Amazing People :D

Saturday, April 30, 2011

-Bab 11-




''Kesian aku tengok Aira..'' adu Risha sambil memandang Aira sekilas..Aira masih lagi tekun menggunting majalah sekolah tahun ke berapa ntah..Tak pernah dilihatnya sese-tekun gini..Naik juling biji mata nak gunting kertas yang besar dia lagi kecik dari memory card handphone tu..Sayang punya pasal,redah aje lah..


''Biarlah dia..dia bahagia macam tu..takkan nak halang kebahagiaan dia..'' Sahut Wiyah..sebenarnya,si Wiyah ni pun tertanya tanya jugak,tak penat ke Aira gunting kertas sekecil itu dengan begitu tekun..Dia yang melihat pun dah sesak afas..


''Bahagia apanya..terseksa aku tengok..Udah berapa hari lah kawan kita ni..''Sela Risha kembali..


''Sudahah..korang nak spy ke tidak ni ?'' Tanya Amy..


Kedua belah tangan kembali ke atas meja,menjadi 'tripod stand' untuk kepala..Masing masing tekun melihat Aira menggunting kertas kecil itu..mula mula dia gunting besar sedikit untuk memudahkan kerjanya itu..kemudian,baru dia bentuk kertas tersebut menjadi bentuk love..kemudian,di-colour-kan frame love tersebut dengan pen merah sambil tersengih sengih..


Diambil 'hasil kerja' tersebut,di bawa setentang dengan paras mata lalu dijauhkan..Konon konon nak tengok dari sudut jauh lah tu..


Hmm..Puas Hati..


Diambil Purse berwarna pink di bawah mejanya,dibuka zip kecil di bahagian hadapan lalu dia masukkan gambar kecil tersebut ke dalam purse tersebut..Diletak purse di atas meja..Ditoleh kepala mencari rakan rakannya..


Eh ? Mana diorang ?


Ditoleh kepalanya ke belakang..


Cheh ! Ngendap aku ! Syok benar sampai menongkat dagu..Hampes !


''Dah habis bercinta ?'' Skeptis ! muka bosan masih tak berubah..


''Kita ni siapa lah kan..melangut jer lah tengok dia..'' Adu Leeya dengan muka sedih..


Aira masih lagi tersengih..malas mahu menyahut..nanti lain pula jadinya..


Err..malapetaka !! lima pasang mata dah tertumpu di belakang Aira..mata masing masing dah terbuntang macam mata ikan flowerhorn..Jap ..ikan flowerhorn mata dia terbuntang ke ?


Aira yang masih tak mengerti isyarat mata dan mulut itu masih lagi tersengih sambil membelek belek kuku..


''Psst psst..'' Wiyah memberi isyarat mulut dengan menjuih-juihkan bibirnya..Tapi,memberi isyarat kepada Aira seperti memberi isyarat kepada pokok..Buat muka bodoh jer..Yang tak tahan,siap boleh angkat kening sebelah ala ala Ziana Zain..


Airaaaa ! Cikgu tengah belek kau punya purse ! bukan dalam purse kau tu ada gambar tuuuutt ke ?!


Huh ! Dah tak tahan ! '' Aira..cikgu..'' Dengan selamba,Ana membalas..Ni kira baik lah ni bagi memo dekat Aira..kalau tak,naya je kawan aku sorang ni meninggal tak sempat mengucap..


Aira menoleh..Oh Myyy ! err..ehehe..Patutlah muka kengkawan aku macam kene lumur dengan sambal belacan..bagi memo rupanya..


''Ehemm cikgu..kejap..'' Aira terus mengambil purse dari tangan cikgu dan pura pura membuka zip di hadapan dan mengeluarkan getah rambut..padahal keluarkan getah rambut sambil sambil keluarkan kertas tu..Gila cantik punya seludup..


''Takpa..simpan elok elok..nanti hilang..'' Nasihat guru itu sebelum berlalu..


Pheww ! Selamat !


''Nasib baik..buat takut orang jer duh minah ni..Pelangkung nanti baru tahu !'' marah Leeya..


