Huh ! Rasa macam dah lama je tak bangun lewat,pergi sekolah sesi petang.Kalau dulu waktu abang pergi sekolah petang,cemburu la pulak dia bangun lewat.Tapi kenyataan,penat dan panas ! cepat lah balik.Tekanan sungguh !
Menatang apa Orientasi ni pun aku tak tahu.nasib je lah.
Mana ntah dewan sekolah ni.lain kali letak lah papan tanda.
Banyak komen kau Risha.Buat sekolah sendiri lah !
Itu namanya hak pengguna!
Kau dah berapa lama tak sekolah ni,Risha ?
Bising !
''Pelajar baru ? Tingkatan Satu ? ''
'' Ye,Ye'' jawab Arisha dengan penuh semangat.Heh ! baru nak tanya ? sapa yang lantik dia ni jadi prefect ?
'' Ikut saya ''
Entah kat mana mak cik pengawas ni bawak aku pun tak tahu.sekejap belok kanan,sekejap lalu titi.Tak sangka,macam taman budak budak pulak sekolah aku ni.Pondok bacaan pun bercorak cendawan.
'' Baiklah,saya hantar sampai sini.Adik jalan terus je sampai jumpa pintu besar and tulis dekat situ Orientasi Tingkatan Satu.Boleh kan ? ''
'' Kalau sesat macam mana kak ? '' Heh,Risha.Sejak bila kau jatuh daulat jadi penakut ni ?
'' Tak punya.Kat depan dah ramai orang.okay ? ''
'' Okay okay.Terima kasih,kak ''
Arisha Shahira terus melangkah menuju ke 'Pintu Besar' yang digambarkan Pengawas yang membantunya tadi.Kalau Pengawas tu tipu,aku sumpah dia jadi sesumpah !
'' Arisha ! Woi ! Menonong macam baru balik pasar,apahal ? ''
Siapakah makhluk Tuhan yang dengan tidak sengajanya minta kaki ku ini ?
Tika Arisha menoleh,fuh ! Nasib baik kawan.Patut suara macam pernah dengar.
Diorak langkahnya menuju sahabatnya yang bertuah dua orang tu.Tersengih macam lawa saja.
''Awal sampai.Korang je ?'' Tanya Arisha,pantas.Nasib baik dia tidak keseoranga.Kalau sesat,naya ! sesat ramai ramai kan bagus.
'' Tak.Aku keluar teman mak cik ni pergi tandas.Dah ramai dah sampai.Aira dengan Amy dekat dewan.Ana pergi beli air kut.'' sahut Wiyah membalas pertanyaan.Rabiatul Adawiyah.Susah benar nak sebut nama dia.
'' Sejak bila aku jatuh darjat jadi mak cik ? agak sikit.Lawa ni ! Saham tinggi lagi'' sahut Aleeya tidak mahu kalah.Heh..sesuka hati ja !
'' Sudah ! Panas ni.mana dewan ?'' Bergaduh saja budak dua orang ni.kalau gaduh pukul tak apa lah.Ni siap tarik tarik tudung.Lepas tu nanti nangis.
Arisha lantas menarik lengan teman nya dua orang itu.Nak tunggu diorang jalan waktu gaduh ? Haram ! Selagi tak dipaksa,bergaduh saja !
Melangkah ke dalam dewan besar itu membuatkan Arisha ternganga.Mak ai ! Tan Sri mana buat sumbangan kat sekolah ni ? Pagar sekolah tadi macam nak roboh.Sekali masuk dewan dia,Fuh ! Kelihatan rakan mereka lagi tiga orang sedang duduk menghadap air di tangan.Aira,Ana dan Amy ! Nama tak nak kalah.Triple AAA ! macam bateri kipas opah aku.
Nama timangan saja gempak.Nama penuh normal je.Aira atau nama penuhnya,Siti Umaira Ahmad Azam.Klasik tapi orangnya sangatlah tak klasik.Fesyen up-to-tarikh ! Isma' Adriana atau dipanggil Ana.huh ! Nama ala arab tapi disuruh paggil HYpe.Nak panggil ? Kirim salam ! Yang lagi sorang kira suit nama betul dan nama timangan.Amy atau nama penuhnya,Amilea Hashim.Orangnya tinggi melangit.Suruh sertai ujibakat jadi Model,tidak mahu lah pula.Hmm.Entahlah ! Yang digelar 'mak cik' itu nama nya Sharifah Aleeya Aleefa tapi panggil Leeya saja.Panjang sangat nama !
Meneruskan langkah menghampiri mereka.Semua masih tersenyum.Diam seketika.Satu..Dua..Tiga !
'' Weyyy !!!! Cerita hot !!! '' Heh..agak dah !
Kalau duduk berenam,begini lah jadinya.Buka warung Teh.
Tengah hot cerita nak disampaikan,datang pulak satu guru yang bila dilihat dari atas ke bawah,mesti akan terlintas,Cikgu ni datang dari zaman bila ? Pakaian punya lah,hmm..citarasa yang 'baik'.
Yang diberi tumpuan di hadapan,yang 'menyapa' pula di belakang.
