Amazing People :D

Thursday, April 14, 2011

-Bab 5-

                       




'' Pen aku mana ? Ada nampak pen aku ? '' Si Danial Azraei dah buat kempen..jalan merata tanya sesiapa ada nampak pen dia ke tak..Manalah orang nak nampak pen dia..dia yang letak sepah sepah..

''Pen jenis ?'' Baik hati lah pulak Si Alvin..

Gempak jer lebih..nanti jawapan dia mesti 'tatau'..

'' Pilot..Blue ink..ada nampak ?'' Mana lah pulak pen aku ni..time cenggini pulak nak hilang..Cuba dari rumah hilang..senang aku tak payah datang sekolah..

'' Tada nampak..Pen saya juga hilang tatau pergi mana..tapi tadi nampak juga..ada dalam dustbin..Tada mahu ambil..banyak kotor..'' Heh ! keluar dah slang India..nak dengar cakap pure melayu memang agak susah lah budak budak kelas aku..kalau tak tahu nak cakap macam mana,Baru guna English..Time tu baru semua macam Burung Belatuk..Terhangguk hangguk paham..

''Amboi ! Meriahnya kelas ! macam dekat pasar ! '' Ahh sudah ! Form teacher dah masuk ! 


Dalam masa tak sampai satu minit,semua dah transform jadi skema..Bagus punya act ! 

''Tahu tak,saya jalan dari bilik guru,saya dah boleh dengar dah awak punya jeritan..Terpekik pekik..kawan awak pekak ke sampai kene jerit ?''

kalau tak jerit tak dramatik,cikgu..

''Awak tahu tak ? Kelas aras atas dah complain pasal kebisingan kelas awak ? TAHU TAK !'' AHH..sudah naik volume..

Tadi tatau..tapi baru cikgu bagi taw,saya tau dah..

''Monitor !''

''Selamat pagi cikgu !'' Gaya penuh habis berdedikasi lah tu..Dia tak tahu,Pilihan raya kelas lagi sekali,semua nak gulingkan dia..Monitor paling tak beretika dalam sejarah..Kalau kelas buat bising,dia pun join..

''Pagi ! Jangan duduk !'' 

''Apekehe cikgu ni ?'' Tanya Leeya..

''Angin ahmar kot..'' Buat lawak pulak si Amy ni..Kang kau yang kene angin ahmar sebab cikgu tu bagi pelempang,baru kau rasa..

''Siapa tak hantar buku karangan lagi ?'' Fuh ! dah mula keluar aura gerun..

''Ek ! aku lupa hantar semalam..habislah !'' Dengan ini,Meninggal lah kau wahai Wiyah !

''Saya tak mahu cakap panjang lebar,sesiapa yang tidak hantar buku karangan atas meja saya sebelum balik,saya masuk E-Disiplin ! Dah,Duduk !''



           ''Sapa yang dekat luar tu ? '' Tanya Afif Syamil..Kepala dah tertoleh toleh ke luar pintu..Ada seorang pelajar lelaki,beg coklat tengah merayau dengan mak dia depan kelas 1Zuhud..

''Jap..aku pergi tengok..'' Sela Ajix..

Masa dekat pintu,dia pun tanya dekat mak cik a.k.a Mak budak lelaki tu..

'' Mak cik,Mak cik cari apa ?'' Heh ! Baik wor nada..kalau tak kenal mesti orang akan cakap,'Budi bahasa sungguh..sudahlah muka kacak..Untung Mak Bapak..''

''Kelas 1 Zuhud..Anak makcik transfer masuk kelas 1 Zuhud..Adik tahu dekat mana ?''

''Oh ! Inilah kelas 1 zuhud..Masuklah..'' Budi pekerti boleh buat budak budak yang tengah berkumpul kat dalam tu buasir siot..Tak pernahnya si Ajix berpelakuan macam tu..

Budak lelaki yang entah apa nama dia pun melangkah masuk dalam kelas..Kerek gila gaya jalan..

Dia duduk depan Risha dengan Aira sebab kebetulan Meja depan memang kosong..

''Assalamualaikum..'' Wah..baik punya orang..boleh rekrut masuk group nih..

''Waalaikumussalam..Dari sekolah mana ?'' Gaya peramah habisan,Aira bertanya..

''Asrama,dekat Klang..''

''Kenapa pindah ?'' Tanya Ajix..

''Kene ragging..'' Udah muka sedih lah pulak..

Hek ? what the ? Ragging?

''yeke ? Isy isy isy..'' Getus Risha..

Aira,Amy,Ana,Leeya,Wiyah dan Risha dah tersengih jahat..

HEH..Kau ingat kau pindah sekolah,kat sini kau tak kene ragging ? silap besar..

''Korang pikir apa aku pikir ?'' Tanya Danial..Aura Iblis dikenal pasti..

''Pikir pikir..Tapi slow slow..'' Sudah gaya macam nak pergi berperang pun ada jugak..Wiyah tersengih..

Kalau exam gaya macam ni kan bagus..siap ada perancangan..Kalau buat benda tak berfaedah,siap kadang kadang guna year planner lagi..kalau belajar,tunggang langgang jer semua..

''Right on..'' 8 suara bersetuju..

Kriiingggggg !!!


''Rehat rehat..Yok ! Lapar..''

'' Ada menu apa kantin hari ni ?''

'' Mee kari .. Nyum Nyum Nyum ! '' Heh..Risha..Kalau makanan,Hidup !

''Yok ! perut aku dah macam baldi pecah jek bunyi..'' Boleh tahan jugak si Aira..Nampak jer melidi..

8 pasang kaki menuju ke kantin dengan sembang dan perancangan jahat yang masih tak sudah..

2 comments:

Iylia Balqis said...

aq baru je bce bende ny ...
mean bab ny ...
bende ny sal kelas kaw ek

Coretan.Hati.zaydatur said...

kalau peristiwa2 tu semua real tapi di-edit..nama nama pun ada yg diedit tapi kebanyakkan adalah nama sebenar..yupp :D