''Rilek rilek..jangan sentap..aku hidup lagi ni..'' Masih lagi nak buat lawak si Aira..


''Cannntteekkk ! kau hidup,kitorang lima meninggal..! '' marah Risha..


Aira masih lagi tersengih..sabar je lah..




        ''Eeei ! stress !'' rungut Risha sambil menghempaskan beg sekolahnya di atas kerusi lalu menuju ke arah suis utama penghawa dingin..


''apasal dengan Risha ?'' Tanya Aira kepada Ana..


''Heh..budak budak ni degil pergi bukak air-cond lah tu..dia kan ketua kebersihan yang paling berdedikasi..'' balas Ana sambil menekan kalkulator menyiapkan kerja rumah mathematic..


'oh..hoho..patutlah berasap jer..'' sahut Aira..


Risha kembali duduk di tempatnya selepas berkempen mencari siapa punya kerja yang gatal sangat pergi on suis air-cond..Muka masih lagi mencuka..


''Aku tension betul lah asyik kena off suis air-cond..tak makan saman sungguh! masuk hari ni,dah 18 kali tahu tak ! '' marah Risha..


''18 kali ? betul kau kira ?''tanya Ana..Heh..buat bangang pulak si Ana..


Lagilah Risha bertambah stress..


''Aku ada plan ..baik punya plan..'' Getus Risha..muka pula ada aura aura misteri..


''apa ?'' serentak,Aira dan Ana bersuara..




        ''Kringggg !! '' Loceng sekolah dah bunyi..so,apa lagi..cabut lah..Risha masih lagi duduk berteleku di mejanya..geng Jejerk sudah menunggu di pintu kelas..


''Woi..nak tidur sini apa ?'' Jerit Wiyah dari muka pintu..


''Coming..'' Risha terus menggapai beg dan melangkah ke suis air-cond..setelah itu baru dia melangkah keluar..


''Apa kau buat ?'' tanya Leeya..


''On suis air-cond..'' balas Risha..


''Eh ? selalu marah orang..'' soal Aira pula..


''Kalau nak jahat,biar jahat sampai ke pangkal lengan..''Rosak peribahasa tu dikerjakan Risha..


''Ohoo ! ni lah tadi yer plan kau ?'' balas Ana..cheh ! tadi poyo sangat marah orang..sekali dia lagi teruk..


''korang bayangkan..air-cond on sampai esok..bayangkan esok macam mana ..'' 


''huuu ! tak sabar nak esok ! '' jerit lima suara..
  


Ketua kebersihan yang sangat hampes..hmmm..







Next Project ! :)

Salam all :) <-- still senyum walaupun tengah busy dengan latih tubi math yang hampir hampir buat nadi aku berhenti berdenyut dan pembikinan cerpen serta menyambung kerja kerja Terindah !


err..did i just said something just now ?  Cerpen ? 


:)  :)  :)  :)  :)


senyum berganda ganda..:) sebenarnya,aku ada tulis cerpen..tapi tak publish..aku tulis dalam buku a.k.a diari aku jer..so,abang aku semalam TER jumpa buku tu and dia punya syok baca..


aku berasap lah..gila sengal gi baca ~ pastu pas abih dia dok layan,dia tanya aku..


''Dik..apa kata adik publish kat blog..nanti kalau tader masa,abang tolong taipkan..''


eheh ? hahah ! by the way,sebenarnya,ada lima bab dlm terindah ni dia yang taip..huahuahua ~ aku malas nak taip..aku kasi rough draft,pastu dia yang tolong taipkan..aku tukang publish jer..tapi kekadang,aku taip jugak kalau ada masa..


so,untuk cerpen sulung aku ni,dia dah taip separuh dah..nanti nanti lah aku sambung..:)


__________________________________




:: Cerpen 1 - Jangan Tinggal Aku ::

''Kenapa awak ikut saya ? heh ! tolong ya ! saya dulu kat sekolah juara pecut tau ! kalau saya lari pergi balai polis,merasa lah awak tidur lokap ! '' - Zayana NurZehra..

