Amazing People :D

Monday, October 31, 2011

Cinta Fantasi Kita Readerrrss ! Here Come Good News !

Assalam and praises to Allah , I've passed my obstacle smoothly :) Here comes huge thanks and love to my backbones , dear parent and brothers who supports me in any way,any time and any thing..Dekja really really loves you :) *mata ada love-love*

Before abang Zarith fly ke Brimingham , I've send him a PILE of CFK unedited version that has been displayed here,in Belog Anak Tiri via email..okay-okay..aku cakap melayu..nanti ada orang kata aku bajet pulak,kan ? hehh..

Dengan satu ringkas subject pada email yg dikirim yakni - "Bangzar..Help me edit this !" , pada ahad lepas bangzar send me an email yang bersubjekkan "Zarith's versions of CFK - edited ! Bab 1 "

Eceh..Nak jugak nama dia.. (-_-)

Masa tu hantar selepuk 5 bab untuk dia edit..so,dia baru siapkan satu bab..and dia dah hantar balik..baru rasa nak cuti buat CFK,hekkhekkhekk..yang dah diedit ada dalam 6-7 pages..

So,the news is,edited version akan diupload disini dan setiap kali abangZ hantar bab baru,saya akan buang unedited version yang ada list yg boleh anda2 lihat di kanan blog ini..

alright ? lama pulak rasa tak menaip untuk blog xD okaylah..nak out ke speedy belikan abangZ "Cinderela's Stepsister" yg dia pesan xD Upah katanya xD

Till here,SAYONARA ! 

Monday, October 24, 2011

-Bab 24-






-Dah shopping barang untuk sekolah nanti ? Risha


-Belum..kau dah beli botol air Dora the Explorer ? Aira

-Tengah cari..kalau takde,aku ingat nak beli spongebob punya je..Risha

- Aku dah jumpa dah jam tangan Barbie..beg tahun depan ingatkan nak beli beg roda je..senang kita tarik dari gate sampai kabin..confirm semua tengok kita..famous kita tahun depan..

-tak rasa budak form 1 tahun depan akan gelakkan kita guling-guling ke ?


-Abaikan..mereka cemburu je tuh..*jawapan budak hot kalau ada orang tegur*

-Hahahaha..Hot lah sangat kita..


- Aku bukan cakap pasal kita..aku cakap pasal budak hot,periuk ! tukan jawapan wajib dalam SPM diorang..hahahaha

-Bijak sungguh kita ni..Born with Brain !


- aiskk..Beauty with Brain lagi sesuai..


-Eceyyyyy...


"Rishaaaaa !!" Emak kepada Risha dah menjerit..


" What ?!" 


" Tak nak keluar makan ke ? sibuk benar ber-sms ! bak sini phone tu nak check.."


" Check lah..Sha tengah mesej dengan Aira..bukan mesej dengan Choi Siwon,bakal suami Sha tu.."


" Berangan tak sudah sudah.. Hari-hari main mesej..macam lah tak jumpa..dah dekat Singapore pun ingat lagi member baik dia tu.."


" Mestilah..kitorang dah rancang nak bersanding sama-sama maa ! "


" Ceehh..muka baru tumbuh jerawat,berangan nak kahwin..sekeh kepala tu nanti baru tahu.."


Dah hampir 14 hari Risha sekeluarga duduk menetap di Singapura..cuti-cuti sekolah macam ni memang tak lain tak bukan duduk kampung lah..


" Ada apa panggil Sha tadi..?"


" tak nak keluar makan ke ?"


" Aite ! waitt !!"










                     Hari Isnin minggu depan akan mulalah persekolahan..sebagai budak yang separuh skema separuh otai,kejap tak sabar nak sekolah..kejap lagi pulak tak nak naik sekolah..hehh..Nawaitu tak tetap lansung !

Kalau start SMS dengan Jejerk,masing masing sibuk nak naik sekolah..alasan paling kelakar adalah " Nak feeling ada Junior " Perghhh..sangatlah lawak..

" Junior ? wehh..kau ingat layan Junior ni best ke macam layan Super Junior ?" Risha dah terbahak gelak..


" Best apa..nanti orang panggil kita kak..walawehhh ! " Wiyah tak habis habis dengan Juniornya itu..


" Kau nak jumpa tang mana ? Tahun depan mana ada Junior KRK..kita jek pagi tahun depan..alamatnya title kita masih lagi sama yakni Junior..wahahaha" Amy menyahut..