'' Pelajar ! Rambut panjang ! Mana boleh ikat begini ! Suruh kawan tolong tocang kan rambut ! Cepat ! Baru masuk sekolah dah buat hal disiplin ! '' jerit seorang guru.HEH ! rambut dia yang macam kebun bunga kat Cameron tu,kitorang tak kisah pulak..? pendek akai ! ''
Aira sudah berasap.Cuma asapnya hanya boleh dilihat dan ditafsir oleh kami berenam.Dengan muka yang skema habis,
'' baik,cikgu '' jawab siap harkat.Nada perli mungkin.
''Aira,meh sini,aku tolong..'' Nada membantu.Amy teros cekap melarikan tangan ke rambut Aira.bila sudah siap di dandan,
''Eh ! tak kemas ! meh sini aku tolong betulkan '' sapa Wiyah yang jelas dari tadi melihat.
Baru separuh jalan,
'' Wiy ! Kau pandai ke tak ni ?'' tanya Ana.Geram melihat kerja Wiyah yang terkial kial itu.
'' Dulu pandai..sekarang tak tau.tengah cuba lah ni..'' buat lawak pulak tengah darurat ni..
'' What ? ceh ! bak meh sini ! '' Ana merampas getah rambut hitam milik Aira dan menyuruh Aira mengubah posisi bagi memudahkan dia menjalankan kerja nya.
''Kontotnya ! kelakar lah pulak aku tengok ! '' sahut Leeya..Risha yang sedari tadi menjaga line,terlepas juga gelaknya.Mana tak kelakar,sekejap ke sana,sekejap ke sini.Sudahnya tak lagi.Si Aira tak berhenti menjerit kesakitan rambut nya diikat dengan ganas.
''STOP ! tak payah,rakan ku yang baik hati..aku ikat sendiri je ! lama lama botak kepala aku korang tarik rambut aku kuat sangat.'' Pecah gelak mereka berlima.sudahlah orangnya putih melepak.Bila marah,merah macam buah tomato kebun apek tua kat kampung je lagaknya.
''Ni kenapa bising bising ni ? cuba dengar orang bagi ceramah ! ''
Guru yang menegur mereka tadi rupanya masih dibelakang mereka.Ceh ! busybody betul ! aku ingat dah blah dah !
'' Maaf.Teacher.'' serentak mereka berenam mohon maaf.Nampak sangat tak ikhlas.
Satu Muhibbah ! Finally ! Buat masa sekarang,kitorang berenam ditempatkan di 1 Muhibbah.Bising Worr ! kelas 1 Muhibbah ni banyak cina.Dah serupa pasar cinta Non-Halal je.Cepatlah masuk kelas betul ! sakit hati duduk kelas cina ni.dah lah enam orang je perempuan melayu ! Skema !
''Selamat Petang kelas ! '' Laung seorang guru.Hmm,cantik ! bawak beg laptop dan segala jenis fail yang bermacam colour.
Semua murid 1 Muhibbah berdiri dan mengucapkan sejahtera.
'' Saya berniat nak pinjam masa kamu sekejap.Di sini saya ada borang jawapan untuk permohonan KrK.Bila saya panggil nama kamu,sila bangun dan segera ambil surat ini. ''
..Thurairaj !..
..Prem Anandha !..
..Joshua Shan !..
..Rabiatul Adawiyah !..
..Amilea Hashim !..
..Ryan Ong !..
..Darshan Rajan !..
..Isma' Adriana !..
..Lanesha Mohan !..
..Sharifah Aleeya !..
..Ishwary Gandiraja !..
..Arisha Shahira !..
..Lavenya !..
..Raynuga Devi !..
..Siti Umaira !..
Setelah mengambil surat jawapan masing-masing,
'' Baiklah,kepada sesiapa lagi yang berminat nk mohon KrK,bagi nama kepada saya.Yang mendapat jawapan positif,anda akan mula ke sesi pagi mulai minggu hadapan ! Sebarang pertanyaan ?''
Risha bangkit , '' Cikgu,Jadual untuk minggu hadapan ?'' bertanya,polos.
''Alamak ! cikgu hilang ingatan kejap ! hmm..macam ni lah,esok saya beri tahu,boleh ?''
Lantas Risha mengangguk..tidak sampai 20 saat guru itu keluar,pecah ketawa mereka berenam.
''..apalah cikgu tu ! buat lawak je !..''
''.. entah ! hilang ingatan betul betul gamaknya ! ..''
''..mana cikgu tu belajar buat lawak ? nak berguru ni !..''
''..berhenti nadi aku sekejap..''
Cepatlah next week ! by the way,KrK huh ?


5 comments:
hahaha ! bagus ! best ceritanya ! mana boleh beli bukunya ?
Hahaha ! buku ? i wish i could publish it..but somehow,i'm still young..biarlah untuk sementara ni,post 'cerita free' jer..okay darling :) nanti kalau aku buat novel,kau tak beli,siap aa ! kau yg punya lah bersemangat suruh aku buat ~
suda komen dah ..
haha .. ;p
bestbestbestbestbest!
@ ira izana : =________=
@ sabrina wan azam : hehehe ~
Post a Comment