*****

''Cis ! kenapa tak cakap awak balik kampung jaga mak awak ? buat penat saya sedih jer..suka lah tu !'' - Hafza Harris 



_________________________________________




:: Cerpen 2 - Aku Tak Suka Converse ! ::


'' Ughh Please ! kalau pakai Converse,saya nampak macam pengkid ! '' - Darryanna Aziz

***

'' Kenapa pulak saya kena tukar kasut ? okay apa Converse ni ! baru taw ! bau kedai lagi ni..'' - Adheef Imran


ZaidaturNajihah punya katakata : Buat sementara ni,dua cerpen dulu okay ? *dalam folder saya,ada lagi 13 cerpen yang tak siap rough draft ~ tak tahu sempat ke tak..*

Proudly Presenting..Terindah's cast and crew :)

Holla ! tamau cerita panjang..


nak memperkenalkan,,watak watak dalam Terindah ! :D


sebelum tu,nak gitau yang ni bukan gambar sebenar.. 


segala watak aku berkaitan dengan yang hidup..


tapi tader kaitan dengan yang meninggei..


ini bermaksud yang segala watak2 aku hidup di dunia realiti..sapa pandai teka,dapatlah kut jawapan..hehe :D


By the way,aku telah mendecide kan diri aku untuk tukar cover..*internet tengah laju* hehehe


meh mula !!






Cover lama untuk Terindah..oh yaa ! memula buat Terindah,aku sebenarnya nak buat cerpan ( cerita panjang) ..tapi disebabkan banyak plot..so abaikan lah..





:: nak tengok lebih jelas,sila klik gambar::


Oh yaaa ! Here we go ! ahahaha ! i know i know..gambar yang tak suit dengan cerita yg penuh dengan nakal..motif gambar pun macam nak larikan diri..an an ? hehe..sekarang,babai kpd cover lama !



:: Aira ::

Terindah's author just looove this photo..ingatkan nak buat diri sendiri punya gambar..tapi kesian dekat ''aira'' sebab dia sorang jer tader gambar lagi..





:: Amy ::

Gambar paling elegan sepanjang dalam pencarian..:D 




:: Ana ::

Gambar paling 'baik' pernah author jumpa..*author sedang jealous dengan tahap kelembuatn dan kesinaran rambut ''ana'' dalam gambar ni..




:: Leeya ::

Author cari jugak gambar ''leeya'' yang besar sikit,,tapi harammm..agak tak jelas gambar..nvm..korang boleh click pic tu ~




:: Risha ::

Aww..macam barbie Doll :D huuu..terharu ;D




:: Wiyah ::

Moden kan ? heee..dia sorang je ada dua gambar..menyampah..



So,,That's all :D selamat berangan :D

Friday, April 29, 2011

Update 2 ( 30/4 )

Salam all !! :D


Wahh ! makin jelita yang tengah baca post ni ~ apa rahsia ?? hahaha ! 


merepek jer -,-'


Baru lepas hang out dengan Jejerk tengok wayang semalam..so,,rasa macam takde feeling pulak nak publish bab 11..


boleh pulak cenggitu ~~ =,=' kalau malas tu cakap jer malas..kan ? hoho ! 


Alahai..dah siap dah taip bab 11 dan 12 ..cuma malas jer nak tekan publish..
malas sebab ada pembaca takde komen..*nangis guling guling* kenapa nak kene komen ? sebab saya bukannya pandai lagi..so,harap komen dapat membantu :D 


p/s : jangan jadi macam one of my friend,,boleh dia komen '' saya sudah komen! '' nak tau sapa dia ? pi lah cari dekat ruangan komen..hahaha..sabar je lahh ~~


malas sangat nak komen,tinggal jejak dekat shoutbox * baru create worr ! hahaha ~ poyos jer zay*


kenapa zay lambat letak shoutbox ? sebab mula mula ingatkan macam rimas jer ~ tapi lelama rasa macam bosan pulak blog ni..hahaha ! ( eleh zay..blog kau memang membosankan !~ ) 


and lagi satu memang taknak kasi blog nampak serabut..yang ni pun kira memang dah cukup serabut dengan header yang sarat dengan gambar..nanti orang susah nak explore blog..oh ya ! hari tu ada orang tanya,kenapa tamau letak nuffnang ( BE )..