" Diorang tahun depan takdek KRK ke ?" Ana bertanya..


" Tak kan ? aku dengar ritu cikgu cakap..kita batch akhir.."


" Sempat lagi tu nguping cikgu..improves a looott !! " Aira tergelak..


" Habis kita tak gerak ar kabin ? sape duduk kabin sebelah ?" leeya bertanya..


" Kosong jek lah.."


5 kepala mengangguk..alamatnya tahun depan layan super Junior lagi lah nih..tak dapat layan junior,layan suju je lah..


" To think again,tak payah lah nak berjunior-junior..umur kalau tua setahun baik tak payah..tak ada apa nak dibanggakan.." Ujar Aira..5 kepala mengiyakan..buat apa nak pangkat junior-senior ? tak ada ukhwah lansung..


" Beg kanak-kanak dah prepare ?" 


" Jadi ke plan tu ? wahahaha..tak sabar nak kena gelak siot tahun depan.." Risha menjawab..


" Aku cakap dengan mak aku..perghh..aku rasa pendek nafas dia dengar..hahaha.." Wiyah menyahut..


" Tema raya kaler apa ?" Amy bertanya..


" Tahun lepas warna purple..tahun ni warna hijau nak ?"Leeya memberi cadangan..


" Tak habis-habis dengan hijau dia.." Ana merungut..


" Memang tiap-tiap tahun baju dia kaler hijau kan ? hehh.." Wiyah membocorkan rahsia..


" Sesuai lah Judin panggil kau Katak Endon.." 


" Katak endon jangan main aa..!! " Leeya memberi amaran..


" Sensitip !!" berderai 5 ketawa..


Form 2 huh ? Bunyi macam best tapi syllibus confirm tak best !!

Sunday, October 23, 2011

Deepavali Holiday Activity

Assalam all :) dah berzaman aku tak menaip blog..pheww (-_-) Laptop ada masalah ( akan tetiba ter shut down sendirik ) so,memang susah la nak hidup..nak pinjam abgZ punya laptop lama yang dia tak bawak yg elok terduduk dekat almari buku tu malas pulak..yelah..orang punya kan..sendiri punya boleh baling baling je..orang lain punya berpeluh nak menjaga..( dpt pulak abgZ gila cerewet dengan dia punya gadget..pheeww ) .. nak pinjam abgH punya Vaio kecik sangat..aku kalau boleh laptop dia adalah yg terakhir kalau nak guna sebab well,aku bukan seorang yg sangat penyabar kalau guna benda2 kecik nih..

so,sebelum Babah fly gi Sabah hari tu,dapat lah aku online kejap..the next two days baru PC clinic call kata lappy aku dah elok..:)

Talking about activities this holiday,aku memang plan habis habisan layan korea nenek aku yg aku rembat masa aku melepak kat Singapore ritu..dalam banyak-banyak,aku baru habiskan satu jek.."Autumn In My Heart" tsskk..nak revision belajar lagi (-_-)

lepas tu hari tu masa keluar ngan mak aku jek gi amek laptop aku,kitorang singgah MPH hewhewhew..segan pulak nak cakap..(-_-) mak aku terus gi bahagian novel melayu,aku terus gi rak latihan PMR (lol) kengkonon nak cari nota poket agama Islam..eceeyy..ending dia,belakang rak latihan PMR tu rak novel english..hehhh..Sayonara lah kau latihan PMR..


Tak sangka pulak aku Sophie Kinsella ni buku dia syok jugak..selalu aku layan Kate Harrison,Jane Austen,Cecelia Ahern ngan Dan Brown jek..baru page ketujuh,aku dah guling guling atas katil gelak..

mak aku borong habis habisan novel melayu yg baru baru..memula sibuk nasihat aku kata " dekja..jangan beli bebanyak..Babah tak kasi banyak duit.." aku beria lah beli satu jek buku sebab kengkonon jimat..alih mak aku borong sampai rm150 ! menyengih jek mak aku kat kaunter..cehhh..kelentong aku..

Aku maybe akan melepak dekat Puchong umah sepupu aku..dia ajak lepak rumah dia so aku pun takde gi memana,boleh lah..dapat lah jugak main pondok2 ke,masak2 ke,mak-mak ke..kan kan ?

