing alone in a crowded room
And we're not speaking
And I'm dying to know
Is it killing you like it's killing me, yeah

And I don't know what to say since a twist of fate,
When it all broke down
And the story of us
Looks a lot like a tragedy now




Heh..tragedy ? Seram ! tak boleh dibayangkan bila nanti dah kelek anak,jumpa Jejerk kat supermarket beli sayur kobis..terserempak tapi tak kenal..

'Eh..maaf terlanggar..'
'Tidak mengapa..err..muka kamu familiar..'
'Oh ya ? pelanduk dua serupa barangkali..'
'Saya rasa muka kamu macam muka kawan lama saya..'
'oh ya ? di mana dia ?'
'Tak tahulah..'


OhMYgeee ! padahal aku tengah cakap dengan Leeya..gila..


Merepek kau ni Aira..let it be like this,Que Sera Sera..what ever will be,will be..the future is not ours to see..


How did we end up this way?
See me nervously pulling at my clothes
And trying to look busy
And you're doing your best to avoid me

I'm starting to think one day I'll tell the story of us
How I was losing my mind when I saw you here
But you held your pride like you should have held me




Oh, I'm scared to see the ending,
Why are we pretending this is nothing?
I'd tell you I miss you but I don't know how
I've never heard silence quite this loud


Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah berangan apa akan jadi dengan Jejerk nanti bila dah besar..segala kenangan dengan Jejerk,bila diingat semula,memang melucukan..nak ingat formula math punya lah susah..tapi,kalau kenangan merapu lagi merepek dan kanak kanak ni,senang pulak nak ingat..


Tak jadi hendak meneruskan lagu..Telefon bimbitnya bergetar..ada pesanan masuk..




- Selamat Hari Raya,Siti 'Umaira :D aku mintak ampun segala salah silap aku kat kau..kau jangan ambil hati kalau aku ada salah dengan kau..ambil air syabas,buang air loji..okay ?




Tersengih..hampeh punya Risha..skrin laptop ditutup..gitar dialihkan..


jari sudah laju membalas mesej dari Risha..


+ Yeah..back to you miss Arisha Shaheera..


mesej dihantar..2 minit kemudian,mesej diterima kembali..


- Skype ?


+ yokk lah..hantar memo dekat Jejerk..


- Yezza !


skrin laptop dibuka kembali..


Skype dengan Jejerk ! oh yeah!

2 comments:

Sabrina Wan Azam said...

saya suka saya suka !

Coretan.Hati.zaydatur said...

akhirnyaaa..guna jugak nama kau..ngahngahngah..