yang tu lagi satu aku cukup menyampah..( pendapat aku ) aku tak halang korang nak letak nuffnang..sebab nuffnang kan masyukk ! rating tinggi jer dpt duit..kankan ? aku cukup menyampah dengan iklan dia yang sikit2 terkelip kelip..huahuahua ~ serabut blog dibuatnya..


p/s : maaf..aku tak halang korang nak letak nuffnang..yg ni pendapat aku jer..tautau ?


so,kita ke topik lain..*skeeemaaaa*


semalam gi tengok wayang,sempatlah gi popular..*hihihihi* <---- gelak gedik..


saya beli novel baru walaupun dekat rumah ada lagi 3 buah novel tak khatam lagi..takpetakpe..ini namanya harta..nanti da tader duit,time tu pulak gian nak shopping novel,kan kesian..kankan ?








chakk ! hehe ~ yang novel ni da baca..yang novel lagi tiga tu jer tak sempat baca plus tak bukak plastik lagi..


satu perkataan nak describe buku ni ---> Terbaikkk ! 


woahh !! puteri raja khwin duda ! tak pernah lagi aku jumpa novel jalan cerita cenggini setelah mempunyai 144 buah novel semenjak aku mula kumpul..


hekk..144 buah buku ? Alhamdulillah ! berkat duit bapak aku menyopping novel utk aku..har3 !


kalau sesapa nak rompak bilik aku,ketahuilah..anda tidak akan jumpa duit barang 10sen..hahaha ! yang anda akan jumpa ialan berkotak kotak novel ! 


alhamdulillah..aku punya cerita pun rasanya tader ikut style orang...susah worr nak maintain..


okayokay..ada kerja dulu..byebye :D


psstt: rasa macam nak tukar cover novel terindah pulak..:D

Thursday, April 28, 2011

-Bab 10-




Gegaran Xperia mini 10 atau budak budak zaman sekarang panggil X10 milik Amilea Binti Hashim tidak berhenti di atas meja solek di dalam bilik yang berlatarkan warna Hot Yellow..

Tuan punya handphone masih lagi di dalam toilet membersihkan muka..Apabila tuan punya X10 melangkah keluar dari toilet,terus kakinya di atur ke meja solek..

Tanpa berlengah,dibuka peti message..

- Result exam dah keluar..dah tengok postbox ?

Hah ? dah keluar result ? Oh Myyyyy...

Dipilih huruf A di dalam senarai nombor phone rakannya..Hah ! jumpa ! ditekan punat berwarna hijau menandakan dia mahu memilih nama itu-Aira..Cekap jarinya menaip patah patah perkataan..

+ Wah..cepat kau alert ? kau dapat berapa a-yam ?

ditekan lagi punat berwarna hijau tanda hendak menghantar message...selesai jarinya menghantar message tersebut,terus kakinya melangkah ke bawah..menuju ke postbox rumahnya..

'' Hui ! nak pergi mana tu ?'' laung adiknya, Amisha dari alam biliknya yang tidak bertutup itu..

'' Result..nak ambil sebelum ayah jumpa..'' Balas Amy tanpa menoleh..
Sampai sahaja dia dihadapan postbox berkunci warna merah itu,terus tangannya menggerakkan penyelak..

Hah ! ada !

terus tangannya menggapai sampul surat berwarna coklat yang bernamakan ayahnya, Hashim bin Musa..ditutup kembali pintu postbox itu dan terus melangkah ke dalam rumah 3 tingkat itu..

sampai sahaja di ruang tamu,terus dia duduk di atas sofa..

Bismilah..
Bismillah..
Bismillah..