Pastu nak habiskan We Got Married Goguma couple ( CN Blue Yonghwa + SNSD Seohyun ) and Adam couple ( 2AM Jo Kwon + Brown Eyed Girls Gain ) Fantasy Couple pun belum tengok lagi (-_-) BBM ngan abangZ dia kata dia dah habiskan dah Adam Couple,Fantasy Couple (act Fantasy Couple ni program lain..dia macam jemput artis then artis ni couple ngan bebudak dalam kelas) dengan Celebrity Holiday..perghhh..macam tahi..sekarang abgZ tengah tengok Dimple Couple ( Super Junior Leeteuk + Actress Kang So Ra ) ngan Brave couple (aku lupa sape )

Now aku tengah musykil abang aku kat UK tu belajar or saje holiday (-_-)

aku baru terhegeh hegeh nak tengok Goguma ngan Adam ngan Dimple..macam tahi siot..Super Junior Full House belum tengok lagi walaupun dah bertahun aku Bookmark xD  

Lagu-lagu yang baru aku khatam :- FT Island - Like a Bird,Kim Hyun Joong - Lucky Guy,Infinite - Paradise ngan entah satu lagi lupa (-_-)

Okaylah..nak charge laptop dan charge diri sendiri (tidoq)..SAYONARA !

p/s : Terengganu lawan Negeri Sembilan,HUH ? hehhhhh..tak dannn..aku jadik pengadil !! ( dua dua negeri keturunan aku xD )

Saturday, October 22, 2011

-Bab 23-




"Dah nak habis sekolah,huh ?" Ana bertanya perlahan dibawah nafas tanpa sedar sambil memandang kabin kesayangan yang merangkap rumah bagi 33 orang ahli keluarga..

"Aku dah tak sabar nak bangun lewat setiap hari,makan sambil layan home cinema,berchenta dengan laptop,berjaga tiap malam layan mysoju.." Leeya dah buat adegan tarik nafas-hirup udara segar-aman dan tenang kononnya lah tu..membayangkan 'heaven' yang akan dilalui tak lama lagi..

5 pasang tangan pantas menepuk belakang Leeya dengan kuat..

"Orang tengah sentimental,dia buat rock pulak..nasib baik tak kena humban masuk longkang belakang kabin tu..huh.."Risha mendengus..

Si Leeya yang tengah mengaduh sakit dibelakangnya sempat lagi menyahut , "Nak cuti mestilah mood fly.fm ke,hot.fm ke..ada pulak layan sinar.fm..sedih bebenor..macam lah kita ni form 5 ! " 


Baru tersedar,5 kepala mengangguk..overact pulak..buat segan je oh..

"Plan nak pi mana-mana ?"tanya Aira..


" Pi mana pulak ? aku ada hal..duk rumah khatam Quran..dah tingkatan satu tak khatam lagi..mak aku dah bising..aku pi mengaji kat surau semua bebudak..aku paling tua..tak khatam-khatam lagi.."Amy mengeluh..


"Baru plan nak gi jenjalan..income banyak masuk maa.." Aira membalas..


"Kau income banyak masuk,aku ? takda maa..banyak miskin tahun ni punya cuti.." Leeya menyahut..


"Cehh..cakap miskin macam mak bapak kau petani jek aku dengar..kut kalau nelayan tuh boleh lah katakan susah..yelah..akhir tahun musim tengkujuh..tak boleh turun laut.."Risha membalas..


"Yang penting,nak lepak luar ke ?"Wiyah bertanya..


"Tak tahulah..nak gi cari barang untuk end-year party lagi.."Ana yang menjawab..


"Bukan group Simmy ke yang buat benda-benda tu semua ?"


" Ada tambahan kut..diorang ada bajet..ikut je lah.."


" Nak tambah tang mana ?"


" tambah pin bunga bunga kat baju kut..macam AJK kahwin kenduri kendara tu lah.."


" bukan orang kendara letak pin yang duit diorang lipat lipat tu ke ?"


Ana mengangguk.."Yep tapi kita takdelah se-klasik tu..maybe kita ambil yang bunga sekuntum kecik yang selalu letak kat balang kuih raya tu.."


"Hehh..yang tu lagi klasik.." 5 orang ketawa mendengar..


" Apa-apa je lah..janji next friday punya event blast !"


"Hey ! Ini kita punya event..confirm lah gempak gila..siapa jek tak kenal kita..budak budak satu Zuhud yang kebijaksanaannya tak terletak kepada pelajaran,tapi kalau selain daripada belajar,kita sangat hebat mehh.."Risha membalas..


"Riak sungguh bunyinya,tapi,aku suka " Amy mengiyakan..








          Dengan tema Black&White,majlis akhir tahun 1 Zuhud berjalan dengan agak lancar walaupun mula mula agak kelam kabut bila semua dah datang tapi order belum sampai sedangkan dah letak order pukul 3 petang for that night event yang start around 8.30 malam sampai 10.30 malam..


Bila dikenang,memang agak memalukan bila end party semua jadi budak budak main tepung..main tepung dalam restoran Pizza tu pulak ! bukannya nak main dekat luar..tapi,ada diorang pedulik ? Customer always right,maa !


" Dah boleh start ?" Ajix bertanya kepada Yell..


" Dah boleh dah ni..suruh diaorang cabut undi..gather dulu budak budak untuk bahagian hadiah.."


Segera Ajix berlalu ke meja panjang yang menempatkan hadiah yang semuanya kelihatan sama sebab dibalut dengan surat khabar..masing masing bertanda dengan nombor..Dicapai bekas yang mengandungi keratan keratan kecil yang bertulis nombor..


"Okay guys..kitorang nak mulakan undian pilihan raya..pick one paper and mention it..." Arah Yell..bekas yang mengandungi nombor-nombor untuk cabutan mula bergerak..hadiah hadiah juga sudah berkurangan di meja panjang..

Masing masing dengan perasaan tak malu,tak kisah,tak sabar terus membuka hadiah masing masing..ni kira macam masing masing bawak hadiah sendiri pastu nanti AJK akan letak nombor..kira bertukar-tukar hadiah lah ni..


Habis bersepah restoran tu dengan surat khabar..muka manager restoran tu dah merah dah tengok..hehh..setahun sekali maa..


habis party dalam pukul 10.15,masing masing semua dah bergerak balik..


Jejerk masih di pintu Pizza Hut,bersalaman..


" Jumpa next year guys !"


" Eceeyy..macam lah memasing rumah sorang kat garisan khatulistiwa,sorang dekat garisan sartan,sorang kat padang pasir,sorang kat Greenland,sorang kat kutub utara dengan sorang lagi kat kutub selatan.."


"Lupa pulak..hehh.."


"Nak melepak kat rumah sesiapa,jalan lupa calling-calling.."


" Aite..nak shopping pun jangan lupa calling-calling.."


"semestinya.."


Farewell,Form 1..Sweet memory,though.Always in d'heart.

Monday, October 10, 2011

List Of FanFics That Made Me Die

Assalam all :) tanpa berlengah,aku akan terus ke topik yang akan dikongsi sementelah aku pun tengah sibuk baca fanfic xD LOL ini pun abangZ yang BBM mak aku dengan menyatakan " Mak..suruh dekja bukak asianfanfics.com " time tuh pulak aku tengah main BB mak aku..so,aku terus ar surf..LOL ! mampos aku tergelak macam nak meninggei..

fanfic ni cam novel online yang fan buat untuk idol/grup yang dia suka arrr..lebih kurang cenggitu ar..aku kongsikan yang aku dah baca jek yer..kalau korang nak..korang bacalah sendiri..

1)What Happens To Bora..Stays In Bora ?


Characters :
 - SS501 Members and you/yourself

2) 1st Step To Her Heart


- Shinee
- SS501
- F(x)

3) You're My Superman : The Last Man Standing


Characters
- Super Junior
- entah-sape-name-pempuan-tu-ntah


Now Reading : Super Junior : Super Reunion ( bukan under website asianfanfics.com.. kalau nak,search jek dekat google..)

Dekat Asian fan fics  ni melambak grup lain..aku pun tengah kejar ni..yang penting,1st step to her heart ni memang gila sedihh wa cakap sama lu xD okaylah..nak off mr kachak..doktor dah gila marah ngan aku sebab layan laptop lebih dari 4 jam sehari..xD 


SAYONARA ! happy reading !

Sunday, October 9, 2011

Exam Dah Nak Habis c:

Assalam dan selamat merdeka tak lama lagi untuk bebudak PMR tahun ni c: perghhh 'bebudak' en xD aku dengar hari isnin subjek killer aka math..moga panjang umur lah yekkk..lolololol

ni kira salam perantauan jugak lah ni sebab aku wish kengkorang nun di kejauhan..lolololol...apo jakun bonar bunyik ehh xD takdelah jauh mana pun aku..dekat S'pore jekk..20 minit dari tebing Johor..hahahahaha ! buat segan jekk kau zay xD 


exam dah nak habis equals to balik rumah lah nampaknya :( *hentak hentak kaki* takmbohhh !! <-- bila dah bangka,semua nak jadi bebudak..xD pukul 8 malam ahad ni aku ambil flight balik shah alam..so,HYEEEE M'sia ! <-- jakun lagi sekali xD