Jarinya terus mengoyakkan sampul itu dengan perlahan..bila terbuka,dia tidak terus mengeluarkan isinya..dikembungkan sampul itu dan dijauhkan dari muka sambil mata nya tertinjau tinjau isi dalam..

Macam ini punya cara pun ada ka ? Macam orang pos bom pulak..

Dengan perlahan,dikeluarkan isi yang berwarna putih itu..dibuka lipatan surat putih itu...

Saat matanya terpandang markah markah dan gred yang dilampirkan,terus dia menjerit ! ya, menjerit !

Terus dia berdiri di atas sofa spring itu dan terlompat lompat..

Tak sangka tak sangka ! akhirnya !!!

Adiknya,Amisha terus turun ke tingkat satu itu melihat kakaknya yang sudah serupa dapat Rm 1 juta depan mata..

''Kau kenapa kak ? '' Kakinya tidak berhenti di ruang tamu itu tapi terus ke ruang dapur..dikeluarkan jus oren dan dicapai cawan..Dituang jus oren itu lalu diteguk..

Takde kerja nak duduk dekat ruang tamu tu..kang naya je kene belasah dengan si kakak..

'' Oh My !! Can you believe it ?! 9 a's in my hand !! Woohoooo ! '' 


'' 9 jer? bukan subjek berdaftar sepuluh ke ?''Soal Amisha..Jealous gaban ni !

'' What do you expect ? kalau aku dapat sepuluh,kenduri kesyukuran beb ! 1 b jer ''Luah Amy..Ting !! Baru tersedar.. ! Terus dia berlari ke arah bilik tidurnya ingin mengambil telefon bimbit..

FUIYOO ! 

8 message !

dibuka satu persatu..

- Mi ! kau dapat berapa a-ayam ?! aku dapat 7 a-yam ! wuih !! syok syok ! syukur takde c ! -Wiyah

-Amilea Hashim !!!!! Aku dapat 9 !! Yahooo !! satu lagi aku dapat c..mathematic of course ! kau berapa weyy ? -Risha..

-Wey ! dapat berapa ? kau cakap dulu,baru aku roger aku punya ! *hehehe* -Aira

-Amyyyyy !!! Tidak kusangka !! aku dapat 8 !! kau hentam berapa ? - Ana..

-:D :D guess what,aku dapat 8 ! terbaik !! <--puji diri sendiri..ngeheheh ! engkau ? - Leeya..

Dan lagi beberapa message itu daripada ibu bapa dan datuknya..

terus tangannya membalas..

'' Aku dapat 9 geng !! 7 hari 7 malam tak boleh tidur ni..lalalalala ''

HANTAR.serentak ke lima nombor..

Dilarikan lagi jemarinya ke phonebook..dipilih,ayah..

Panggilan disambut..Senyum terus mekar sambil mulutnya ligat bercerita..yang pasti,Encik Hashim di hujung panggilan tersenyum bangga..


       ''Terbaik lah kita berenam ! '' sela Aira..BlackBerryBold miliknya masih ditekap di telinga..

Panggilan enam hala..HEH..maju betul dunia zaman sekarang..

''Jejerk memang selalu terbaik ! '' Sahut Ana..

'' Jejerk ?'' tanya Amy..

''Nama group !'' Sela Ana,Bangga..

''Mantap !'' sahut Leeya..

Risha di hujung talian tersengih..

'' Jejerk ? Jejerk Girls ? '' Tanya Wiyah..


'' Lady Jejerk ?'' Cadang si Aira..


''Jejerk Girls..Lady of Jejerk Girls '' Kata akhir dari Ana..


''Aku chupp Lady Bird ! '' Jerit Risha..


''Tak boleh ! kau pikir kau comel lah ?'' Sela Aira..


''Alorr ! '' muncung Risha di hujung talian..




Gelak tawa masih tidak berhenti..


Disini,Jejerk Girls Bermula ! 