Hari rabu haritu pun tak plan sebenarnya nak join tokbabah ngan tokmama..tetiba jek babah balik kerja terus " dekja..babah dah belikan tiket balik S'pore..nak balik tak ?" babah beli satu tiket je so,aku balik sorang jekk lahh..selalu abgZ yang hangkut aku balik..ni dia dah takde..AbgH PMR..

dapat tahu pun hari isnin..so,hari rabu tu babah hantar gi airport..masa dekat airport,call abgZ..tskkk..dia cakap dia tengah puasa tak cukup duit..tskkkkkkkkkkkk.. <--kesan dramatik..tapi ending kantoi atas meja ada pizza..podaaaaahhh ! call tokmama pulak..dia cakap dia tunggu dekat Changi's..

sampai S'pore around 8 malam lebih..Board pukul 7 malam..sampai2 je terus gi melantak..sampai rumah betul2 pukul 10 malam..terus terbongkang tidur lepas call mak aku cakap dah selamat sampai dengan amannya tanpa kapal terbang terhempas xD 

khamis pagi terus selongkar rak DVD tokmama aku..time tu tokmama takder ntah gi mana ngan tokbabah..betul2 aku cucu terbuang dekat rumah atuk sendiri xD siap tulis dekat fridge "nak makan panaskan lauk..tokmama ngan tokbabah keluar..ada lunch date " cehhhhhhh..cakap perasan muda kang marah pulakk xD

aku jumpa DVD korea banyak gilaaa...tapi malangnya,sorang hero pun aku tak kenal xD aim kut kutlah tokmama aku layan LeeMinHo ke,Jung YongHwa ke,or sesapalah yang hero malatops kedebabomm..tapi hampehhh..tapi betullah orang cakap..don't judge the dvd by its case/poster..lol..layan lah jugak When Spring Comes,Flowers For My Life,Single Daddy In Love,Sorry I Love You,90 Days Time To Love ngan 3 Daddies and 1 mummy..

so,masuk bilik Tokbabah aku,pasang plasma dia..nak tengok dekat hall seram pulak..rumah cat putih dah macam rumah hantu Thailand..LOLOLOL..Hall yang syok layan DVD tuhh lagi seram..belakang TV ada kaca floor-to-ceiling wall xD kang nampak pulak benda2 yang terbang takde kepala time tengah syok layan DVD xD tengah hari kot..kolot sungguh kau Zay xD

at least bilik atuk ngan nenek aku takdelah menyeramkan..cat kaler purple pastel..katil warna coklat..cadar warna merah..takdelah semua putih..xD petang tu around pukul 4 petang,kak sepupu aku call..nak ajak lepak kat Danga Bay aka johor M'sia (cehh) malamnya..tanya atuk aku,harammmm tak kasikk..xD  

Punyalah frust..at least kalau gi Danga dapatlah layan roller coaster itik ke,bumper car ke,makan-makan ke..ini...ceeehhh..padahal setengah jam je dari rumah atuk aku ke Danga..baran wokk..kak sepupu aku syok pulak snap2 gambar pastu MMS kat aku..sekali lagi,cehhhh..

Korang takyah lah tanya aku gi ke tak Universal Singapore Studio tuhh xD yang tu pun aku tak gi..atuk aku ada orang dari Arab nak jumpa dia..so,4 hari atuk aku kena entertain..nasib baik 4 hari..kalau 5 hari ? alamatnya hantar aku pun tak dapat..at least aku jenjalan jugaklah kat shopping complex..tu pun dengan definisi "hantar-dah-sudah-shooping-call-atuk-amek" xD


aku pun rajen bebenor nak shopping sebab nak cari baju untuk end-year party nihh..kalau tak,duk rumah layan DVD korea lagi syiok..sambil2 tu masuk jugaklah kedai buku..LOL kedai buku tak standard m'sia kot..sungguh nampak macam orang kampung aku masuk shopping complex tuh xD tapi,abaikan *tepis rambut ke belakang buat muka tak kisah*


satu hal paling tension adalah komputer..perghhh..tokbabah aku ada satu jek laptop..pastu laptop tu dia bawak gi kerja..tokmama aku manalah dia nak guna latop..kerja dia menjahit manik dekat baju untuk function adalah..baju dia semua dah macam kedai manik bergerak..pastu,layan DVD..so,ada lah satu komputer yang tak usang dekat guest room..*nasib baik rumah atuk aku ada internet* disebabkan lama tak layan komputer,*komputer kat rumah pun bapak aku cakap dah jadi bangkai gajah sebab bersarung dengan kain* jadi,perasaan lain macam sungguh xD


before aku balik,atuk aku yang dah macam pelarian sebab nak kena hantar aku balik M'sia (eceyy) sempat jugaklah shoppingkan cekelat kat aku xD nak tengok pi tengaok kat Twitter aku..malas pulak nak upload kat Blog..LOL sampai M'sia (eceeyy) kena membebel ngan mak aku sebab shopping banyak sangat xD shopping sikit pun marah,shopping banyak pun marah xD kad kredit atuk aku jekk pun..nampak benoww jeles nyerwwww..LOL <--nyerww tu untuk kegedikan kemenangan atas kejeles-san mak aku LOL 


Okaylah,nak gi buat HW..Sayonara !


-entri ni buat dah lama tapi dah sampai rumah baru post P/s : segala yang rasa berlagak/gedik sila abaikan.. *orang2 zaman sekarang ni mana boleh..nanti status FB semua nak menyindir :) *

Sunday, October 2, 2011

Most Important Things To Bring

Assalam dan selamat malam all :) Tetiba aku rajen memampos pulak ngada ngada nak update sedangkan short story ngan novel tak gerak lagi..lololol..ni sebab dah terkena..ngada ngada nak pakai beg yg 'kecik' sikit bila keluar petang tadi..

petang tadi around pukul 2 bapak aku call nak bawak aku gi hair expert..aku dua tiga menjak ni complain ngan dia hari hari yang sakit kepala gila..pastu rambut pun gugur..yang mana tak gugur tu dah transform colour jadi reddish..<--cakap macam kamen rider sungguh..

memanglah aku ni bertudung tapi,kok yer pun pelik bebenor rambutnya kaler meghoh..kalau ikut hati,lantakkan aje..free jer ouh kaler rambut..lololol..masa sampai dekat hair expert,orang tu cakap aku yg kaler rambut aku..dye sendiri..

wahhhh..sesedap longkang jer mulut nyah yang buat rambut aku tuh..fuhhh punyalah baran..mak aku pun dah nak berapi jer aku tengok..aku bet dalam hati dia mesti cakap ''penat2 aku didik kau dari kecik ke besaww agama,kau pandai kalerkan rambut kau yerr...meh sini aku botakkan terus rambut kau.." lolol..dah macam dlm drama pun ada jugak..

so,nyah yg buat rambut aku tu kata dia nak 5 jam nak repair balik rambut aku..bapak aku cakap,ohh okaylah macam tu..kitorang nak gi tengok wayang,shopping,makan2 dulu..perghhhh..baran pulak aku dengar..dan-dan tu pulak aku seluk handbag,handphone,novel ngan earphone takder ! baru aku ingat yang handbag aku yg 'kecik' ni mana muat nak bawah gabak2 tuh..

omputih cakap : ''the spilt milk",orang melayu cakap " bubur dah jadi pengat " lolol..bubur dah jadi pengat ??! hehh...lapor pulak..so,as for me,the important things to bring whenever i went out is :


Mr Gojes yg hari ni tetiba boleh tak bawak xD kengkonon ingat sejam lebih jer..sekali,hambekk..dekat 5 jam ! nak nangis air mata darah pun tak boleh dah..
 

The Gift - Cecelia Ahern yang belum habis baca pun boleh tertinggal xD
  
kipas , spec spray cleaner , compact powder , mouthwash and spec case yg tak pernah pernah keluar dari handbag :) boleh pengsan worr kalau salah satu takder..


yang pink bulu2 tuh 'tabung' bergerak,yang hitam tuh purse untuk kad2 yg melambak,lip gloss,blusher  yang jugak tak pernah2 aku keluarkan..tapi,'tabung' bergerak aku tu selalu jugak aku tinggalkan..kalau ada,alamatnya bukan nama tabunglah..sekejap aje aku botak..

okaylah..si Shafia aka gemok dah melalak lalak dah tu babysitter dia tak jaga dia..babysitter duk layan lappy sampai lupa 'anak jagaan' dekat atas katil dalam bilik yang tengah syok layan MV 2AM-I Did Wrong dekat handphone babysitter dia xD mana tak melalak,dah dekat 24 kali ulang video sama xD

SAYONARA :)