Monday, April 25, 2011

-Bab 9-




Exam memang dah 'selamat jalan'..Lega yang teramat selepas seminggu bersengkang mata..Tak pernah dalam sejarah chat-chat di facebook berbunyi persoalan tentang subjek subjek teras..Tak pernah dalam sejarah message dalam handphone dipenuhi dengan formula formula math yang dikirim oleh kawan kawan..Board dalam bilik tak pernah bertampal dengan nota nota ringkas KHB dan Sivik..Bawah bantal tak pernah diletak buku latihan topikal geografi..kalau tak bleh tidur,boleh buat latihan..

heh..macam macam..

'' Lepak mana ?'' Leeya dah mula...

'' aku on..janji tak perap dalam rumah..'' Aira sudah memberi persetujuan..

''Orang tak set tempat,dia dah on..gelojoh..'' Sela Amy memarahi Aira..

Ingat dia sorang je ke yang stress ? tak menyempat..

''Kita pergi makan makan nak ? '' Hmm ! Terapi yang mujarab ! 

Terapi yang menggemukkan badan kau ,Risha !

''Okay gak ! Secret Recipe ?'' Wiyah memberi cadangan..dalam kepala sudah membayangkan Marble Cheese Cake..

Terangkat !!

''Lame..lain ?'' iskk Ana ni pun..gaya cakap macam banyak ongkos jer..

''Nak menu apa ?'' Hah ! Leeya dah macam waiter je gaya..

''Western ? takkan nak susyi lagi..'' Risha sebenarnya memang tak gemar dengan susyi..tapi disebabkan si budak berlima tu gila fans dengan susyi or what ever rumpai laut tu,terpaksalah..

''Onn ! Tempat ?''

''Full House ?'' Leeya memberi cadangan..

''kedai comel tu ? Ahhh ! '' teruja Amy sampai tepuk amai amai lagi tu..

''Ahad ?''

''kay..'' lima suara memberi persetujuan..


       ''Bila nak buat projek ?''

''Projek ?! Wuishh ! kahwin tak lagi ni ! '' Sentap Risha membalas pertanyaan Ajix..

''Sejap bila Risha jadi bengap gini ?'' Tanya Wiyah..selamba saje..

Terasa lengan Wiyah dihambat dengan lastik getah..perit wor ! sabar jer lah dengan Risha ni..


''Habis tu ?'' Amy bertanya bagi pihak Risha..

''Ragging ?''

Heh ! 

''Cantik ! '' 

''bila ?'' satu lagi suara datang menyerpa..

'' kita set time nanti..sekarang cari motif..''

Enam pasang mulut tersengih..

Yayy Yayy ! nak jadi jahat !

''pastikan dia tak pindah lagi..right ?''

''baik ajix ! ''

''on bos !''

'' okay tokey !! ''

Semenjak bila jadi sangat 'baik' ni ? Heh..budak berenam tu memang dah terpengaruh dengan CSI : Miami sungguhlah..


   
      ''1 Zuhud dah semakin jahat '' 


''Mana tahu ?'' tanya Aira.


'' Kita tak pernah dengki dekat cikgu,tapi sekarang,makin menjadi jadi..''


''Antaranya ?''


'' Last week..'' enam pasang mulut tersengih..


Masing masing menggali kotak ingatan..mencari apakah punca Ana mengatakan kelas kami semakin jahat..


Oh Ya ! Baru teringat !


Minggu lepas..


'' Mana monitor 1 Zuhud ?'' Tanya seorang guru yang memakai baju kurung rona ungu di pintu kelas..


Danial Azraei bangun dari tempat duduk dan mula melangkah ke hadapan kelas..


Isy cikgu ni ! orang baru nak layan Agama Islam !


''Ye cikgu ?'' Jawapan protokol seorang ketua yang berdedikasi..


'' Kenapa 1 zuhud tak datang kelas komputer ?! '' tanya cikgu itu..mungkin dah baran dengan sikap kitorang yang dah dengan sengajanya skip kelas komputer..


Bosan lah ! orang main laptop sekrang ni..lagipun nak ajar buat apa ? type type ? tidur lagi bagus..


''Maaf cikgu..jadual kelas kami koyak..sekarang sedang menunggu jadual waktu yang baru..maaf cikgu..saya akan pastikan Hari Khamis saya akan pastikan bahawa semua anak anak buah saya akan menghadiri kelas komputer..''


Semua mata kelas 1 Zuhud menoleh ke arah notice board di belakang kelas..


Kukuh je aku tengok kertas tu melekat kat belakang..cantik punya cover line..


Dan hari Khamis berlalu tanpa ada seorang pun ahli kelas 1 Zuhud menghadiri kelas komputer..memang tidak makan saman..

Update 1 ( 25/4)

Cik ZaidaturNajihah punya daily update :

Ngaaa ! Dalam sejarah aku boleh manage masa aku dengan jayanya ! :D *chinkkk ! muka berseri seri* Last week aku punya homework dah sama tinggi dengan aku,so untuk dapat mengupdate blog and mengemas akaun facebook,aku gunakan sistem 3 in 1 !


sistem 3 in 1 ?


Yupp !!


Aku akan duduk menghadap komputer..di sisi kanan komputer aku letakkan novel..and depan aku sendiri aku letak homework aku..so,


step 1 :


log in facebook..update segala notification yang aku dapat..then masa yang diberikan hanyalah 5 minit..


step 2 :


selepas 5 minit,aku akan buat homework aku sampai keluar notification baru..


step 3 :


Kalau keluar notification baru,aku akan update dia then aku akan ambil novel and baca novel..sampailah aku rasa macam nak stop..(lingkungan masa untuk aku ambil untuk stop sekejap adalah dlm 8 minit)


selepas 8 minit,aku akan buat homework sampailah notification baru..




Taraaaa !


dengan sistem ini,aku berjaya siapkan homework aku disamping tidak meninggalkan facebook dan novel !


makluman : aku berjaya habiskan 2 novel masa sistem 3 in 1 !




Ngaaa ! aku tak tahulah korang boleh ke tak tapi aku dah cuba and sangat berkesan :D 


Hari ahad tu yang pasti,aku dah boleh tengok wayang dengan family aku :D 





Friday, April 22, 2011

-Bab 8-



''Aku tak boleh tahan lah kalau belajar sejarah macam ni..'' Adu Aira..

''Macam mana ?'' Tanya Ana..

''Suara cikgu slow..macam cakap dalam kelambu..dah lah sejarah bosan ! mengantuk..'' Yang kali ni siap menguap..Cikgu kat depan still mengajar dengan penuh perasaan

''Aku okay jer..best apa ?''Sela Risha..siap muka berbunga ceria lagi tu..

''Tapi time math kau ngantuk kan ? Sejarah ni kan favviee subject kau..'' Getus Wiyah..mata dah kuyu..

''Best apa sejarah..boleh tahu cerita Parameswara..aku macm rasa Parameswara tu kacak je oh ! ''Sahut Risha..tak best ke sejarah ?

''Aku lagi rela buat latihan topikal math 100 soalan dari menghadap sejarah..'' Sela Leeya..

Aik..dalam enam orang,Risha sorang je yang suka sejarah ? 

Heh diorang..

sikit sikit tanya,

''..cikgu ni dah page berapa ?..lost siot..''

''..Tak boleh ke belajar sejarah secara efektif ? tunjuk video ke..bosan !..''

''..Aku kalau tak fikir sejarah ni subjek wajib lulus,dah lama aku membuta..''

''..Ada air tak ? nak buat ganti eyemo..''

Heh diorang..lansung lansung tak feel lah..Cuba banyangkan korang kat zaman tu,mesti syok..

Berangan kau Risha..

'' Kelas ! esok saya akan buat kuiz..so,sila baca buku teks Bab ni dari mula hingga akhir ye..'' Arah Puan Azuana..

''Okay!'' Risha sorang je yang menyahut..

Yang lain,

'' Aik ? Dah habis dah chapter ni ? Aku lahir lambat hari ke apa ?''

''Bila cikgu ni terangkan..?''

''Kalau besok aku demam boleh tak ?''

Risha tersengih..''Aku akan pastikan esok aku punya markah kuiz marvellous !''

''Buat lah kau..takde sapa nak kisah.'' Sela Amy..

''Eleh ! aura nak jealous lah tu ..'' Getus Risha..

'' Try another 10 years lah wei !'' sela mereka berlima..

''Okay class ! jangan lupa besok..saya keluar dulu..''

''Hah ! Legaa ! '' Sahut lima suara..Yang pasti,semua berkeruh lepas tu atas meja..


     '' I don't like you guys to procrastinate your work !'' sela Guru English kelas 1 Zuhud..

'' ape kenama tu ?'' Tanya Amy..

''Entah..'' Sahut Wiyah..

'' Procrastinate tu Tangguh..'' Sela Ana

'' Apa lain benar bunyi nye ?''

'' Phrase lain,maksud sama..''

'' OH okay okay..''

'' I wanna bend you guys since you guys still young..like malay says..ermm...aahhh..what ya ? the bamboo thingy..''Tanya guru english 1 zuhud

Dengan bangganya, Risha menjawab..'' Melentur buluh biar dari rebungnya !''

'' Ecececehh ! '' Getus Aira..

'' What ?''

' Bangga lah tu ?'' Tanya Ana..

Risha hanya tersengih..Salah,enam pasang mulut tersengih.

apa gaya sasterawan negara pulak cikgu ni..nak ajar english ke sastera ? 


Yang pastinya,sampai akhir tahun,cikgu ni stick dengan peribahasa 'Melentur buluh biar dari rebungnya'


''Klasik oh cikgu ni..ala ala zaman silat pulak aku rasa..'' getus Amy..


''Zaman Parameswara ! '' Jerit Risha..


Terasa ada satu hentakan kuat dari belakang kepala..Perghhh ! buku KHB kau balun aku ? sakit wok ! 


''Apahal kau ? terencat? sakit tau tak !'' adu Risha sambil menggosok kepalanya..


'' Sekarang english ! bukan sejarah ! aku campak kau masuk loji syabas kang baru kau tau ! '' Sela Leeya..


''Dah dah ! next week mid-year test ! nak mati kantoi apa ? fokus '' Kalau marah gaya macam ni sapa lagi kalau bukan Aira..


Oh Our God ! Next week ? macam mana boleh lupa ?! ngee ! 


   
     ''Terbaik duh cikgu ni ! '' lima pasang mata menoleh ke arah Wiyah yang mula memecahkan kedinginan suara di dalam perpustakaan sekolah..


Dah ada kemajuan..Dalam sejarah ni lepak perpustakaan nak study ! kagum kagum..


''apasal pulak ?'' tanya Risha..mata masih melekat pada halaman 54 buku rujukan Geografi yang terbuka dihadapan mata sambil tangan ligat melarikan highlight warna purple..


''Kau tengok lah ! aku pun tak paham apa jalan kerja yang aku buat..boleh cikgu tu cari dalam semak samun yang aku buat ni..soalan kat bawah jawapan kat atas pun cikgu tu paham..Terbaik !'' Sela Wiyah..Dia menghulur buku latihan mathematic 3 ke arah mereka berlima..


''Perghh ! kagum aku..'' Sela Ana..


mana nak cari cikgu macam ni ? kalau mereka yang jadi guru dan dapat buku student yang macam ni punya sampah,mahu agaknya dikoyak koyakkan...


''Cikgu yang paling sabar yang pernah aku jumpa..tabik spring toing toing lah kat cikgu ni..'' Getus Aira..mata sudah kembali menghadap buku latihan topikal sejarah..


Pada mulanya memang tak nak buat latihan topikal sejarah ni,tapi memandangkan sejarah aku punya markah dah masuk dalam air,terpaksalah..


''Sudah..nak borak ke nak belajar ?'' Soal Amy..


Jam mula bergerak sejak dari 2.30 petang tadi dan kini sudah menginjak jam 4 petang..Perbincangan masih belum menampakkan tanda hendak berhenti..